Scrambled Eggs Mudah

Buntu dah tak tahu nak submit resepi apa minggu ni. Then sambil² perhatikan anak² buat scramble eggs, teringat Minsha pernah kata tak semua orang pandai masak, hatta nak bezakan 'garam secukup rasa' pun tak semua yang tahu, terutama yang baru nak belajar masak.
Soooo... Hari ni saya kongsikan resepi Scramble Eggs yang saya ajar anak². Sesuai la kan untuk yang tak pandai masak tapi nak belajar masak. Betul tak, Minsha? Hihi..
Ni lauk bila mood M sedang melanda. Anak² suka je sebab diorng boleh get involve sekali masa nak masak. Di kala menyiapkan entry ni pun masing² berebut nak pecahkan telur la, nak kocak telur la, nak letak garam la. Mak yang pening. Hahaha.
Makan dengan nasi panas dan kicap pun dah cukup selera. Kalau ada sambal sikit pun aci. Kadang² anak² saya bawak bekal ini aje ke sekolah.
Buat sandwich telur pun boleh. Sapu mayonis kat roti, letak inti telur. Tambah sos cili. Siap.
Jadi untuk yang tak pandai masak, jangan risau. Lauk ni senang aje dan sangat versatil. Selamat mencuba!
Cara Memasak
- 1
Keluarkan mix vege dari peti beku. Nyahbekukan sekejap. Bilas dan tos.
Pecahkan telur, masukkan lada hitam, lada sulah, garam dan serbuk bawang putih.
- 2
Pukul telur sebati.
Panaskan non-stick frypan. Masukkan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan mix vege dahulu. Goreng sebentar.
- 3
Masukkan telur dan gaul-gaul kan bersama mix vege.
Nota : Lebih mudah lakukan step ini menggunakan spatula.
- 4
Bila telur dah sedikit kering, tutup api, haba panas dari frypan akan memasakkan telur.
Teruskan mengacau sehingga telur kering dan masak. Siap untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Fluffy Scrambled Eggs Fluffy Scrambled Eggs
#telurantarabangsaLama dah Nina tak masukkan resipi dalam ni. Mummy kata suruh join contest telur. Cepat-cepat Nina buat scrambled eggs.Daddy dan adik memang suka scrambled eggs yang Nina buat. Daddy kata scrambled eggs Nina paling sedap. Adik tak pernah puji masakan Nina tapi tiap kali dia makan, pinggan dia yang licin dulu. Lepas tu mulalah hala garfu kat pinggan orang. Resipi ni kawan mummy yang ajar. Dulu Nina selalu tidur rumah kawan mummy sebab temankan sebab suami dia dah meninggal. Kawan mummy tu kahwin dengan orang Belanda. Bila bangun pagi, auntie akan sediakan breakfast untuk Nina dan anak dia. Dari situ la belajar. Heidi Karina -
Scrambled Eggs Scrambled Eggs
Scrambled eggs adalah makanan yang mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan pagi. Ia juga merupakan menu sarapan wajib dibeberapa buah negara. Cara membuatnya sangat mudah. Ada pelbagai cara dan resepi...Cara saya, hanya perlukan telur dan butter sebagai bahan utama. Cairkan butter, kemudian masukkan telur yang dikocak. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Siap. Noor Atika Mahamood -
👩🍳Scrambled Eggs🇬🇧 👩🍳Scrambled Eggs🇬🇧
Scrambled Eggs atau Telur Hancur ialah satu persediaan telur untuk dimakan dengan roti.Ada yang gemar ia dimasak lebih lembap dan ada yang suka kalau kering. Terpulang selera masing2; jika nak lebih kering, biarkan lebih lama masak diatas api.Selalunya, jika sedikit basah, hasilnya lebih enak dan lembut.Inspirasi resipi. toriavey.com 🌹#cppassport Mahadiah -
Sup Sayur Campur Sup Sayur Campur
