Dragonfruit Smoothie with Chocolate Pomegranate Bites

Challenge 31 : Think Pink!💖
#BreastCancerAwareness #PinkOctoberWithCookpad #GlobalApron2024
Minggu ini Yani memilih bahan = Buah Delima, Buah Naga dan Susu Segar.
Minuman yang ringkas dan berkhasiat. Tidak dicampurkan gula namun manisnya datang dari coklat gelap yang menjadi sajian sampingan ketika menikmati jus buah ini.
Pengalaman Yani tentang #breastcancer ini ialah Arwah mak yani meninggal kerana kanser ini (pada tahun 1999). Ketika itu usia Yani 14 tahun. Now dah 25 years lah kiranya. Ketika itu mungkin awereness tentang kanser ini kurang didedahkan & teknologi perubatan masih awal. Yes, mak Yani pergi dahulu sebelum isteri Perdana Menteri Malaysia (Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood) yang ke-5 meninggal dunia akibat daripada kanser ini juga. Peristiwa yang tak akan dapat dilupakan.
Jadi saranan Yani pada semua wanita termasuk diri Yani juga, marilah kita sama-sama buat saringan awal jika usia sudah 35 tahun dan ke atas. Yani juga telah beberapa kali berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan tapi masih belum capai umur 40 tahun untuk buat mamogram. Terkadang risau kerana ada sejarah keluarga yang menghidap kanser ini namun begitu Yani takkan patah semangat untuk buat saringan awal. Yani juga follow Dr Kartini di channel Instagram beliau. Banyak info tentang kanser ini beliau kongsikan. Jadi jangan takut, InsyaAllah ada rawatan yang terbaik.

Cara Memasak
- 1
Masukkan pisang berangan, buah naga, sedikit ketulan ais dan 1 kotak kecil susu segar HL. Kisar hingga halus.
- 2
Buah delima dikupas dan cuci bersih. Coklat gelap dicairkan kemudian tuangkan anggaran 1 sudu lebih coklat yang dah dicairkan ke atas kertas minyak yang diletakkan pada dulang. Taburkan buah delima di atasnya. Simpan di dalam peti sejuk bahagian beku, selama 10 minit untuk keraskan coklat.
- 3
Tuangkan smoothie buah naga di dalam gelas, kemudian letakkan kepingan coklat buah delima di atasnya. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba resipi ini.😍
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)