Kimchi

Heidi Karina
Heidi Karina @cook_18932248
Subang Jaya

#goldenapron

Nina suka tengok cerita Korea.Lagi-lagi mukbang.Macam seronok sangat tengok dorang makan.
Daddy suka kimchi. Selalu dia suruh mami beli tapi Nina cakap kenapa nak beli? kita buat je lah. Buat kat rumah kan lebih puas hati. Nanti bila kimchi Nina dah siap, Nina nak buat rice cake pastu buat ayam Korea.
Daddy balik weekend. Masa tu, Nina punya kimchi mesti dah siap untuk dimakan.Tak sabar nak buat makanan Korea bila Daddy balik.

Kimchi

17 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/4 batangsawi putih
  2. 1 cawangaram kasar
  3. (Bahan A)
  4. 1 1/2sudu besar tepung pulut
  5. 1/2 cawanair
  6. 1/2 sudu besar gula
  7. (Bahan B)
  8. 1biji bawang besar
  9. 1/4biji buah Lai (berwarna Coklat)
  10. 4-5 ulasbawang putih
  11. 1sudu besar sos ikan
  12. 1sudu besar cuka apple
  13. 1/2sudu besar gula
  14. 1sudu besar serbuk halia (halia segar habis,saya guna serbuk halia)
  15. (Bahan lain)
  16. 3 batangdaun bawang (dipotong sebesar 2 inci)
  17. 1/2biji lobak merah (disagat )
  18. 1sudu besar serbuk cili

Cara Memasak

  1. 1

    Kobis putih dibasuh bersih dan di toskan. Tabur garam kasar pada setiap daun kobis. Simpan dalam bekas tertutup dan rehatkan selama 8 jam di dalam peti sejuk. Lepas 8 jam, bilas untuk kurangkan rasa masin pada kobis. Toskan.

  2. 2

    Satukan tepung pulut, air dan gula. Masak dalam periuk kecil sehingga pekat. Sejukkan.

  3. 3

    Bawang merah, bawang putih, buah Lai, sos ikan, serbuk halia, cuka dan gula di satukan. Kemudian blend halus. Tuang bahan yang di blend ke dalam periuk tepung pulut.Masukkan juga serbuk cili.Gaul rata2

  4. 4

    Tuang ke dalam mangkuk, masukkan lobak merah dan daun bawang.Gaul sebati.Sapu rata2 atas setiap helaian kobis putih.Gulung lepas tu susun di dalam balang.

  5. 5

    Perap semalaman pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk. selepas 2 hari barulah boleh dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Heidi Karina
Heidi Karina @cook_18932248
pada
Subang Jaya
I’m only 13 years old
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya