Tart Telur Mudah / Egg Tart

@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
Singapore

Tadi rancang nak buat kuih lain,tapi bila buka kabinet ternampak pula acuan tart ni, bahan-bahan untuk buat Tart Telur pun ada, apalagi gigihla buat tart memandangkan tart ni kegemaran suami, suami pula ada kat rumah, jadi hari ni terhasil lah kuih tart telur versi paling mudah dan ringkas.

#14harimencintaiku #extendPKP2

Tart Telur Mudah / Egg Tart

Tadi rancang nak buat kuih lain,tapi bila buka kabinet ternampak pula acuan tart ni, bahan-bahan untuk buat Tart Telur pun ada, apalagi gigihla buat tart memandangkan tart ni kegemaran suami, suami pula ada kat rumah, jadi hari ni terhasil lah kuih tart telur versi paling mudah dan ringkas.

#14harimencintaiku #extendPKP2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A (kulit)
  2. 280 gTepung Gandum
  3. 2 sudu tehgula icing
  4. 2biji kuning telur
  5. 1biji putih telur
  6. 150butter (masin)
  7. Bahan B (inti)
  8. 150 ggula icing
  9. 225 mlair panas
  10. 4biji telur
  11. 250 mlsusu segar
  12. Secubit garam
  13. 1/2 sudu tehesen vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan bahan2 A uli seketika sehingga menjadi doh yang cantik,sekiranya adunan terlalu lembut taburkan sedikit tepung dan uli seketika, kemudian balut dgn plastik makanan/aluminium kemudian rehatkan dlm peti sejuk selama 15minit

  2. 2

    Kemudian bahagikan doh sebanyak 28g, kemudian masukkan ke dalam acuan tart,buat sehingga habis dan kemas, kemudian rehatkan semula dalam peti sejuk selama 30minit.

  3. 3

    Satukan air panas dengan guna icing dan secubit garam, kacau hingga gula larut,kemudian ketepikan biarkan sejuk.

  4. 4

    Kemudian, masukkan telur, esen vanilla,dan susu ke dalam larutan gula,kacau seketika, kemudian tapis, tapis 3x untuk hasil yg terbaik.

  5. 5

    Panaskan oven, kemudian bakar Tart tadi, selama 25minit,suhu 180°c, bila sudah masak keluarkan tart dan biarkan sehingga sejuk baru keluarkan dari loyang..selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
pada
Singapore
Phonetography📳💖phoperz exbatch16💖saya suka semua jenis masakan😍
Baca lagi

Komen (4)

Akmal Nurhilmi
Akmal Nurhilmi @malhilmi
Aluminium foil to kena buat ikut bentuk tart shell

Resipi Sepertinya