Sambal Hitam Belimbing Buluh

#MisiRasaMalaysia🇲🇾
Sambal hitam terkenal dari negeri Pahang. Saya kalau bercuti pantai timur tak sempurna kalau tak bawa balik sambal hitam. Tidak kira lah beli di kedai Tokki atau pun di gerai RnR.
Rata orang kita bila sebut sambal hitam dikaitkan dengan cerewet dan rumit untuk dimasak.
Kali ni saya dapat cara masak yang senang dan tidak mengambil masa yang lama. Hari ini nak makan, hari ini juga boleh siapkan asalkan bahan bahannya ada di dapur. Jom kita sama sama masak.
Best boleh makan dengan nasi, roti dan bagi yang diet protein boleh cecah dengan telur rebus

Cara Memasak
- 1
Belimbing buluh di bersihkan dan dipotong untuk di kisar
- 2
Kisar belimbing buluh dengan sedikit air hingga separuh hancur kemudian ditapis keluarkan airnya
- 3
Kisar bawang merah, bawang putih serta cili hingga hancur
- 4
Tumis bahan kisar tadi dalam kuali atau pan non Stick, bersama minyak.( Perlu di ingatkan memasak sambal ini elok gunakan perkakas non stick kerana, kemasamanya. boleh menghakis periuk biasa.
- 5
Masukan ikan bilis yang telah dikisar, masak hingga kering
- 6
Bila tumisan cili dah masak dan garing masukan belimbing, gaul rata masak hingga kering (untuk jimat masa saya masak belimbing dalam kuali lain hingga kering airnya)
- 7
Masukan kicap dan manisan, masak hingga kering dan garing
- 8
Siap untuk di hidang
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen