Acar Rebung (Sarawak)

211/September2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2561 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Hometown Fave (Week 25) #CookpadApron2026
Kali pertama hakak makan rebung dimasak sebegini. Sedap betul😋. Sebab ada rasa masam dari limau kasturi tu yang sedap tu. Makan meratah macam tu pun sedap ehh.
Ni pun kebetulan nak bagi perabih stok rebung frozen yang mil bagi. Hanya perlu defrost sahaja dan boleh terus guna. Dah siap dipotong nipis dan rebus dah.
Btw Terima kasih kak @dapurdee untuk inspirasi resipinya. Sy suka 🥰

Cara Memasak
- 1
Rebung yang telah siap direbus empuk.
- 2
Kisar bawang merah dan bawang putih dengan air sehingga lumat.
- 3
Panaskan kuali. Tumis bahan kisar. Tambahkan rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang) dan udang kering. Tumis sehingga naik bau.
- 4
Masukkan rempah kari daging. Masak lagi sehingga pecah minyak.
- 5
Masukkan rebung. Kacau sebati.
- 6
Tambahkan cili padi hijau dan cili padi merah. Perasakan dengan gula dan garam.
- 7
Perapkan jus limau kasturi.
- 8
Kacau sehingga sebati. Tutup api.
- 9
Sedia untuk dihidangkan.
- 10
Selamat mencuba 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen