Wanpaku Sandwich

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#wanpaku
#goldenapron
#minggukeenambelas

First time saya buat wanpaku sandiwich. Selalu dok tengok sandwich ni lalu lalang. Time tu dok terpikir macam mana nak makan sandwich yang besar gedabak. Sambil tengok gambar tu,saya practise la buka mulut besar-besar.Tapi hari ni saya terjebak jua akhirnya..Nina merayu-rayu untuk buat juga sandwich ni. Mak mana yang boleh tahan dengar rayuan anak seperti langau berterbangan. Suami pun suka sandwich ni sebab saya gunakan roti gandum.
Betul kata orang yang mencipta sandwich ni. “All in one” siap cukup semua khasiat. Ada pelbagai sayur dan kepingan ayam atau daging.Saya tambahkan lagi protien dari telur. Barulah sempurna nikmat sarapan.
Macam mana saya boleh hasilkan telur setebal tu? Jeng jeng jeng.. saya guna kan frying pan saiz paling kecil. Sebesar tapak tangan yang berjenama vantage entah vintage. Tak ingat la apa namanya. Saya beli di Langkawi. Dalam rm12 kot. Memang sesuai untuk buat pancake atau telur tebal mcm tu la. Comelkan?
Rasanya sandwich ini sangat sesuai untuk dijadikan bekal atau untuk dibawa piknik. Siapkan malam,bungkus dan simpan di dalam peti sejuk. Esok tinggal potong dan bawa.
Okaylah guys, i nak sambung masak dinner.
So sesiapa yang nak mencuba resipi saya, sangat di alu-alukan. Semoga menjadi sandwich wanpaku wanpamu jua.
Jumpa lagi di next resipi!!

Wanpaku Sandwich

7 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit
2 ketul sandwich
  1. 4 kepingroti gandum
  2. 2biji baby romaine
  3. 1/2biji capsicum hijau
  4. 1/2biji capsicum kuning
  5. 1/2biji lobak merah
  6. 1/4biji kobis ungu
  7. 3biji tomato
  8. 4 kepingcheese
  9. 3biji telur gred A
  10. Secubit garam
  11. 1/4sudu kecil lada putih
  12. 6 kepingChicken slice / beef breakfast strips
  13. 2sudu besar butter (suhu bilik)

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Dalam satu mangkuk, pecahkan telur kemudian kocak bersama garam dan lada putih. Goreng telur sehingga masak. Sediakan bahan-bahan lain.

  2. 2

    Sapukan butter pada roti, kemudian susunkan sayur berselang seli bersama cheese, telur dan kepingan ayam atau daging.

  3. 3

    Alaskan plastik wrapping, bungkus ketat sandwich itu. Kemudian potong dua ditengah-tengah dengan menggunakan pisau yang tajam.

  4. 4

    Sedia dihidang bersama kopi,teh atau susu untuk sarapan pagi. Baru lah terasa ala-ala di Jepun 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya