Paf Epal Gulung (Apple Blankets)

N. Idris
N. Idris @cook_18585758

Resipi tugasan akhir #task4 kelas phopbylinimohd . Niat di hati nak join contest, sekali tak sempat upload by midnight.

Apapun, resipi ni ringkas saja, boleh layan gelek pastri paf dengan anak-anak untuk kudapan. Boleh main calit-calit tepung dengan cikebum kalau buat berdua (gitu). Oh so sweet 😍.

Jom, jom tengok bahan dan cara buat.

Paf Epal Gulung (Apple Blankets)

4 orang bercadang membuatnya

Resipi tugasan akhir #task4 kelas phopbylinimohd . Niat di hati nak join contest, sekali tak sempat upload by midnight.

Apapun, resipi ni ringkas saja, boleh layan gelek pastri paf dengan anak-anak untuk kudapan. Boleh main calit-calit tepung dengan cikebum kalau buat berdua (gitu). Oh so sweet 😍.

Jom, jom tengok bahan dan cara buat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gpastri paf segera
  2. 3-4biji epal Granny Smith
  3. 120 ggula merah lembut
  4. 30 gserbuk kayu manis
  5. 1biji telur sebagai pengilat

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Panaskan oven 10 minit pada suhu 200 Celcius.

  2. 2

    Potong epal kepada kepingan tak tebal tak nipis sangat. Pilihan lain boleh pakai ‘cutter’ (seperti dalam gambar). Salut epal siap potong tadi ke dalam campuran gula merah lembut dan serbuk kayu manis.

  3. 3

    Tabur sedikit tepung pada permukaan mencanai dan pencanai. Ambil sekeping pastri dan leperkan sedikit agak-agak muat dengan saiz kepingan epal tadi. Letak sekeping epal dan gulung. Kalau tengah marah, kena bawa bertenang dulu sebab takut nanti kuat sangat canai, pastri terkoyak. Anak-anak suka part mencanai ni, macam main playdough katanya.

  4. 4

    Gulung semua kepingan epal dalam pastri. Nampak macam ‘diselimutkan’ epal tu, kan? Ala ‘croissant’ gitu.

  5. 5

    Seterusnya, gunakan berus kecil dan sapu pengilat telur pada permukaan pastri yang sudah siap disusun atas dulang pembakar.

  6. 6

    Pastri paf suka dibakar pada suhu tinggi dan lain jenis oven lain suhunya ya. Biasanya dibakar pada suhu 200 Celcius, selama 20 minit atau sehingga ia bertukar warna kekuningan.

  7. 7

    Setelah siap dibakar, bolehlah disusun di atas redai.

  8. 8

    Pastri paf yang rangup semasa panas dan lembut setelah sejuk. Selamat mencuba 🤗

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
N. Idris
N. Idris @cook_18585758
pada
Passionate self taught homebaker (FB/IG: DapoAtashi).
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya