Pie Epal

Masak Apa Cuti Sekolah?
Pie epal ni kegemaran anak perempuan saya. Kalau makan tu, dia boleh habiskan kesemua nya. Anak lelaki saya pula kurang gemar makan pie epal tetapi jika dimakan bersama aiskrim, dia pasti tidak menolak nya. #TeamManisan
@cook_34615991 juh dik join cabaran minggu tok.
Pie Epal
Masak Apa Cuti Sekolah?
Pie epal ni kegemaran anak perempuan saya. Kalau makan tu, dia boleh habiskan kesemua nya. Anak lelaki saya pula kurang gemar makan pie epal tetapi jika dimakan bersama aiskrim, dia pasti tidak menolak nya. #TeamManisan
@cook_34615991 juh dik join cabaran minggu tok.
Cara Memasak
- 1
Gaulkan tepung dengan gula aising. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
Bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. - 2
Epal dibuang kulit dan biji nya. Potong kecil dan Ketepikan. Panaskan gula perang dan garam serta mentega, kacau rata.
Masukkan epal, kacau rata. - 3
Masukkan jus lemon, tepung jagung dan serbuk kayu manis. Kacau hingga epal lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk. - 4
Panaskan ketuhar pada suhu 220’c. Sediakan acuan pie.
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Bahagi doh dan canai doh pastri menjadi nipis. Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan. Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tutupkan atas pie dengan doh pastri. Kelim keliling nya. - 5
Sapu kuning telur di atas nya dan kelar sedikit. Tabur sedikit gula di atas nya. Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220’c. Kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan bakar selama 25 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang. Sejukkan pie dan ayak gula aising di atas nya. Potong dan boleh dinikmati bersama aiskrim.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Apple Pie Apple Pie
#goldenapron2020Setiap kali saya membuat apple pie ni saya akan teringat pada kawan anak saya. Dia juga merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang dari Program Pertukaran Guru mengajar. Dia berasal dari Michigan. Dia juga dah anggap kami sekeluarga seperti keluarga angkat nya. Dia juga suka dengan budaya dan adat semua kaum di Malaysia. Dia juga suka makan makanan-makanan yang ada di Malaysia. Dia rajin memasak dan belajar memasak menu yang lain seperti kari, rendang, serunding, laksa sarawak, bihun goreng, popia simpul dan pelbagai kuih muih. Dia pandai makan tempoyak, cencaluk, ulam-ulaman. Yang paling dia suka ialah Laksa Sarawak dan Aiskrim Gula Apong. Selain itu aiskrim Potong perisa pulut hitam dan kacang merah. Setiap kali dia makan aiskrim dia akan teringat pada apple pie ibu dia. Saya sempat juga membuat apple pie untuk dia nikmati bersama aiskrim kegemaran dia. Terpancar di wajah nya kegembiraan. Alhamdulillah. Dapur Yusfarisyia -
3 ingredient Oreo Marshmallow Bars 3 ingredient Oreo Marshmallow Bars
Inspirasi daripada TT. Bahan-bahan pun ada cuma marsmallow yang saya ada yang bercampur warna. Kalau guna marsmallow putih mungkin lebih cantik kejadian nya.Boleh tambah kekacang atau buah-buahan kering di dalam nya akan menjadikan nya memang lebih sedap tetapi cabaran ni memerlukan tiga bahan sahaja dan cuma bahan-bahan tu jer yang ada kat dapur. 😅Dik @nur_shazrina yuhuuu.. akak pun join cabaran ni sebab diseru 😁❤️ Dapur Yusfarisyia -
Apple Pie Apple Pie
Global Apron 2024 Challenge 20: Honey I Love You 🍯Buat nya hari Isnin tapi baru ada kesempatan nak menaip resipi. Rasa nak demam la pulak, asyik bersin mata berair, tekak pun dah mula rasa sakit. Adik bongsu saya sekeluarga baru jer lepas sembuh daripada demam. Mungkin berjangkit daripada adik bongsu agak nya sebab ada jumpa adik di hospital sewaktu menziarahi anak saudara saya di hospital. Apple pie ni favourite kamu sekeluarga. Makan dengan aiskrim memang "nyamsekal tek" = "nyaman sekali tek" (bak kata Sajat) 😆#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cengkih (1) + epal (1) + kulit kayu manis (R) + MADU (2) + mentega (R) + oren (1) + tepung gandum (R) Dapur Yusfarisyia -
Paf Epal Gulung (Apple Blankets) Paf Epal Gulung (Apple Blankets)
Resipi tugasan akhir #task4 kelas phopbylinimohd . Niat di hati nak join contest, sekali tak sempat upload by midnight.Apapun, resipi ni ringkas saja, boleh layan gelek pastri paf dengan anak-anak untuk kudapan. Boleh main calit-calit tepung dengan cikebum kalau buat berdua (gitu). Oh so sweet 😍.Jom, jom tengok bahan dan cara buat. N. Idris -
