Nasi Ayam Faiza

#goldenapron #level16
Hanya dengan menggunakan rempah sup Faiza, dapat menghasilkan nasi ayam yang sedap dan menyokong produk muslim bumiputra #bmf.
Cara tcer memasak nasi ayam memang mudah, 1 rebusan sup ayam akan digunakan untuk menghasilkan nasi ayam, ayam goreng, air lada dan sup kosong.
Tips: guna sedikit minyak bijan untuk mendapatkan aroma dan rasa seperti nasi ayam hainan.
Jom tengok resepi di bawah.
Nasi Ayam Faiza
#goldenapron #level16
Hanya dengan menggunakan rempah sup Faiza, dapat menghasilkan nasi ayam yang sedap dan menyokong produk muslim bumiputra #bmf.
Cara tcer memasak nasi ayam memang mudah, 1 rebusan sup ayam akan digunakan untuk menghasilkan nasi ayam, ayam goreng, air lada dan sup kosong.
Tips: guna sedikit minyak bijan untuk mendapatkan aroma dan rasa seperti nasi ayam hainan.
Jom tengok resepi di bawah.
Cara Memasak
- 1
Satukan bahan rebusan ayam dan rebus sehingga ayam betul-betul masak. Keluarkan ayam dan ketepikan sekejap.
- 2
Panaskan minyak masak dan minyak bijan. Tumis bawang putih dan daun pandan. Masukkan sos tiram.
- 3
Masukkan beras dan air rebusan ayam bersama 3 inci halia dan separuh bawang putih daripada air rebusan. Masak nasi seperti biasa.
- 4
Satukan bahan-bahan untuk ayam goreng, letak sedikit air rebusan ayam dan gaul sebati. Goreng ayam sekejap sahaja
- 5
Air lada: buang biji lada. kisar lada bersama air rebusan ayam, lebihan halia dan bawang putih. Masak atas api yg kecil. Perasakan dengan garam dan sos plum atau perahan limau.
- 6
Untuk sup kosong, masak lobak merah dengan baki air rebusan ayam. Taburkan daun sup/bawang
Resipi Sepertinya
-
Bubur Ayam ala Mekdi Bubur Ayam ala Mekdi
Diinspirasikan daripada bubur ayam Mc'D...Bubur ayam ni sedap dimakan semasa panas-panas..Masak bubur menggunakan air rebusan ayam yg dicampur dengan halia dan serai ketuk bagi membangkitkan aroma.Dihidang dengan taburan hirisan daun bawang, bawang goreng, lada sulah dan renjisan minyak bijan.. Sangat-sangat membangkitkan aroma yang membuka selesa.. Noor Atika Mahamood -
Kerutuk Ayam Kerutuk Ayam
#goldenapron #level11 Tcer Fizz ingat nak buat Ayam Kuzi resepi Chef Zam sambil-sambil join contest Marigold. Tengok-tengok rempah kuzi tak ada dan yogurt Marigold tu pun tak ada. Jadi tcer Fizz pun cari je bahan-bahan yang ada di dapur. Rupa-rupanya dalam hadiah hamper Adabi ada rempah kerutuk. Tcer pun cubalah masak Kerutuk Ayam untuk digandingkan dengan Nasi Lemak Bunga Telang. Hafiza Muaddah -
Sup Kosong Nasi Ayam Sup Kosong Nasi Ayam
Semenjak akk mengenali seorang chef cina muslim di FB akk terus mengubah cara menyediakan supuntuk nasi ayam...kalau dulu suka guna 4 sekawan untuk digunakan secara menumis sup almaklum sinonim sangat dengan rempah 4 sekawan ni dalam masakan melayu😍 dan selalu menumis...sekarang semua tu tak perlu dan yang pasti sup lebih sedap dan harum air sup pun cantik dan tak keroh...Sup yang akk kongsi kan ini more kepada pengunaan air chicken stock...boleh dipelbagai untuk menu seperti mee kicap dll...bermacam2 citarasa sup kosong boleh diubah suai ikut selera dan kalau sempat akk share lagi 2 menu sup kosong atau clear sup untuk geng cookpaders sayang...ok jom intai cara akk yg simple tapi marblesss gitew...👍😋😍 Aza Aaj -
Nasi Ayam Untuk yang Tersayang❤"Air Fryer" (China)🇨🇳 Nasi Ayam Untuk yang Tersayang❤"Air Fryer" (China)🇨🇳
Menu Nasi Ayam selalu dimasak selang seminggu.Ini kerana Menu Nasi Ayam adalah menu kegemaran hero kecik ummi.Babahnya juga sudah menjadi penggemar nasi ayam juga dek kerana heronya suka makan Nasi Ayam.Nasi Ayam senang disediakan. Dimana bahan asasnya adalah ayam yang direbus terlebih dahulu. Air dari rebusan Ayam itu dijadikan bahan asas utama untuk masakan sampingan yang lainnya seperti nasi,sambal,sos kicap dan sup kosong.Maka lengkaplah menu nasi Ayam.Dari kajian,asal usul Nasi Ayam Ini adalah dari Negara China.Nasi Ayam Hainan sangat terkenal di Malaysia dan Singapura yg dibawa oleh masyarakat Hainan dari Negara China ke serantau asia. Orang China sangat menggemari Nasi ayam Hainan dimana ayamnya di kukus dan dihidangkan putih begitu sahaja.Namun tidak kurang juga yang menggemari nasi ayam yang direbus dan diperap dengan sos tiram dan kicap manis serta madu terlebih dahulu kemudian digoreng atau dipanggang hingga keperangan.Resepi Nasi ayam kali ini ada sedikit kelainan dari yang biasa saya buat. Jom tengok resepinya👍#cppassport Q'leenalee's Kitchen -
Hainan Chicken Rice (Hǎinán jī fàn) 🇨🇳 Hainan Chicken Rice (Hǎinán jī fàn) 🇨🇳
Nasi Ayam Hainan merupakan makanan kaum Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia dan Singapura, serta di negara Thailand. Versi nasi ayam hainan yang terdapat di Malaysia dan Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis.Nasi ayam Hainan dinamakan kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang.Nasi ayam hainan yg saya masak kali ni tidak sama bahan-bahannya seperti memasak nasi ayam biasa. Nasi ayam hainan tidak ditumis dengan 3 sekawan, penggunaan bawang pun tak banyak. Tidak gunakan kiub pati ayam sebagai penambah rasa. Nasi ayam hainan juga tidak dihidangkan bersama daun salad dan tomato. Saya mencampurkan minyak bijan dan butter semasa menumis. Tumisan lemak ayam juga menaikkan aroma seperti masakan orang-orang cina.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Sup Ayam Berempah Simple Orang Bujang Sup Ayam Berempah Simple Orang Bujang
Sup Ayam ini hanya menggunakan rempah sup Faiza. Ringkas dan pantas. Dimakan dengan sambal kicap daripada resipi cookpader Cinderella, cuma sambal kicap tu saya tambah sikit kuah sup dan lebihan daun sup yang dipotong untuk sup ayam. Memang menyelerakan. ainiraf83 -
Nasi Lemak Bunga Telang Nasi Lemak Bunga Telang
#goldenapron #level10 Kali ini tcer Fizz kongsikan satu hidangan yg mudah dengan sedikit inovasi. Kebiasaannya bunga telang digunakan dalam masakan nasi kerabu, yang memberikan warna biru pada nasi tersebut. Sekarang tcer Fizz gunakan bunga tersebut untuk masak nasi lemak pula. Cantik je nasi lemak warna biru.. Yang penting ianya pewarna asli dan bunga telang ni anti stress tau. Entri seterusnya tcer Fizz akan kongsikan menu Kerutuk Ayam pula ya 😊 Hafiza Muaddah -
Sup Kosong Sup Kosong
Cabaran Sup KosongJarang saya buat sup kosong ni kecuali bila saya masak nasik ayam.Kalau kebetulan buat nasi ayam ambil stok rebusan ayam dan tambah beberapa bahan lain dan jadi sup kosong.Kalau tak boleh rebus isi atau tulang ayam untuk dijadikan stok.Atau paling mudah boleh ja guna kiub pati ayam @ stok ayam segera.Road to 500 resipi / 300 Norashikin Rahmat -
Nasi Goreng Ayam Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng campak-campak. Cepat je siap. Boleh buat bekal pergi pejabat dan ke sekolah.ayam (1 point)lada sulah (1 point)minyak bijan (1 point)nasi sejuk (1 point)sos tiram (1 point)5 points#GlobalApron2024 #challenge17 #sukahati Nihadriz Niha -
Sup Kosong Pagi ke Malam Sup Kosong Pagi ke Malam
Sup kosong yang menjadi kegemaran Uchu bukan sahaja menjadi hidangan sampingan untuk dihirup atau membasahi nasi putih atau nasi goreng, tetapi juga dimakan bersama bubur kosong kebiasaannya untuk BREAKFAST. Kadang-kadang sengaja buat sup kosong ni lebih banyak sebab nanti LUNCH tinggal nak pecahkan telur jadikan sup telur pula. DINNER pula, masak sahaja nasi goreng dan basahkan pula dengan sup kosong.😅Masa anak-anak masih kecil, Uchu boleh dikatakan setiap hari buat sup kosong untuk dimakan bersama bubur kosong, bubur ikan atau bubur seafood.Cuma, kalau untuk anak-anak kecil Uchu tidaklah menggunakan kiub atau stock ayam segera. Sesimple Loralin -
Nasi Goreng Ekspress Nasi Goreng Ekspress
Nak buat nasi goreng untuk sarapan.. tapi nasi xde.Jadi kita masukkan semua dalam periuk.. siap.Kata #campakcampaksiap 😄 Hafiza Muaddah -
Lebih Banyak Resipi
Komen