Serunding Daging Bread Maker👍(Meat Floss)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

#GGB_Cookpad
#goldenapron2020

Se..la...mat.... Hari Raya🎤🎶🎼💃💃💃😂
Heheee..Bila makan ketupat cicah dengan serunding daging ni terus feel Hari Raya👍😍😂
Serunding Daging satu masakan yang rumit dan renyah nak menyediakannya.Kebiasaannya di musim perayaan sahaja kita dapat menikmati serunding daging ni sebab macamna renyah pun kita bersemangat menyediakannya.Tetapi berbeza dengan hari-hari biasa.Rasa teringin nak makan akan tetapi masa dan kesibukan membuatkan kita pendamkan saja niat untuk memasak serunding Daging sendiri.
Disini saya kongsikan cara mudah menyediakan serunding Daging hanya dengan Bread Maker tanpa berpenat mengacau di kuali.Campakkan semua bahan masuk kedalam bread maker tekan start biarkan ia bekerja sehingga siap..Semua menjadi mudah dengan Bread Maker.👍😍
Hanya dihujung jari kerja beres👍👍👍
Jom tengok resepi lengkap 👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgdaging(cuci dan rebus hingga lembut)
  2. 50 gramrempah sup Baba's
  3. 50 gramrempah kari daging Baba's
  4. 6 batangserai hiris nipis
  5. 10-15biji cili kering direbus(ikut kepedasan yang kita nak)
  6. 2sudu besar membukit kerisik
  7. 6 ulasbawang merah
  8. 6 ulasbawang putih
  9. 2inci halia
  10. 1inci lengkuas(optional)
  11. 1buku kunyit hidup
  12. 200 mlsantan pekat(saya guna santan kotak)
  13. 1/4 cawanminyak masak
  14. 2sudu besar Maggi cukup rasa
  15. 1sudu garam halus(sesuaikan rasa ya)
  16. 3sudu besar gula
  17. 3sudu besar air asam jawa

Cara Memasak

  1. 1

    Daging dicuci bersihdan direbus.Kemudian dicarik-carik.Jangan terlampau halus.

  2. 2

    Kisar atau blend semua bahan serai,cili kering,bawang putih dan bawang merah,halia,lengkuas serta kunyit hidup.(Semua bahan diatas blend dengan 1 cawan air rebusan daging ya👍)

  3. 3

    Dalam bowl bread maker masukkan bahan kisar,rempah kari dan rempah sup.kerisik.masukkan juga minyak masak.

  4. 4

    Masukkan santan setkan fungsi jem(jam)tekan star.untuk first saya tak masukkan daging sekaligus sebab saya nak bahan rempah masak dan pecah minyak dahulu.ini bertujuan serunding lebih sedap dan tidak cepat basi.

  5. 5

    Bila dah bread maker stop (bippppp)rempah pun dah nampak pecah minyak masukkan daging.masukkan sekali bahan perasa iaitu gula dan garam serta asam jawa.Tekan start semula.

  6. 6

    Bila bread maker dah stop tekan start sekali lagi sehingga serunding hampir kering.sesekali di kacau guna garpu supaya daging lerai tidak berketul-ketul.

  7. 7

    Akhirnya selepas 3 kali di proses terhasillah serunding daging yang cantik dan sedap👍😋Selamat Mencuba 😍

  8. 8

    Alang-alang dah ada serunding kita buat sekali ketupat palas....yummmmi😋😋😋👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (13)

Rose Marina
Rose Marina @MommyLicious10
Kenapa da 3 kali pusing pun still tak kering ea serunding sy?

Resipi Sepertinya