Donut

#GGB_Cookpad
#goldenapron2020
#minggu30
Alangkah terujanya tengok hadiah-hadiah yang bakal dimenangi dalam peraduan anjuran bersama Group Guna Breadmaker dengan Cookpad Malaysia ni.
Kalaulah kita salah seorang pemenangnya....urhmmm terasa di awangan gitu 🤣.Berangan betul 😅.
Jom lihat resepi yang Ain dapat dari Facebook yang dikongsikan oleh Puan Lina Thomas yang berada jauh nun di USA.Tetapi Ain ada buat penambahan dengan memasukkan Bread Improver dan Bread Softener.Kalau anda ada breadmaker bolehlah menggunakannya.Jika tidak ada,boleh saja ikut cara Ain ni.Uli tangan.Sejam juga dok uli-uli dohnya supaya terhasil doh yang elastik dan lembut.
Yang pasti donut yang terhasil memang sedap.Anak-anak makan 2 biji seorang.Dari 12 biji kini berbaki 4 biji donut sahaja.Punyalah laku keras 🥰
Selamat mencuba pada mereka yang berminat 😉

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
- 2
Mula-mula,campurkan semua Bahan A.Gaul sebati dan ketepikan sebentar dalam 10 minit.
- 3
Sediakan Bahan B dalam satu mangkuk.Gaul rata.Dah sebati,masukkan telur.
- 4
Kemudian masukkan pewarna red velvet.Gaul menggunakan tangan,ramas bagi semua bahan kering terkena sebatian telur dan pewarna red velvet.Setelah itu,masukkan Bahan A iaitu air,gula dan ragi segera.
- 5
Gaul rata dan uli hingga adunan sebati sebelum dimasukkan marjerin.
- 6
Adunan sedikit lembik tetapi usah khuatir kerana apabila diuli adunan akan memejal nanti.Setelah 1 jam 15 minit menguli menggunakan tangan,tiba masa untuk merehatkan doh roti (lebih kurang 1 jam nak tunggu dohnya naik)
- 7
Apabila ia sudah memgembang sekali ganda,tumbuk bagi mengeluarkan angin.Kemudian bolehlah dibahagi-bahagikan adunan tepung setiap 1 seberat 40 gram.Kemudian buat proses rounding.
- 8
Ambil 1 biji bebola tepung,ratakan dan tekap acuan di bahagian tengah bagi mendapatkan bentuk tengah donut yang berlubang.
- 9
Rehatkan sebentar dan bagi adunan mengembang sekali lagi.Sediakan kuali dan masukkan minyak.Dengan menggunakan api yang kecil,goreng donut sehingga keperangan.Setelah itu,angkat dan letak di redai.
- 10
Setelah hampir sejuk,paipkan coklat putih di atasnya dan taburkan coklat rice yang berwarna warni.Boleh juga sadur donut dengan snow sugar.
- 11
Taraaaa..dah siap.Selamat mencuba 😊
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen