Sup Tauhu

Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
Shah Alam Selangor

#goldenapron
#bonussoya
Sup tauhu adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan. Hidangan ini kaya dengan khasiat protein daripada tauhu yang diperbuat daripada kacang soya. Ditambah lagi dengan campuran sayur bunga kobis,lobak merah dan kentang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih.

Sup Tauhu

8 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#bonussoya
Sup tauhu adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan. Hidangan ini kaya dengan khasiat protein daripada tauhu yang diperbuat daripada kacang soya. Ditambah lagi dengan campuran sayur bunga kobis,lobak merah dan kentang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30min
2 sajian
  1. Sebuku tauhu,dipotong dadu
  2. 1/2biji kentang,dipotong dadu
  3. 1/2 cawanbunga kobis
  4. 1/2 cawansuhun
  5. 1biji lobak merah saiz sederhana
  6. 1biji bawang kecil,dihiris
  7. 1 ulasbawang putih,dihiris
  8. 1 cmhalia,dihiris
  9. 1/4sudu kecil garam halus
  10. 1/4sudu kecil kiub pati ikan bilis
  11. 2 cawanair masak
  12. 1sudu besar minyak masak
  13. 2tangkai daun bawang,dihiris
  14. 2tangkai daun sup,dihiris
  15. 1sudu bawang goreng sebagai hiasan

Cara Memasak

30min
  1. 1

    Suhun direndam selama 10minit dan dibersihkan. Tauhu dan kentang dipotong dadu.

  2. 2

    Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah,bawang putih,halia hingga naik bau dan bertukar warna keperangan.

  3. 3

    Masukkan 2 cawan air. Masukkan kentang. Tunggu hingga air mendidih. Kemudian masukkan kobis bunga, lobak merah, tauhu dan suhun. Perisakan dengan kiub pati ikan bilis dan garam.

  4. 4

    Biarkan campuran dimasak selama lebih kurang 10minit dengan api yang sederhana besar. Masukkan daun bawang dan daun sup. Siap. Hiaskan dengan bawang goreng,daun bawang dan daun sup di dalam mangkuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
pada
Shah Alam Selangor
Minat memasak
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya