Puding Karamel Tanpa Telur

Nor Zahida Aini
Nor Zahida Aini @sirap_longan

Kali ni aku cari dan cuba cooksnap resepi dari Aznie Khasri. Puding karamel ni memang aku suka sangat lebih lebih lagi bila di makan sejuk sejuk. Nikmat oii 😋

Bahan pun senang dan nak buat pun tak susah sangat. Kali ni cookpad minta versi tanpa telur. Dan inilah hasil kejadiannya.

Alhamdulillah sedap sangat. Nanti boleh repeat lagi. Tq Aznie. SELAMAT MENCUBA! 😋

#3c
#cppassport

Puding Karamel Tanpa Telur

Kali ni aku cari dan cuba cooksnap resepi dari Aznie Khasri. Puding karamel ni memang aku suka sangat lebih lebih lagi bila di makan sejuk sejuk. Nikmat oii 😋

Bahan pun senang dan nak buat pun tak susah sangat. Kali ni cookpad minta versi tanpa telur. Dan inilah hasil kejadiannya.

Alhamdulillah sedap sangat. Nanti boleh repeat lagi. Tq Aznie. SELAMAT MENCUBA! 😋

#3c
#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. bahan untuk gula karamel
  2. 4sudu besar gula perang/putih
  3. 3sudu besar air
  4. bahan untuk puding
  5. 10 gagar agar bertali
  6. 4 cawanair
  7. 1 tinsusu cair
  8. 1/2 cawansusu pekat
  9. 1/2 cawangula pasir
  10. 3sudu besar tepung kastard (campur sedikit air)
  11. 1sudu kecil esen vanila
  12. bahan hiasan
  13. 1mangkuk buah buahan koktel dalam tin (buang airnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk buat gula caramel :
    Panaskan gula dan air di dalam periuk dengan api perlahan sehingga bertukar warna keperangan. Kemudian baru kacau hingga sekata. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan dulu.

  2. 2

    Untuk buat pudingnya :
    Masukkan agar agar dan air ke dalam periuk dan masak hingga agar agar betul betul larut. Kemudian masukkan bahan lain kecuali tepung kastard. Kacau perlahan dengan api sederhana sehingga mendidih.

  3. 3

    Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata hingga adunan sedikit pekat.

  4. 4

    Kemudian tapis adunan dan tuang ke dalam acuan yang telah di isi gula karamel tadi. Sejukkan di dalam peti ais selama 2-3 jam atau sehingga betul betul keras sebelum di makan.

  5. 5

    Tadaaaa! Dah siap puding karamel tanpa telur. Sedap di makan sejuk sejuk. SELAMAT MENCUBA! 😋

  6. 6

    Bila dah sejuk keluarkan dan terbalikkan ke atas pinggan yang sesuai. Boleh letak buah buahan cocktail ke atas puding tadi. Amik buah sahaja air tak perlu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Zahida Aini
Nor Zahida Aini @sirap_longan
pada

Komen

Resipi Sepertinya