Singgang Ikan Kembung

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak Apa Banjir? #CookpadCares
Apabila tiba musim hujan/tengkujuh, kawasan tempat tinggal saya memang turut terkesan walaupun rumah kediaman kami tidak dinaiki air tetapi haluan/jalan untuk kami menuju ke kedai, tempat kerja memang sering dinaiki air yang tinggi. Lebih merisaukan saya kawasan kediaman emak saya kerana jika berlaku air pasang besar, air sungai yang berhampiran akan sampai ke kawasan rumah emak saya. Saya juga pernah merasai pengalaman perit ketika masih tinggal bersama kedua orang tua saya ketika rumah kami dinaiki air secara mengejut di waktu malam. Dengan gelap gelita kerana bekalan letrik terpaksa dimatikan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.
Bila hari hujan tekak terasa nak makan sesuatu yang berkuah dan boleh dihirup ketika masih panas. Masak apa yang ada di dalam peti sejuk. Nak ke kedai jalan tak boleh dilalui. Lauk yang sebegini memang cepat habis dan laku kalau di rumah saya. Nak-nak lagi kalau ada ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan kering goreng, pekena pula nasi beras kampung yang panas-panas, perghhh!!! Bertambah-tambah nasi memang tak cukup seperiuk 😂

Singgang Ikan Kembung

23 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 7ekor ikan kembung (dibersihkan)
  2. 3 cawanair
  3. 3 kepingasam keping
  4. 1 batangserai (diketuk)
  5. 1inci lengkuas (diketuk)
  6. 1inci halia (diketuk)
  7. 1sudu kecil serbuk kunyit
  8. 3 ulasbawang putih (diketuk)
  9. 3/4labu bawang merah bombay (dihiris)
  10. 3-5biji cili padi (diketuk)
  11. 1sudu kecil serbuk perasa
  12. 1sudu kecil garam
  13. 1 batangbunga kantan frozen (dibelah dua)
  14. Daunkesum frozen

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus air bersama serai, lengkuas, halia, asam keping, bawang merah, bawang putih, cili dan serbuk kunyit hingga mendidih. Masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa. Rasakan ikut kesesuaian masing-masing. Masak lagi hingga ikan masak dan tutupkan. Boleh la dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya