Acar Buah Campuran

Resepi wajib setiap kali Bulan Ramadhan tiba. Penambah selera di bulan yang mulia untuk di makan bersama hidangan nasi. Sesuai dimakan begitu sahaja. Resepi kesukaan ahli keluarga dan boleh dihadiahkan kepada jiran dan rakan-rakan. Jom cuba untuk buat resepi turun menurun daripada nenek moyang ni.

Cara Memasak
- 1
Goreng tanpa minyak biji sawi, rempah biji dan jintan manis. Cili kering digoreng dengan sedikit minyak. Sejukkan dan terus dikisar. Tinggalkan sedikit biji sawi yang akan dimasukkan dengan bahan tumisan nanti.
- 2
Potong bawang merah mengikut saiz yang kita mahukan, bawang putih belah dua dan halia dihiris halus.
- 3
Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah ke dalam cuka dan masakkan dalam masa 2 minit.
- 4
Lebihan air cuka disimpan untuk dimasukkan ke dalam bahan yang akan ditumis nanti.
- 5
Masukkan 3 senduk minyak untuk menumis. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan ajinomoto serta air lebihan cuka.
- 6
Masukkan bahan yang telah dicelur dengan cuka dan jeruk buah-buahan campuran. Gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)