Puding Roti Karamel

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Dulu rajin masak puding roti karamel tapi sekarang dah lama tak buat. Kalau tak kerana challenge day roti nie dari Cookpad, agaknya entah bila nak rajin masak semula puding roti karamel nie. Pastu sanggup tengah malam dan orang dah tidur memasak demi challenge day nie🤭😂. Kerana Cookpad sanggup ku stay up masak😂. Puding roti karamel sedap dimakan bila sejuk atau yang baru dibawa keluar dari peti sejuk. Rasanya lembut, sekali masuk mulut, nikmat sangat😍. Jom cuba😘 #breadbonus #Selangor

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 kepingroti
  2. 3biji telur
  3. 1 cawansusu cair
  4. 1 cawanair suam
  5. 1/2 cawansusu pekat
  6. 1 sudu tehesen vanila
  7. 3-4sudu besar gula perang (gula putih pun boleh)
  8. 2sudu besar air (untuk masak karamel)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Kukus air dalam periuk

  3. 3

    Masak gula perang (putih pun boleh) di dalam kuali dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bila gula hancur dengan dengan memasak atas api yang perlahan. Bila hancur tambah 2 sudu besar air panas, kacau dan tutup api.

  4. 4

    Tuang karamel ke dalam loyang. Ratakan semuanya ke semuanya

  5. 5

    Potong atau carik-carik roti dan masukkan kedalam pengisar. Masukkan air, susu cair, air suam, telur yang dikacau dahulu dan esen vanila ke dalam pengisar. Kisar hancur.

  6. 6

    Selepas kisar masukkan ke dalam loyang yang diletakkan karamel. Kemudian kukus sehingga masak.

  7. 7

    Sesudah masak, sejukkan dulu baru terbalikkan. Boleh dimakan panas-panas dan lagi sedap dimakan apabila diletakkan dalam peti sejuk dahulu. Bila sekali suap, yummmy🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen (3)

Resipi Sepertinya