Ikan Kembung Masak Singgang (Menu Bajet RM5 untuk 4 orang)

Menu kali ni adalah antara menu yang sihat & sedap sebab langsung tak guna minyak atau perasa yang berlebihan. Sesuailah nak buat menu berpantang atau menu diet. Bukan tu je, menu kos untuk siapkan menu ni tak sampai RM5, jimat kan? #goldenapron
Ikan Kembung Masak Singgang (Menu Bajet RM5 untuk 4 orang)
Menu kali ni adalah antara menu yang sihat & sedap sebab langsung tak guna minyak atau perasa yang berlebihan. Sesuailah nak buat menu berpantang atau menu diet. Bukan tu je, menu kos untuk siapkan menu ni tak sampai RM5, jimat kan? #goldenapron
Cara Memasak
- 1
Bawang merah dipotong 4, manakala bawang putih, halia, lengkuas, cili & serai cuma diketuk / dititik.
- 2
Kemudian, gaulkan pula ikan kembung dengan sedikit garam & serbuk kunyit.
- 3
Dalam periuk, masukkan air dan tunggu sehingga air mula mendidih. Apabila telah nampak mula mendidih masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, akar ketumbar, cili dan serai. Biarkan seketika.
- 4
Apabila air menggelegak sekali lagi barulah masukkan ikan, asam keping, garam & lada hitam. Apabila ikan sudah masak, angkat & hidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Singgang Ikan Merah yang Healthy Singgang Ikan Merah yang Healthy
Resepi ni super duper mudah dan healthy pula tu. Sesuai dijadikan menu berpantang atau yang ingin diet. #goldenapron aisha ridwan -
Singgang ikan kembung simple Singgang ikan kembung simple
Sesuai untuk menu berpantang,tiada minyak cuma tukarkan ikan kepada ikan yang sesuai untuk orang berpantang. Mimi Syakirah -
Ikan kembung masak stim Ikan kembung masak stim
#goldenapron #level1 Hye semua.. Antara makanan harian saya dan anak. Selain ia adalah menu yang sihat, makanan tersebut sangat mudah disediakan.. Semudah ABC.. Bagi ibu ibu yang berkerjaya.. Menu ini adalah senang dan cepat.. Selain mengunakan ikan kembung, boleh ditukar ke ikan lain seperti bawal, kerapu dan sebagainya.. Selamat mencuba☺️ Nur Aty -
Menu Berpantang: Singgang Ikan Selar Kuning Menu Berpantang: Singgang Ikan Selar Kuning
#ResepiMudahAntara ikan yang biasanya di makan dalam berpantang bersalin. Ikan selar.Uchu ni berpantang bersalin masih ikut jugalah sedikit sebanyak cara makan mak2 zaman dulu berpantang..biarlah orang nak kata kolot pun..bagi Uchu, makanan berpantang cara dulu ni, sihat2..cuma Uchu memang minum air dan makan buah lah juga dalam menu harian berpantang..takdelah sampai tak minum air 😅Kebetulan ada dalam draf..share yang ni dulu versi berpantang..kalau bukan berpantang bersalin pun makan singgang jugak..tapi buh belacan..211/2022 Sesimple Loralin -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
Menu sahur paling simple. Makan pula dengan nasi panas-panas.Cara saya, memang akan goreng dulu ikannya sampai garing. Selamat bersahur dan selamat berpuasa semua😘 RH Kitchens -
Singgang ikan kembung Singgang ikan kembung
Resepi saya belajar dari mak saya sejak kecil lagi. Alhamdulillah antara menu yang disukai seisi keluarga. CT Zue -
Singgang Asam Pedas Singgang Asam Pedas
Menu ringkas dan sihat. Tiada penggunaan minyak. Hayati Hamdan -
Singgang ikan tongkol#maratonraya#ikan#minggu3 Singgang ikan tongkol#maratonraya#ikan#minggu3
menu diet yang paling senang dan cepat masak ialah Ikan Masak Singgang. Bukan menu diet je. Menu orang berpantang/orang sakit pun boleh juga.#maratonraya#ikan#minggu3 Nur Dhunaa AB Maleq -
🍁Singgang Bawal Emas🇲🇾 🍁Singgang Bawal Emas🇲🇾
#back2basicMasakan ringkas yang sihat hari ini. Singgang ikan sentiasa menjadi menu yang mudah bila tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari.Sibongsu Arjuna Beta pula sentiasa cuba mengelak untuk makan masakan berminyak atau sekurang-kurangnya meminimakannya.Masakan ini langsung tidak menggunakan minyak. Kesedapan masakan ini terserlah bila beliau menghirup kuah Singgang Bawal Emas dengan begitu asyik. Nampak kepuasannya menikmati hidangan ini. Master Jamal -
Ikan Singgang Ikan Singgang
#goldenapronTak tau nak masak apa yg berkhasiat.. temenung jap kat depan freezer.. anak tegur, mamy jgn duk tenunng leti ais tu nnt habis sejuk dia😄😄Keluarkan ikan selar yg belum bersiang.. klu bakar sedap jugak.. tapi xde kuah pulak..Ehmmmm.... singgang jer la, campak2 jer.. kan.. lebih sihat.. Nur Maisarah Zuel -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresApabila tiba musim hujan/tengkujuh, kawasan tempat tinggal saya memang turut terkesan walaupun rumah kediaman kami tidak dinaiki air tetapi haluan/jalan untuk kami menuju ke kedai, tempat kerja memang sering dinaiki air yang tinggi. Lebih merisaukan saya kawasan kediaman emak saya kerana jika berlaku air pasang besar, air sungai yang berhampiran akan sampai ke kawasan rumah emak saya. Saya juga pernah merasai pengalaman perit ketika masih tinggal bersama kedua orang tua saya ketika rumah kami dinaiki air secara mengejut di waktu malam. Dengan gelap gelita kerana bekalan letrik terpaksa dimatikan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.Bila hari hujan tekak terasa nak makan sesuatu yang berkuah dan boleh dihirup ketika masih panas. Masak apa yang ada di dalam peti sejuk. Nak ke kedai jalan tak boleh dilalui. Lauk yang sebegini memang cepat habis dan laku kalau di rumah saya. Nak-nak lagi kalau ada ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan kering goreng, pekena pula nasi beras kampung yang panas-panas, perghhh!!! Bertambah-tambah nasi memang tak cukup seperiuk 😂 Dapur Yusfarisyia -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
149/2025 (2136/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 14 : ikan kembung, ciliAlhamdulillah..menyinggang sokmo. Walaupun seekor ikan kembung, menyinggang tetap menyinggang. Kuah dia tu yang penting sebenarnya..Uchu pulak kalau ke pasar, rambang mata beli macam-macam jenis ulam. Bila ulam-ulam jadi menu utama bersama sambal budu 😁, maka ikan goreng dan singganglah partnernya. Kalau kuah lain macam tak ngam.Cumanya..kalau singgang guna ikan kembung atau selar, memang kena masak lauk lain untuk anak-anak. Kecualilah masak singgang ikan tenggiri, siakap, bawal emas atau ayam. Barulah diorang layan makan. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen