Ikan Bilis Masak Taucu

Nur Hani Yahaya
Nur Hani Yahaya @cook_16480022

#goldenapron
#bonussoya
#minggu15
#cookpadmalaysia

Demam? Hilang selera makan? Cuba yang ini... Harini saya satu famili tidak sihat.. Tiada selera makan.. Menu ni ringkas tapi boleh membangkitkan selera kala demam.. Percaya la... Sedap dimakan bersama bubur oat hangat. . Boleh bertambah weiii kalau tak perasan.. Hilang kejap demam tu. Sy gunakan instant oat sebab ia mudah dimasak.. Hanya 3minit sahaja..sesuaila kan dgn keadaan orang demam.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 50 gikan bilis dibelah dua
  2. 1tangkai cili hijau
  3. 1tangkai cili merah
  4. 1biji bawang besar
  5. 2 ulasbawang putih
  6. 2sudu besar taucu kasar
  7. 3sudu besar air asam jawa
  8. 5sudu besar minyak masak
  9. 1sudu kecil gula(jika suka)
  10. 1/2sudu kecil garam(jika suka)

Cara Memasak

  1. 1

    Goreng ikan bilis hingga garing.. Angkat dan toskan minyak...

  2. 2

    Keluarkan sedikit minyak.. Masukkn bawang besar, bawang putih, cili hijau, dan cili merah yang dihiris. Goreng sehingga layu. Masukkan dua sudu besar taucu.. Goreng sebentar

  3. 3

    Tambahkan sedikit air asam jawa...kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng.. Goreng sehingga rata.. Boleh perasakan dgn garam dan gula.. Tapi sy tidak letak... Memadai dgn rasa taucu yang sedikit masin..gaul sehingga kering dan sedia dihidangkan dgn bubur oat.. Yummmy.....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Nur Hani Yahaya
Nur Hani Yahaya @cook_16480022
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan