Telur Masin Homemade

Minggu ni balik kampung, segan nak amik gambar masa masak. Nanti mak jeling... Hahaha...
So minggu ni saya kongsikan cara buat telur masin sendiri. Saya gunakan telur itik dan telur ayam. Boleh je. Nak guna telur puyuh pun boleh. Cuma pelik sikit je la. Haha..
Disebabkan nak buat telur masin ni, minimum kena rendam 2 minggu, saya dah buat awal, telur masin yang dah siap, saya bawak balik kampung. Tinggal nak hidang je pun.
Kalau amik gambar makanan yang dah siap, takde la mak jeling, kan kan kan... Heehee...
Saya bagi sukatan untuk 6 biji telur dalam balang kuih size kecil. Sebab kalau yang pertama kali nak try buat, boleh la try sikit-sikit. Nanti bila dah pandai buat, boleh agak-agak untuk buat dalam skala besar pula ye. Selamat mencuba. 😍
Cara Memasak
- 1
Cuci bersih semua telur.
- 2
Susunkan dalam balang kuih size kecil.
- 3
Larutkan garam ke dalam air. Kalau ada yang tak larut pun tak apa. Maknanye larutan dah tepu.
Masukkan larutan air garam ke dalam balang berisi telur tadi. Pastikan semua telur terendam.
Biarkan selama 2-4 minggu.
- 4
Selepas 2 minggu, keluarkan telur. Cuci dan rebus sehingga masak. Dah boleh makan. Hidangkan dengan bubur nasi pun sedap. 😁
- 5
Nota : Kalau tak pasti samada telur masin menepati citarasa atau tak, lepas 2 minggu, rebus sebiji dahulu. Kalau tak cukup masin, biarkan lagi seminggu dan ulang semula. Sampai lah dpt tahap kemasinan yg digemari.
Personally, saya suka rendam 2 minggu je, tapi ada yang kata tak cukup masin. Terpulang pada masing-masing ye. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Telur Masin Homemade Telur Masin Homemade
Meal / Food Prep & HackMisi 3 Cookrace1st time cuba buat sendiri telur masin, inspirasi daripada @airtangan_ummirizqi .Hari ni akak try rebus 2 biji untuk makan tengahari. Takdan sejuk telur yang direbus akak dah potong punya teruja nak tengok kemenjadiannya. Saspenlah jugak 🤭Lepas belah tu... Jeng3..Wah!! Menjadilah... Berjaya jugak akhirnya buat telur masin sendirian berhad.Walaupun rupanya tak secantik telur masin yang dibeli, tapi rasa puas hati bila kita buat sendiri sebab tahap kesucian dan kebersihannya 💯 diyakini 😇. Norashikin Rahmat -
Telur Masin Homemade Telur Masin Homemade
Rahsia Bahan Kekal Awet Muda :#Preservation #CookEveryPart2 #WorldFoodDayTelur masin kegemaran ramai.Sedap dimakan dengan nasi panas atau bubur nasi dan sebagainya.Sebenarnya cara pembuatan telur masin ni sudah dipraktikkan oleh orang dulu-dulu lagi untuk mengawet atau menyimpan telur itik dalam jangkamasa panjang.Ye lah dulu-dulu mana ada peti ais.PRESERVATION cara PENGASINAN ini sesuai dibuat untuk Telur itik.Dan ada juga yang telah mencuba pada telur ayam.Caranya yang sangat mudah. Dan hasilnya sangat sedap dan cantik bila telur masin direbus. Q'leenalee's Kitchen -
Kerabu Telur Masin Kerabu Telur Masin
Baru baru ni pegi kedai beli telur masin. Nak standby untuk masak menu contest #telurantarabangsa. Tapi rasa dah bosan asyik makan yang rebus je so kali ni kita cuba buat kerabu telur masin.First time buat ni. Eh sedap la pulak. Rasa masam, manis, pedas dan masin tu bersatu dalam mulut. Dengan kacang panjang dan kobis yang rangup krup krap. Fuhhh layannn betul. 😋Sesekali makan boleh la. Jangan amalkan selalu kang darah tinggi pulak nanti. Hehee.SELAMAT MENCUBA! 😍#telurantarabangsa#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Homemade Salted Eggs 🇨🇳 Homemade Salted Eggs 🇨🇳
#cppassportChina : Country Of The Week28/05/2021 tarikh buat telur masin supaya senang nak ingat berapa lama dah peram.Suka sangat makan telur masin/telur asin. Kalau dulu-dulu telur masin ni boleh dibeli dengan harga 50, 60, 70 sen sebiji. Sekarang ni semakin berharga hingga mencecah RM1, RM1.20 sebiji (bergantung pada tempat juga). Ahli keluarga suami saya termasuk suami saya sendiri kalau makan telur masin, bahagian kuning nya saja dimakan, bahagian putih dibuang. 🤦🏻♀️Telur masin berasal dari China berabad-abad yang lalu dan biasanya melibatkan telur itik, yang lebih kaya, mempunyai lebih banyak asid lemak Omega-3 dan mengandungi lebih banyak kolesterol (tiga kali lebih banyak!) Daripada telur ayam.Telur itik masin adalah produk makanan diawetkan Asia yang dibuat dengan merendam telur itik dalam air garam, atau membungkus setiap telur dalam arang masin yang lembap. Di pasar raya Asia, telur ini kadang-kadang dijual ditutup dengan lapisan pes arang masin tebal. Telur juga dapat dijual dengan pes asin yang dikeluarkan, dibungkus dengan plastik, dan dibungkus dengan vakum. Dari proses pengawetan garam, putih telur itik masin seperti gelatin dan kuning nya bulat bertekstur pejal yang berwarna oren-merah terang.Hari ni saya mencuba merebus nya 11/06/2021 (14 hari) Dapur Yusfarisyia -
