👩🍳Nasi Kunyit

Cookpad Apron Challenge 2026: Week 12
Tema Minggu 12: Nasi Sejuta Rasa
Nasi Kunyit: Hidangan Tradisional Terengganu dikenali juga sebagai pulut kuning. Dipanggil Nasi Kunyit kerana warnanya kuning daripada warna kunyit.
👩🍳Nasi Kunyit
Cookpad Apron Challenge 2026: Week 12
Tema Minggu 12: Nasi Sejuta Rasa
Nasi Kunyit: Hidangan Tradisional Terengganu dikenali juga sebagai pulut kuning. Dipanggil Nasi Kunyit kerana warnanya kuning daripada warna kunyit.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
Masukkan beras pulut dan secukupnya air ke dalam bekas.Masukkan air serbuk kunyit dan asam keping. rendam selama 3 jam sampai kembang.
- 2
Tapiskan beras pulut tadi. Ketepikan.
Sediakan 1 loyang saiz sesuai (6”) dan alaskan dengan daun pandan (pilihan)
Masukkan beras pulut ke dalam loyang, ratakan dan mampatkannya dalam loyang. Letak daun pandan simpul. Kemudian letak loyang didalam periuk kukus air mendidih.
- 3
Panaskan air didalam periuk kukus sehingga mendidih. Kukuskan beras pulut tadi selama 20 minit.
- 4
Sementara itu, masukkan santan, air, garam,gula dan minyak dalam 1 mangkuk, kemudian kacau sehingga sebati.
Selepas 20 minit pulut dikukus, buka penutup. siramkan 1 pot (secukupnya) santan tadi atas beras pulut. Gaulkan sekata dan mampatkan balik. - 5
Kukuskan balik pulut selama 10 minit lagi. Siap! Keluarkan dari loyang. Tekan padat diatas pinggan untuk dihidang
- 6
Hiaskan nasi kunyit (pilihan). Sedia untuk dinikmati bersama gulai ikan tongkol (pilihan)
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

















Komen (2)