Telur Century Goreng Halia

Cookpad Apron Challenge 2026 : Telur Jer Pun Boleh!
Telur century ni memang terkenal di Sarawak. Bagi yang tak kenal tu century ni mula² akan takut nak mencuba memakan nya termasuk lah saya. Tetapi setelah pertama kali mencuba nya, terus suka tak sangka sedap. Betul lah kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" 🤭 Rasa lemak berkrim pada bahagian kuning telur tu dan rasa kenyal seperti jelly yang bahagian putih nya. Saya pun tak reti nak pilih yang mana elok ketika membeli nya sebab kulit luar telur telah diselaputi oleh sekam padi. Ada ketika saya membeli dan apabila memotong telur tu, bahagian kuning nya seperti cair (seperti pes) dan ada ketika nya bahagian kuning tu sedikit keras. Entah lah mungkin bergantung kepada jenis telur juga kot? Ada telur itik, telur ayam dan telur puyuh tetapi so far saya belum lagi pernah jumpa telur puyuh yang telah dibuat menjadi telur century ni.
Telur century ni selalu diletak atas bihun belacan jika di Sarawak. Adehhh.. auto craving nak makan bihun belacan la pulak 😋Ada yang makan mentah begitu sahaja bersama bubur nasi. Sekarang ni bermacam² gaya hidangan dibuat daripada telur century ni. Ada yang gaul bersama bawang besar, cili padi, ikan bilis, jus limau, kicap manis dan tambah perasa seakan acar lah pulak. Tetapi saya lebih suka tumis bersama halia sebab telur century ni ada sedikit bau yang saya pun tak reti nak terangkan. Resipi kali ni saya menggunakan telur ayam century dan moh lah kita tengok resipi nya ya.

Cara Memasak
- 1
Sediakan telur century, ketepikan. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan halia hingga kekuningan sebab saya nak halia tu rangup supaya sedap dimakan nanti.
- 2
Masukkan bawang holland dan tumis hingga layu. Masukkan telur century dan cili padi. Rujukan resipi bihun belacan.
- 3
Masukkan Cukup Rasa, garam dan jus limau kasturi. Gaul rata dan adjust rasa mengikut sesuai selera. Tutupkan dan boleh lah diangkat.
- 4
Sedia untuk dihidangkan. Rujukan resipi telur hongkong
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen