Kerabu sotong thailand

Kerabu gaya thailand ni senang je nak buat. Yang penting ada bawang putih, cili padi, gula melaka, limau dan sos ikan. Pastu campur je dengan apa yang kita nak. Kali ni saya buat kerabu sotong thailand yang sangat simple. Kalau ratah gitu aje pn dh sodappppp... #goldenapron2020

Cara Memasak
- 1
Rebus sotong. Kemudian hiris nipis.
- 2
Masukkan sotong yg dihiris bersama-sama sayur yg juga telah dihiris dan dipotong ke dalam mangkuk. Letak tepi seketika.
- 3
Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula melaka. Agak-agak je. Tumbuk kasar pn tidak mengapa. Cili padi boleh dikurangkan atau ditambah mengikut cita rasa masing-masing.
- 4
Perahkan limau kasturi dan letak sos ikan dalam bahan yang ditumbuk. Kacau sebati.
- 5
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam mangkuk yg ada sotong dan sayur tadi. Gaul sebati. Saya x tambah garam atau serbuk perasa sebab sos ikan dah ada rasa masin.
- 6
Kerabu sotong sudah siap. Sudah boleh dinikmati. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama-sama nasi panas. Selamat mencuba 😉
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen