Roti Goreng Daging Cheese

Saya jatuh cinta dengan roti goreng berinti daging ni bila p makan di kedai Ma Chinese Muslim Roti. Macam ketagih. Bila cookpad buat cabaran rasa macam kedai saya nak cuba. Tak reti nak uli adunan roti tapi saya terfikir cara segera. Disebabkan haritu saya mmg buat stok roti canai ( kakak n anak sedara mai umah) dan tektur nya mmg garing saya pon mencuba. Hehehe... disebabkan inti yang ikut suka nak bubuh banyak mana membuatkan rasanya memang sedap macam di kedai. Malah sedap lagi.
Yg kiri version kedai, yang kanan version saya yang masak sendiri. Sedap Macam DiKedai!!!!
#CookpadApron2026
#Week5
#RasaMacamKedai
#RotiGorengDagingCheese

Cara Memasak
- 1
Campurkan semua bahan bahan kecuali roti canai segera dan minyak masak.
- 2
Gaul rata dan ketepikan.
- 3
Ambil 1 keping roti canai segera Tisha. Letakkan keju. Bole guna cheddar dicampur dengan mozarella. Tak nak letak keju pun tak apa. Letakkan adunan daging cincang atas taburan keju. Tutup dengan 1 lagi keping roti canai segera. Kepitkan sekeliling supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng.
- 4
Panaskan minyak dengan pan. Tak perlu minyak banyak sebab roti canai segera jenama Tisha dah ada elemen minyak dalam adunannya. Letakkan roti yang berinti daging di atas pan. Goreng dengan api perlahan. Kalihkan bila bahagian yg berisi daging telah garing. Boleh dihidang setelah masak. Sedap dinikmati ketika masih panas dan garing.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen