Pizza Homemade by Yani

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#goldenapron2020 #minggu17

Resipi pizza Homemade ni Yani buat ketika PKP lepas (masa ni bulan April 2020).

Masa tu seronok sangat sebab Encik Suami ada di rumah, jadi Yani masak pelbagai resipi setiap hari dan antaranya ialah Pizza Homemade ni. Beliau bantu ulikan doh tepung manakala si kecil tolong ketika letakkan bahan-bahan hiasan sebelum pizza ni dibakar.

Hasilnya bukan sekeping dua je tapi banyak dan Yani dapat kongsikan dengan jiran-jiran... Alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 45 minit
6-8 orang
  1. Bahagian A: Doh Tepung
  2. 4 cawantepung gandum
  3. 1 1/2 cawanair suam
  4. 2 sudu makanyis
  5. 1 sudu makangula
  6. 1sudu kecil garam
  7. 1/4 cawanminyak masak
  8. Bahagian B: Hiasan Atas
  9. 1pek Cheddar cheese
  10. 1 tinSos Prego (Perisa Asli)
  11. 1pek Mozarella cheese
  12. 1 tincendawan butang (dihiris nipis)
  13. 1biji bawang besar (dipotong dadu)
  14. 6 batangsosej ayam (dihiris bulat)
  15. 1-2sudu butter (untuk di oles atas loyang pembakar)

Cara Memasak

1 jam 45 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Tepung diuli, kemudian ditutup dengan kain lembab selama sejam supaya doh naik seganda. Kemudian selepas sejam tumbuk doh, untuk buang angin.

  2. 2

    Bahagian topping atas di sediakan.

  3. 3

    Apabila selesai sejam dan setelah angin dikeluarkan, potong doh kepada 4 hingga 8 bahagian (ikut kesesuaian nak saiz pizza besar mana).

  4. 4

    Uli doh y telah di potong dan leperkan doh di atas permukaan yang rata. Cucuk permukaan tepung dengan garfu (supaya udara keluar ketika dibakar nanti).

  5. 5

    Potong Mozarella cheese ikut panjang mana yang diinginkan. Kemudian kelim bahagian tepi yang telah diletakkan Mozarella cheese tersebut. Buat sekeliling bulatan doh pizza yang dileperkan tadi

  6. 6

    Setelah selesai, sapukan sos Prego dan letakkan bawang merah yang dipotong dadu bersama cendawan butang dan sosej. Kemudian diatasnya taburkan Cheddar cheese. Oleskan sedikit butter di atas dulang pembakar. Kemudian pindahkan pizza di atasnya.

  7. 7

    Bakar pizza pada suhu 160°c - 170°c selama 20 minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya