Ubi Kayu Rebus Tumis Belacan

Cookpad Apron Challenge 2026 : Ubi Kegemaran Kita
#CookpadApron2026 kayu rebus tumis belacan ni antara menu yang mak saya selalu buat ketika kami masih kecil apabila ubi kayu rebus ni kurang mendapat perhatian kami yang lebih suka digoreng.
Kadang mak akan buat tapai ubi kayu, saya antara yang tak suka rasa tapai ubi kayu pada ketika itu tetapi apabila sudah mencapai usia senja sebegini pandai pula teringin nak makan haha.
Dahulu senang nak dapat ubi kayu sebab mak dan arwah bapa banyak tanam di sekeliling rumah kuarters hospital. Rumah kami di hujung sekali dan kawasan sekeliling memang luas dan besar.
Mak juga suka buat kerepek ubi masin dan kerepek ubi sira pedas. Kadang mak buat keropok ubi, banyak step nak buat keropok ubi ni dari mula memarut, mengukus, memotong, menganyam dan menjemur dan akhir nya digoreng hingga kembang.
Adoiii.. rindu nostalgia zaman kanak² dahulu 🥰

Cara Memasak
- 1
Kupas ubi kayu, cuci bersih dan potong sederhana. Rebus dengan air dan sedikit garam sampai hampir empuk.
- 2
Rebus anggaran masa 25-30 minit, bergantung kepada jenis empuk nya ubi kayu tersebut. Tumbuk ikan bilis, cili padi, bawang putih dan belacan. Serai diketuk. Tumis bahan tumbuk sampai wangi dan pecah minyak.
- 3
Masukkan gula, sedikit garam dan sedikit Maggi cukup rasa, gaul rata dan masak anggaran 8-12 minit bergantung kepada jenis empuk nya ubi kayu tersebut. Jika nak buat berkuah pun boleh. Saya buat sedikit pekat kerana apabila ubi kayu akan serap kuah tersebut.
- 4
Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen