Hazelnut Chocolate Chip Cookies

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron
#minggukeenambelas

Setiap kali datang musim perayaan pasti saya akan menerima tempahan biskut.Tak kira raya apa sekali pun,pasti ada yang akan order biskut dari saya.Tapi Deepavali kali ni saya tak dapat memenuhi permintaan kawan-kawan sebab masa tak mengizinkan.Minta maaf banyak-banyak.Serba salah saya dibuatnya.hadoiii..
Selalu saya akan jual biskut atau cookies yang tradisional.Saya seorang penggemar biskut tradisional tau!
Tetapi hari ini saya nak share resipi biskut ala-ala Subway gitu.Semua tahukan biskut subway bertekstur liat atau chewy.Sebenarnya kalau nak chewy,tempoh pembakaran jangan terlalu lama.Kalau korang nak biskut yang rangup, tambahkan saja sedikit masa lebih kurang 10 minit lagi.
Kalau korang suka almond atau macadamia,tukar sahaja resipi ini kepada kekacang kegemaran korang.Tapi makesure kekacang itu dipanggang dahulu.Kalau tidak, rasa mentah pula nanti kekacang tu.
Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 grambutter
  2. 400 gramtepung gandum
  3. 1sudu kecil Baking powder
  4. 1/2sudu kecil garam halus
  5. 1sudu kecil esen vanila
  6. 2biji telur
  7. 300 gramgula perang
  8. 1 cawankacang Hazelnut (dipanggang)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.Pukul butter bersama gula perang dengan menggunakan senduk kayu.Kemudian masukkan telur, garam dan esen vanilla.Aduk sebati.

  2. 2

    Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan chocolate chip dan kacang hazelnut. Sebatikan. Tutup mangkuk adunan dengan menggunakan plastik wrapping. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

  3. 3

    Panaskan oven dengan suhu 180’c. Sudu adunan dengan menggunakan scoop Ice cream. Susun diatas loyang yang dilapik baking paper. Jarakkan setiap adunan. Bakar selama 20 minit. Selesai membakar, sejukkan cookies di atas redai. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Resipi Sepertinya