Roti Sarang Lebah

Ni roti yang kedua buat. First time buat roti kurang lembut selepas bakar. Alhamdulillah, kalini dah lembut. Mungkin dah dapat rentak.
Uli guna breadmaker je. Kalau ade mixer, boleh guna mixer. Bahan² tetap sama. Uli doh sampai elastik utk dapat roti lembut. Saya guna tepung gandum baker choice.
Saya guna teknik autolysis. Perap 6 jam utk dapatkan doh elastik. Itu yang lama. Kalau taknak perap, boleh uli terus doh dengan yis sehingga elastik. Tapi agak lama kena uli.
Topping guna rolled oat sebab yang tu je yang ada kat rumah. Kalau takde topping, boleh jadi roti paung kosong. Boleh isi inti kalau suka.

Cara Memasak
- 1
Masukkan semua bahan kecuali yis ke dalam breadmaker. Bermula dengan cecair sehingga bahan kering. P/s: bahan cecair ialah 1 biji telur + air sehingga 120g.
- 2
Set mode knead 45 minit. Kemudian, rehatkan doh dalam 3 hingga 6 jam.
- 3
Masukkan yis dan uli lagi doh 15 minit kemudian masukkan doh 30 minit ke dalam peti untuk sejukkan. Boleh uli sekali lagi kalau doh kurang elastik.
- 4
Bulat-bulatkan doh 15g atau mengikut citarasa. Biarkan doh kembang lebih kurang 30 hingga 60 minit.
- 5
Panaskan oven 150°c 10 minit. Sapu doh dengan susu campur telur atau susu sahaja dan tabur topping kesukaan.
- 6
Bakar roti pada suhu 150°c selama 10-15 minit. Terus sapu butter cair setelah roti masak.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)