Ayam masak Bali, di Malaysia

Masakan ni rupanya terkenal juga di Malaysia. Jujurnya, ibu pertama kali rasa masakan ni masa ibu jalan-jalan bercutindi Bandung. Tapi versi pedas haw haw. Haha.
Sebab dimasukkan sekali satu cawan agaknya, cili padi diketuk. Pedas sungguh.
Berbulan selepas itulah, ibu makan di gerai berdekatan KL Sentral. Lepastu ambil lauk ayam masak kicap ni. Sekali rasa, fuh sedapnya. Macam menu di Bandung Indonesia ituhari.
Rupanya resepi ni inpirasi dari sana.
Namanya pun ayam masak Bali.
Kalini istimewanya ayam masak Bali, ibu masak di Malaysia.
Sudah tentu versi kicap homemade, tanpa guna kiub atau perasa.
Dan yang pasti, walaupun diganti versi homemade kicap, rasanya masih sangat sedap! Aroma serai dan daun kari tu, win!

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan diperlukan bersihkan dan tos kering. Bawang merah dan bawang putih dihiris untuk menumis. Serai dikeluarkan lapisan luar dan dipotong pada 3/4, bahagian atasnya tidak digunakan.
- 2
Panaskn kuali. Masukkan minyak. Kemudian tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan daun kari hingga naik bau. Baru masukkan serai. Tumis sekali lagi hingga serai sedikit layu.
- 3
Jika ada premix kicap Ovennini, masukkan 3 sudu. Jika tiada premix, rujuk langkah di bawah untuk sediakan kicap sendiri secara homemade ya. Masukkan ayam. Masak hingga semua sebati. Masukkan hirisan capcisum. Boleh tutup api selepas itu.
- 4
Jika tiada premix, usah risau. Kicap homemade sangatlah mudah. Gunakan 1 liter air rebusan ayam atau air rebusan kacang kuda, masak bersama 2 cawan gula kabung atau jaggery (gula merah). Masukkan 4 sudu besar tepung ubi kayu sebagai pemekat. Kacau sekali sekala sahaja dan pastikan api perlahan. Reneh untuk 45 minit hingga ia memekat. Nah.. Siap sudah kicap kita.
- 5
Sedap ni. Hidang bersama nasi panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen