Korean Scallion Pancakes (Pa-Jeon)

Challenge 35 : Korean Food🇰🇷 #GlobalApron2024
Minggu ini Yani memilih bahan = daun bawang, lobak merah, minyak bijan, soy sauce, telur & tepung gandum.
Di Malaysia kita ada lempeng kelapa, lempeng kosong dicicah sambal atau kuah kari...di Korea juga ada lempeng yang pelbagai jenis. Salah satunya ialah Pa-Jeon yang menggunakan daun bawang sebagai bahan utama. Jom kita buat. Yani juga buat sos cicahnya juga tau.

Cara Memasak
- 1
Masukkan 1 cawan tepung gandum, 1/3 cawan tepung jagung dan 1/4 sudu makan serbuk penaik dan garam.
- 2
Masukkan 1 cawan air, 1 biji telur dan kacau rata adunan.
- 3
Masukkan daun bawang dan lobak merah. Kacau rata adunan tepung.
- 4
Panaskan pan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan tepung anggaran 3 senduk kecil, ratakan bahan supaya tidak berketul. Terbalikkan adunan tepung jika bahagian bawah telah masak. Masak kedua-dua belah sehingga sedikit garing. Siap. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk baki adunan tepung yang ada.
- 5
Untuk sos pencicah, boleh masukkan kicap soya, cuka dan minyak bijan. Jika suka lebih pedas masukkan serbuk cili korea. Kacau rata, siap dihidangkan bersama scallion korean pancakes.
- 6
Siap, selamat mencuba🥰.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)