#goldenapron#week22#saturesepisatupohonKadang-kadang dah buntu tak tahu masak apa, saya tanya pada anak nak makan lauk apa, dia akan jawab, "Sup sayoooor!". Pastu saya tanya lauk lain nak? Ayam goreng? Ikan? Dia kata taknak. Nak sup sayoor aje. Wah. Senang hidup gini. Hahahaa.Ni resepi saya selalu masak. Senang sangat. Tak perlu tumis-tumis. Lebur aje. Kalau ada fishball atau fishcake boleh je masukkan sekali. Selamat mencuba! Aie -
Telur Dadar Mudah Telur Dadar Mudah
Menu paling laku kat rumah, hihihihi.. Walau pun ada lauk lauk tetap juga nak ada telur dadar. Anak-anak suka sangat. Ni tadi Aznie mentor love resepi dari cookpadies. Yang simple-simple aje😋 Aznie Khasri -
Kueh Tiau Kungfu Hustle Kueh Tiau Kungfu Hustle
#goldenapron#1post1hopev2#week12Saya suka kueh tiau kungfu sebab banyak sayur. Mujur anak-anak pun suka. Resepi ni saya masak ikut suka. Letak kunyit sbb perap ayam tu dulu. Baru lah sedap. Sebab tu warna kuah pun kekuningan. Bawang segala pun saya blend sebab kalau tak nanti anak2 kutip letak tepi. Sakit mata tengok. Bila blend diorng takde kutip-kutip dah, semua telan. Haha! Aie -
👩🍳Scrambled Eggs with Tricolor-vegetables🇹🇭 👩🍳Scrambled Eggs with Tricolor-vegetables🇹🇭
Hidangan ini dihasilkan daripada telur yang dikacau, dikocok dan dipukul bersama bahan2 seperti carrot, daun bawang, putik jagung.Dicampur dengan garam, mentega dan lain2 lalu digoreng hancur. Sesuai untuk sarapan atau tambahan lauk makan tengahari.TQ for an inspiring recipe 🌹BJ#cppassport Mahadiah -
Sup kosong dengan telur Sup kosong dengan telur
Pada cikgu..sup kosong ni bahannya sikit tetapi memberi rasa yang sedap apabila di makan bersama nasi putih dan lauk-pauk yang lain.Cikgu suka buat sup kosong sebab cikgu boleh pelbagaikan isi dalamnya. Boleh letak kentang..letak telur..soo un..sayur pucuk..macam2 lah. Yang penting kuahnya byk. Anak2 makan sup, maknye makan isinya. Kadang2 bila tak ada lauk, dapat basahkan nasi dgn sup ni .. letak kicap dan sambal belacan, dah seribu rahmat. Hafiza Muaddah -
Kid's Beef Burger Patty Kid's Beef Burger Patty
Dah cuba banyak resepi burger patty dan akhirnya jatuh cinta dengan resepi olahan sendiri. Baru la ikut citarasa lidah kampung saya ni. Anak-anak dan suami pun suka. Y penting sihat. Tak ada bahan pengawet dan kita boleh control kuantiti gula dan garam. Maisarah Mamat -
Sandwich budak sekolah Sandwich budak sekolah
#sarapan #goldenapron #level14 Alamak, jam tak bunyiiiii!!! Pagi-pagi kalau terlambat bangun atau tak ada idea nak masak apa untuk sarapan anak-anak, tcer fizz memang buat sandwich telur ni. Mudah disediakan, lazat, berkhasiat dan yang penting anak-anak suka 😍. Hafiza Muaddah -
Gelama Masak Asam Gelama Masak Asam
#goldenapron#week14#1post1hopev2Saya suka ikan gelama. Tapi agak mencabar bagi saya nak masak ikan ni. Kadang-kadang, silap cara, bila goreng, terus hancur ikan nya. Tak tahu lah mana silapnya. Haha!Tapi ikan ni sangat sedap. Saya suka goreng kunyit sahaja atau kalau nak ada lauk yg berkuah sedikit, ni lah resepi saya. Bahan pun mudah dan masak pun senang sangat.Selamat mencuba! Aie -
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina
Salam Jumaat..Kat rumah masak nasi goreng, gi kedai makan pun order nasi goreng? Tapi mmg ada kan? Pelbagai bangsa terutamanya org Asia mmg tak terlepas dari menu nasi goreng yg pelbagai jenis..Jamie Oliver masak guna jem cili, Uncle Roger buat muka 🤣mujurlah Gordon Ramsay punya nasi goreng diapproved oleh Uncle Roger😂 Nasi putih ni anak perempuan Uchu yg masak. Baru2 belajar masak umur 10 tahun. Terlembik sikit nasinya..tapi takpe..dimaafkan..😁#goldenapron2020 Sesimple Loralin
Komen