Apple Crumble Pie Apple Crumble Pie
#goldenapron#minggu18#bonuspastryDidalam peti ada lebihan pecan nut dan kebetulan ada juga apple hijau.Dwmi menyahut cabaran bonus pastry maka, jadilah apple crumble pie.Saya memang suka pecan dan harganya antara kacang yang termahal.Sesuai disajikan bersama ice cream, tiada ice cream di peti, jadi makan begitu saja pun sodap. Jom tengok resepinya. Narimah Othman -
Keropok Lekor Ikan Tamban Keropok Lekor Ikan Tamban
Masak Apa Cuti Sekolah?Keropok lekor adalah salah satu kegemaran anak-anak saya. Kalau beli memang tak cukup, berebut makan. Ikan tamban ni mak mertua yang beri sebab beli banyak. Kat rumah saya pula, hanya saya dan anak lelaki saya jer yang suka makan ikan yang banyak tulang. Jadi saya buatkan keropok lekor supaya semua ahli keluarga saya dapat menikmati ikan tamban tu. Puas makan kalau buat sendiri. #TeamJajanJom dik @shahmirul91 join cabaran minggu ni. Dapur Yusfarisyia -
Muffin Pisang Muffin Pisang
Masak Apa Cuti Sekolah?Sayang tengok pisang masih ada berbaki, takut pula jadi terbuang sahaja. Ini lah masa terbaik untuk bersama anak-anak membuat muffin bersama. Beri arahan kepada anak-anak untuk menolong bersama sambil itu boleh berborak. #TeamManisan@dyamermaid_pink jom dik join cabaran minggu ni. ☺️ Dapur Yusfarisyia -
Apple Pie Ala McD Apple Pie Ala McD
#bonuspastry#goldenapron#satupohonsaturesepiAlhamdulillah...cabaran terlaksanateruja betul bila segala kelengkapan yang diperlukan tak mencukupi...ketika ini akk tengah bercuti di kampung halaman di Terengganu,ayah yang dah berusia 78 tahun seorang single father...dengan lafaz bismillah akk cuba teroka apa yang ada di dapur ayah...alhamdulillah memang tidak mengecewakan...syukur sangat-sangat...dlm peti ais ada 2 bijik epal serta tepung dan butter pun ada...teringat apple pie yang selalu ayah pesan bila kami makan di Mac Donald's... langsung akk cuba buat apple pie goreng kerana di dapur memang ada minyak masak mudahlah kerja akk...jom cuba resipi yang enak ini❤️😘 Aza Aaj -
Pai Epal Pai Epal
Zaman sekolah dulu saya selalu menghabiskan hujung minggu di perpustakaan. Dan setiap kali pulang dari perpustakaan saya akan singgah ke sebuah kedai kek yang terletak di seberang jalan hanya untuk membeli pai epal kegemaran saya. Sesekali teringat nostalgia dahulu saya pasti akan cuba bikin pai epal ini.#globalapron2024#challenge20#honeyiloveyouMadu (2point)Kulit kayu manis (1 point)Epal (1 point)4 point Hayati Hamdan -
Donut Red Velvet (Water Roux) Donut Red Velvet (Water Roux)
Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?#ResipiViralAdik ipar telefon bagitau yang dia nak datang ambik mak dia (mak mertua saya) sebab nak bawa mak ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Dia juga bagitau yang anak dia nanti dia tinggalkan kat rumah saya sebab dia tak nak bawa anak dia ikut ke klinik. Hmm.. rumah saya ni nemang sunyi sepi kalau anak dan suami pergi bekerja. Anak saudara saya tu sejenis yang payah nak makan. Saya terfikir nak buat donut red velvet yang menggunakan water roux untuk dia sebab dia memang suka makan donut. Tapi dia tak pernah makan donut red velvet. Mula-mula dia terkejut la juga tengok donut warna merah tu. Dia tersenyum apabila tengok donut tu diikat tergantung pada buaian comel yang saya beli daripada @acik_dapo suatu masa dahulu. Sambil makan tangan dia asyik menyentuh donut-donut yang bergantung tu. Saya bagi pada dia untuk dibawa balik ke rumah nya. ❤️😊 Dapur Yusfarisyia -
Tips Kekalkan Kesegaran & Warna Buah Epal Selepas Dikupas & Dipotong, Seperti Cinta Umie Buat Qysha Tips Kekalkan Kesegaran & Warna Buah Epal Selepas Dikupas & Dipotong, Seperti Cinta Umie Buat Qysha
Haaaaaaaa… mai dah tajuk resipi/tips panjang 😂. Kena seru @Uchu @kamarullah @Sirap_Cheese dan lain-lain untuk join jugak! Cookpad tak dapat nak tag lebih dari 3 jadi pandai2 la tag yang lain yer 😂.Qysha ni susah nak makan. Sayang punya pasal MinSha pun kupas la kulit pastu potong cantik2 untuk bekal Qysha ke sekolah. Masalahnya buah epal bila dah kupas dia akan tukar warna brown. Mana mau dak kenit tu makan kalau dah rupa “buruk” macam tu. Jadi ni la cara MinSha kekalkan warna dia. 😊 MinSha
Lebih Banyak Resipi
Komen