Jagung Panggang Mentega Pedas Manis

Cookpad Apron Challenge 2026 : Bakar-Bakar
Kalau dah hantu jagung buat/masak apa cara sekalipun takde masalah janji sedap dan boleh dimakan. Selain direbus/dikukus, dibuat bubur, dibuat cucur/bakwan, juga boleh dibakar/dipanggang.
Jagung panggang mentega ni mengingatkan saya sewaktu masih lagi di zaman remaja, selalu beli jagung panggang. Sekarang ni dah jarang jumpa orang meniaga jagung panggang di tempat berhampiran kawasan tempat tinggal saya. Selalu nya jagung disapu mentega kemudian dibakar/dipanggang kemudian disapu dengan susu manis dan ditaburi garam. Maka nya buat sendiri lah apabila teringin nak makan tetapi kali ni saya sengaja buat versi lemak pedas manis.

Cara Memasak
- 1
Potong hujung atas jagung dan tarik kulit jagung ke hujung pangkal nya, biarkan kulit nya berkumpul supaya senang untuk memegang nya ketika memanggang.
- 2
Panaskan kuali non-stick guna api sederhana kecil. Sapu mentega pada keseluruhan jagung dan panggang. Balikkan jagung setiap 2–3 minit supaya masak sekata. Sementara itu satukan mentega dan sambal tumis.
- 3
Gaul sebati, sapukan pada keseluruhan jagung semasa memanggang.
- 4
Kerap memusing kedudukan jagung dan menyapu berulang-kali pada jagung supaya bahan sapuan meresap ke dalam jagung. Kalau mahu ada kesan sedikit hangus, naikkan api sederhana pada 2–3 minit terakhir sambil kerap dipusingkan.
- 5
Angkat dan boleh lah dihidangkan ketika masih panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen