Rendang daging sihat dan lambat basi

Masakan ni lebih sihat dan boleh makan tanpa rasa bersalah. Ertikata menu keto. Hanya guna minyak masak kelapa, garam pink dan pemanis. Masakan ni bahan2 tiada sukatan saya masak je...
Rendang daging sihat dan lambat basi
Masakan ni lebih sihat dan boleh makan tanpa rasa bersalah. Ertikata menu keto. Hanya guna minyak masak kelapa, garam pink dan pemanis. Masakan ni bahan2 tiada sukatan saya masak je...
Cara Memasak
- 1
Blend cili kering, bawang merah, bawang putih,serai, lengkuas, halia dan cili kering
- 2
Daging potong dadu ikut kegemaran saiz.
- 3
Panaskan minyak tumis bahan yang dah blend tadi. Tumis sampai kering dan keluar minyak. Biar rempah betul² masak.
- 4
Selepas rempah tadi kering dan betul² masak. Masukkan daging yang dah dibersihkan dan dipotong. Dan masukkan air utk empukkan daging. Masak sampai air daging kering dan keluar minyak yang kedua.
- 5
Selepas air daging betul² kering masukkan santan dan kecilkan api. Kerap gaul supaya tidak berkerak dan hangus.
- 6
Selepas santan tadi dah mula kering masukkan kerisik agar rendang tadi bau wangi dan sedap.
#tips rendang sedap dan tidak basi boleh rujuk tips pada gambar
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi







Komen