Telur Masin Rebus Telur Masin Rebus
#jekferlailertilljannah#goldenapron2020Bila dah namanya "Kampung People" kena la pandai makan telur masin@asin. Baru la sempoi. Menu ni sesuai sangat nak dimakan bersama bubur nasi, nasi kerabu dan nasi putih. Eh.. Nk buat asam pedas telur masin pun boleh tau. Baru la Lailer sayangkan Jekfer. Lagipun mudah nak sediakan telur masin ni. Rebus je 10 minit, dah siap.Teringin nak makan telur masin. Cari je kat pasar. Ada yang bersalut dengan tanah dan sekam. Ada juga yang direndam dalam air garam. Semuanya sedap tau!Satu ja yang unik tentang telur masin ni, ada orang suka makan kuning telur sahaja dan ada pula yang suka makan putih telur sahaja. Kalau Jekfer dan Lailer nak berebut kuning atau putih telur, pandai-pandai la korang selesaikan yer.. Akak tak dapat nak tolong.Bye "Baby Boo" Rose Nani Nizah Nayan -
Telur Dadar Tomato Ala Pizza Telur Dadar Tomato Ala Pizza
Style yang orang tak pernah buat kot.. 😅Selalunya dorang masak hancur semua.. kita buat versi sendiri lah kan.. sendiri nak makan.Dah siap masak hidang untuk bujangMula-mula tengok dia WOW jugak la🤭..Bila dah masuk mulut eh macam pernah rasa tapi ada rasa tomato prego juga..hahaha😆 Mestilah pernah rasa tu kan telur dadar..At last tak makan dengan nasi, makan macam tu je..#GoldenApron23Golden Apron 2023 Week 13 Julia ALeen Aireish -
Telur Masin Buat Sendiri Telur Masin Buat Sendiri
#1post1hope#goldenapronKepada penggemar telur masin dan pentingkan kebersihan telur boleh hasilkan sendiri dengan cara buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun sangat mudah. Jom buat di rumah. Julia ALeen Aireish -
Kerabu Telur Masin Kerabu Telur Masin
#telurantarabangsa#goldenapron2020Akk suka makan kerabu...kalau dapat kerabu hari2 pun best akk suka meratah...kali ini akk buat kerabu telur masin dengan cara dan citarasa akk serius sedap...nanti nak kena repeat lagi sebab yang ni dah licin akk makan berdua dengan anak bujang...nanti cuba ya resepi sangat2 mudah hanya perlu rebus telur masin yg lain hiris2 jew...senangkan...👏👏🤩 Aza Aaj -
Telur masin Telur masin
Meal / Food Prep & Hack #Misi3CookRaceMenu penting ketika bulan ramadhan.Hampir setiap rumah akan memilih telur masin sebagai juadah berbuka puasa atau ketika bersahur.Telur masin pun mahal sekarang. Adalah lebih baik jika kita buat sendiri dan sedap dimakan mengikut tahap kemasinan yang diingini. Ziana Chesaad -
Kangkung Tumis Telur Masin Kangkung Tumis Telur Masin
064/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2224 #TerusMelangkah3kResipi sekadar nak bagi perabih stok kangkung dan juga lebihan telur masin putih. Bila ko sejenis makan telur masin kuning je. Yang bahagian putih tu sudahnya membazir je. Tu daripada dibuang, baik goreng buat sayur 🤭Sebenarnya bila dah masak sebegini. Rasanya dah tak masin. Efek rasa dah macam tauhu pun yer juga. Kiranya ok lah kan 🤗 Salina Jalaludin -
Sotong Sumbat Telur Masin Sotong Sumbat Telur Masin
#goldenapron2020 Minggu 32#telurantarabangsa81/2020Musim tengkujuh ni stok telur masin memang banyak kat rumah. Kawasan rumah akak ni kawasan banjir. Bila air dah penuh memang tak boleh keluar mana-mana dah. Telur masin dan sardin la lauk tambahan yang wajib ada. Telur masin senang nak masak kan. Rebus dan boleh dimakan.Tapi kan, telur masin ni bukan sahaja boleh direbus dan makan dengan nasi jer tau. Salah satu resipi yang akak suka buat Sotong Sumbat Telur Masin.Kali ni sotong yang ada ni saiz sederhana jer. Tak besar sangat. Mungkin pakcik-pakcik nelayan dah tak ke laut dalam sebab ombak besar. Yang ada ni pun tak banyak kat pasar. Apa pun sotong masih segar. Faktor utama bila nak pilih lauk basah. Mesti nak yang segar.Rasa sotong yang lemak masin dan sedap sangat bila tergigit daun bawang dan daun sup tu. Peminat seafood memang suka la kan. Cicah pulak dengan sos cili thai, padu. Kalau dipadankan dengan sambal hijau, nangis nak lagi. Cempaka Putih -
SomTam Betik Telur Masin SomTam Betik Telur Masin
cppassport🇹🇭Nak Rentas Negara nak balik Kampung kt Bangkok n Hatyai tak bole terigat makanan yang Adik Ipar buat dulu sedap 1st time makan Somtam Betik ada letak Telur Masin sedap lemak² Kuning Telur masin dan yang masin Putih Telur😍😋sini hakak cuba share kan resepi nya yer👌Asal : Thailand🇹🇭 Jemilah Tukimin
Komen