Ayam Masak Lada Hitam Kaboom

Ruhaida
Ruhaida @mummy_kitchen

Resepi ringkas sesuai dimakan seisi famili. Selamat mencuba!

Kongsi

Ramuan

20 minit
3-4 orang
  1. setengah ekor ayam (potong kecil)
  2. 2biji kentang - potong ikut suka (saya potong bulat & nipis)
  3. 3 ulasbawang putih
  4. Setengah biji bawang holland - hiris nipis
  5. kicap manis
  6. biji lada hitam - ditumbuk
  7. secukup rasa Maggi jika mahu
  8. sedikitair

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Goreng ubi kentang dahulu. Bila dah masak, ketepikan.

  2. 2

    Goreng ayam, dah separuh masak, ketepikan. Kurangkan minyak dalam kuali/pan, sedia utk masak ramuan yang lain ya.

  3. 3

    Tumis bawang putih, goreng hingga terbit bau.

  4. 4

    Masukkan bawang holland, goreng hingga layu.

  5. 5

    Masukkan ayam goreng dan kentang yang diketepikan tadi.

  6. 6

    Terus masukkan kicap manis, lada hitam dan sedikit air. Gaul mesra. Air letak sedikit sahaja ya, agak agak kuah pekat.

  7. 7

    Rasa kuah tu. Jika mahu letak Secukup Rasa atau yang sewaktu dengannya. Garam saya tak letak sebab kicap manis tu dah ada rasa.

  8. 8

    Boleh angkat & hidang. Dan ngapp dengan nasi panas!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ruhaida
Ruhaida @mummy_kitchen
pada
Suka memasak secara praktikal & cepat, tetapi sedap ok! 💕💕.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya