Stick Tauhu Ikan

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

Kudap-kudapan 'Minum Petang',sedap dimakan begitu sahaja,boleh juga dicicah dengan sos cili atau mayonis atau apa sahaja sos pilihan anda.Lebih enak bila dihidangkan pula bersama minuman teh atau kopi panas. #bonussoya #goldenapron

Stick Tauhu Ikan

Kudap-kudapan 'Minum Petang',sedap dimakan begitu sahaja,boleh juga dicicah dengan sos cili atau mayonis atau apa sahaja sos pilihan anda.Lebih enak bila dihidangkan pula bersama minuman teh atau kopi panas. #bonussoya #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 kepingtauhu
  2. 350 gramisi ikan tenggiri kisar
  3. 2biji telur
  4. 1 camcateh penuh garam halus
  5. 1 camcateh serbuk lada sulah
  6. 2biji bawang besar size sederhana
  7. 1biji lada merah
  8. 1ikat daun sup
  9. 1ikat daun bawang
  10. 2 camcabesar penuh campuran bawang merah dan bawang putih goreng
  11. 50 gramtepung ubi
  12. 140 gramserbuk roti

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahannya:

  2. 2

    Kisar tauhu hingga hancur,potong dadu bawang besar,potong halus daun bawang,daun sup dan lada merah.

  3. 3

    Pukul telur bersama serbuk lada sulah dan garam halus hingga bercampur rata.Masukkan ke dalam mangkuk bersama tauhu kisar dan isi ikan kisar.Gaul hingga rata.

  4. 4

    Masukkan bawang besar yang dipotong dadu,daun sup,daun bawang,lada merah yang dipotong halus,gaul rata.Masukkan tepung ubi dan bawang goreng.Gaul hingga rata.

  5. 5

    Masukkan 70 gram serbuk roti.70 gram lagi disimpan untuk salutan.Gaul hingga adunan bercampur rata.

  6. 6

    Basahkan kedua-dua tapak tangan dengan sedikit air,bentukkan adunan memanjang.Salutkan adunan stick dengan serbuk roti.Buat sampai habis.

  7. 7

    Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana.Goreng hingga garing atau kekuningan di kedua-dua bahagian.Angkat dan toskan.Siap dan bolehlah dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Resipi Sepertinya