Apam Nasi

Day60/366/2020/February/29
#cookpadworlddessert #cookpadmalaysia
Nasi sejuk selalu lebihannya dibuat nasi goreng je. Kali cuba buat apam pula 😊. Memang sedap dan berbaloi. Dengan 2cawan nasi sejuk je, kita boleh masak dan hasilkan satu hidangan yang besar dah banyak. Untuk masak kali ini saya masak 1 1/2adunan. Buat banyak Sebab ada lebihan nasi sejuk banyak 😬. Kalau tanya, masak banyak2 siapa nak makan. Kita bagi jela jiran. Kan harmoni gituuu 😘
Apam Nasi
Day60/366/2020/February/29
#cookpadworlddessert #cookpadmalaysia
Nasi sejuk selalu lebihannya dibuat nasi goreng je. Kali cuba buat apam pula 😊. Memang sedap dan berbaloi. Dengan 2cawan nasi sejuk je, kita boleh masak dan hasilkan satu hidangan yang besar dah banyak. Untuk masak kali ini saya masak 1 1/2adunan. Buat banyak Sebab ada lebihan nasi sejuk banyak 😬. Kalau tanya, masak banyak2 siapa nak makan. Kita bagi jela jiran. Kan harmoni gituuu 😘
Cara Memasak
- 1
Kisar nasi sejuk dan air sehingga lumat. Masukkan gula dan kisar lagi.
- 2
Tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan tepung beras serta yis. Gaul sebati.
- 3
Perap selama 3jam sehingga adunan naik.
- 4
Masukkan pewarna (ikut citarasa).
- 5
Sapukan acuan apam dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
- 6
Kukus sehingga gebu dalam masa 45minit. Angkat dan sejukkan seketika.
- 7
Gaulkan dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Resipi Sepertinya
-
Apam Nasi Apam Nasi
#bazaarramadan #minggu6#goldenapron2020 #minggu5Apam Nasi ni selalu dijual sebagai sarapan pagi atau kuih muih ketika di bazaar Ramadhan. Penyediaannya juga tidak memerlukan banyak bahan. Mudah dibuat lebih-lebih lagi jika ada baki nasi yang tidak habis dimakan. Tak perlu bazir, kita boleh jadikan kuih pula. Resipi Apam Nasi ni menarik perhatian Yani kali ini untuk mencubanya. Kebetulan ada baki nasi, sayang nak buang sedangkan masih elok, tidak basi. Jadi, jom buat. Ada kejadian tidak sengaja pula ketika buat apam nasi ni. Tepung beras tidak cukup, nak tunggu Encik Suami belikan setelah pulang dari kerja, sudah lewat. Jadinya Yani minta sedikit tepung beras dengan jiran sebelah. Sebagai balasannya, setelah siap dikukus dapatlah Yani membalas budi untuk dijadikan hidangan moreh selepas berterawih. Alhamdulillah. Nur Azliani Amer -
Apam Nasi, Santan dan Gula Melaka Apam Nasi, Santan dan Gula Melaka
Jenis apam yang lembut. Bukan untuk orang yang suka benda kenyal2.Curious hasilnya.. jadi kita cuba la reka2 sndiri..Masa bancuh, macam pekat..Lepas peram.. macam cair sangat.😆Tapi takde tambah apa2.Memang nak versi lembut.Kita try jela kukus.Alhamdulillah. Aifa approve yang amat sangat. Kiter pun enjoy kuih ni. Boleh buat lagi. ❤️#ricecake#steamcake Cookies Monster 🍪 -
Apam Nasi Multigrain Apam Nasi Multigrain
Lebihan nasi multigrain buat apam nasi untuk snack time anak 4y. Aktiviti untuk anak juga menghabiskan tenaga🤭. Cookies Monster 🍪 -
Apam Nasi Apam Nasi
Buat lagi apam nasi ni untuk sedekah kenduri tahlil malam tadi. Saya tambah perisa pandan untuk rasa dan aroma harum nya. Saya perap sejam jer kerana cuaca agak panas tengah hari semalam. Apam nya tetap gebu, kalau ditambah lagi sejam perapan nya tentu lebih gebu. Tengok budak-budak suka makan apam ni tanpa kelapa parut. Saya tak campurkan kelapa parut tu sekali dengan apam tu, saya asingkan kelapa parut dan nanti bila nak makan, boleh la disudukan kelapa parut ke atas apam. Ikut selera masing-masing. Cooksnap daripada @Qasif3 Terima kasih ❤️🌹 Dapur Yusfarisyia -
Apam Nasi Ceria Apam Nasi Ceria
Sebenarnya dah lama berangan nak buat apam ni. Dan hari ni happy sangat pertama kali berjaya buat akhirnya. Kira jadi la kan untuk newbie macam saya ni.Masa kecik2 memang suka sangat makan apam ni. Arwah mak selalu buat untuk sarapan atau minum petang. Lawan pulak dengan kopi O panas2 memang layan.Sekarang ni kita cuba buat sendiri baru puas makan. Senang sangat rupanya. Boleh cuba buat untuk sarapan pagi bersama keluarga di hari minggu. SELAMAT MENCUBA! 😍#sarapan#goldenapron#minggu14 Nor Zahida Aini -
👩🍳Apam Johol (Versi Acuan) 👩🍳Apam Johol (Versi Acuan)
Cookpad Apron 2025 Week 14COOKPAD MAGIC CART WEEK 14:🛒Kelapa parut🛒Tepung gandum🛒MarjerinHujung minggu kami sekeluarga keluar sarapan di sebuah cafe viral. Antara kuih tradisional terdapat disitu ialah Apam Johol. Kali pertama dengar nama kuih ni terus google nak tahu details. Wahh menarik juga apam dibungkus didalam daun rambai. Bila check sopi online ada pula jual daun rambai🤭. Tetapi.. taklah sampai nak beli daun rambai, sebaliknya nak guna acuan sahaja. Dapat pula resipi dari google, Alhamdulillah sungguh sedap rasanya walaupun tiada aroma daun rambai🤤#CookpadApron2025#CA20252502/3K125/2025 Mahadiah -
Apam Nasi Malaysia Prihatin Apam Nasi Malaysia Prihatin
#secretchallengemerdeka#merdekapassportNasi pun boleh dibuat apam kan? Uniknya makanan kat negara kita ni. Pernah ke Putrajaya dan singgah di Pasar Tani/Pasar Malam Putrajaya bertempat di Persint 2. Banyaknya kedai makan best di Putrajaya ni, tapi macam banyak yang mahal kan. Kalau nak berjimat-cermat, boleh lah ke sini setiap hari Selasa dan Jumaat bermula dari jam 4 petang. Nanti akan jumpa apam nasi yang super gebu ni. Cempaka Putih -
Apam Nasi Bunga Telang Apam Nasi Bunga Telang
Ada lebihan nasi sejuk jadi akak transform dia jadi apam nasi.Guna pewarna dari air rebusan bunga telang yang telah dikeringkan.Inspirasi daripada @Qasif3 Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)