Telur Masak Kicap Ringkas

Seingat saya, ini masakan terawal saya belajar dari Mak sewaktu tingkatan 1. Waktu itu, Mak dah mula beri kepercayaan kepada saya untuk memasak lauk-pauk ringkas tanpa pantauan beliau/orang dewasa.
Mak dan Abah bekerja dalam sektor awam, dan rutin mereka sejak awal berkahwin lagi adalah makan tengah hari di rumah. Sejak kecil kami ada pembantu rumah, jadi Mak akan memasak laju-laju waktu balik tengah hari setelah bahan-bahan disediakan oleh pembantu rumah kami.
Tapi, sejak berpindah daerah lain ketika saya tingkatan 1, kami tiada lagi pembantu rumah. Dan الحمد لله saya minat bantu Mak di dapur, lama-lama ada keberanian untuk memasak sendiri.
Jadi, saya bertugas untuk memasak makanan tengah hari (biasanya nasi dan 1 jenis lauk mudah) sebelum saya bergerak ke sekolah sessi petang. Mak dan Abah akan balik pada jam 1-2 petang untuk makan masakan yang sudah saya siapkan dan bersolat Zuhur di rumah.
Lauk Telur Masak Kicap ini memang betul-betul mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Lauk ni masih lagi menjadi juadah sekeluarga waktu emergency selain telur goreng.
Untuk yang baru-baru nak belajar masuk dapur, saya sarankan untuk memasak resepi ini. Selamat mencuba!
Telur Masak Kicap Ringkas
Seingat saya, ini masakan terawal saya belajar dari Mak sewaktu tingkatan 1. Waktu itu, Mak dah mula beri kepercayaan kepada saya untuk memasak lauk-pauk ringkas tanpa pantauan beliau/orang dewasa.
Mak dan Abah bekerja dalam sektor awam, dan rutin mereka sejak awal berkahwin lagi adalah makan tengah hari di rumah. Sejak kecil kami ada pembantu rumah, jadi Mak akan memasak laju-laju waktu balik tengah hari setelah bahan-bahan disediakan oleh pembantu rumah kami.
Tapi, sejak berpindah daerah lain ketika saya tingkatan 1, kami tiada lagi pembantu rumah. Dan الحمد لله saya minat bantu Mak di dapur, lama-lama ada keberanian untuk memasak sendiri.
Jadi, saya bertugas untuk memasak makanan tengah hari (biasanya nasi dan 1 jenis lauk mudah) sebelum saya bergerak ke sekolah sessi petang. Mak dan Abah akan balik pada jam 1-2 petang untuk makan masakan yang sudah saya siapkan dan bersolat Zuhur di rumah.
Lauk Telur Masak Kicap ini memang betul-betul mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Lauk ni masih lagi menjadi juadah sekeluarga waktu emergency selain telur goreng.
Untuk yang baru-baru nak belajar masuk dapur, saya sarankan untuk memasak resepi ini. Selamat mencuba!
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Hiriskan bawang. Potongkan kentang secara nipis-nipis bulat. Bancuhkan asam jawa ke dalam setengah cawan air bertapis.
- 2
Panaskan minyak dan gorengkan kentang sehingga kuning keemasan. Toskan kentang dan ketepikan. Kemudian, dengan minyak yang sama, gorengkan telur sebiji demi sebiji. (Jika minyak banyak sangat, boleh kurangkan) Ketepikan telur yang sudah digoreng ke dalam mangkuk.
- 3
Kurangkan minyak dari kuali. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau harum.
- 4
Masukkan kicap dan biarkan mendidih sebentar.
- 5
Masukkan air asam jawa. Dan perasakan dengan garam jika perlu. Lada hiris juga boleh dimasukkan waktu ini. Biarkan mendidih sebentar dan akhir sekali masukkan telur dan kentang. Siap untuk dihidang!
Resipi Sepertinya
-
Daging Masak Kicap Mudah Daging Masak Kicap Mudah
Masakan ni juga mengingatkan saya pada Mak di kampung.Sejak saya kanak-kanak, jika Mak membeli daging lembu untuk dimasak, menu yang Mak masak adalah rendang ataupun masak kicap. Tak pernah rasanya Mak masak menu lain jika berasaskan daging.Daging masak kicap yang mudah disediakan ini juga jadi kegemaran anak-anak saya.Cubalah...#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Sambal Goreng Jawa Sambal Goreng Jawa
Sewaktu saya kanak-kanak, saya tak berapa reti makan masakan Jawa. Mak saya berketurunan Minang, jadi masakan Mak saya biasanya masak lemak ataupun sambal.Tapi, selepas kami sekeluarga berpindah ke kampung Abah di Batu Pahat, saya mula biasakan diri dengan menu tradisi masyarakat setempat, terutamanya Jawalah sebab Abah saya Jawa.Salah satu menu masyarakat Jawa yang saya suka adalah Sambal Goreng, atau biasa dipanggil Sambal Goreng Jawa. Sambal goreng ini biasanya dihidang sebagai salah satu lauk wajib dalam nasi ambeng.Dulu, sambal goreng ni jika saya teringin nak makan, kenalah tunggu kenduri. Bila dah berkahwin dan merantau, rasa sukar pula nak cari sambal goreng yang kena dengan selera.Jadi, beberapa tahun lepas, saya cuba mencari resepi di internet. الحمدلله jumpa yang mudah dan berkenan dengan selera kami sekeluarga dari suami sampailah anak-anak.Resepi ini saya ada olah sedikit supaya tak pedas sangat. Jom, ikuti resepi Sambal Goreng Jawa.#goldenapron#bonussoya#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Tongkol Masak Kicap Berangat Tongkol Masak Kicap Berangat
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanMasak kicap tak kira ayam, daging atau ikan memang sudah menjadi antara menu yang sering dimasak setiap minggu di rumah kami. Nak masak pun agak mudah dan boleh diwariskan ke anak cucu. Kalau dah anak-anak suka, sudah tentu kemudian hari nanti anak-anak akan menyediakan untuk keluarga mereka juga nanti dan diturunkan ke anak-anak mereka (cucu-cucu).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (1) + cili (1) + cuka (1) + gula melaka (2) + ikan tongkol (2) Dapur Yusfarisyia -
Ikan Tenggiri Masak Tauchu Ikan Tenggiri Masak Tauchu
Menu ini mengingatkan pada arwah Opah. Apabila musim cuti sekolah, kami akan bercuti di rumahnya. Ikan tenggiri merupakan salah satu menu yang biasanya Opah akan masak.Selain ikan tenggiri sambal, menu Ikan Tenggiri Masak Tauchu adalah masakannya sangat saya sukai. Namun, tak sempat belajar memasak menu ini terus daripadanya, beliau sudah dipanggil kembali menghadap Ilahi.Suatu hari, ketika baru berumahtangga, suami belikan ikan untuk saya masak. Teringat saya pada lauk tauchu Arwah Opah, saya terus angkat telefon tanya resepi Arwah Opah pada Acu (Mak Usu).Tak sangka, mudah rupanya untuk sediakan lauk Ikan Tenggiri Masak Tauchu. Dari hanya ikan goreng, buatkan saja kuahnya dengan bahan yang mudah, terus siap!Jom, kita lihat macamana nak masak Ikan Tenggiri Masak Tauchu...“Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah”#goldenapron#1post1hopev2 Nuraliyah Mn -
Ikan Kerisi Masak Singgang Ikan Kerisi Masak Singgang
Resepi ikan masak singgang ni saya belajar dari Mak saya. Menu ni pun antara masakan yang sangat ringkas tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.Untuk waktu berpantang ataupun sesiapa yang mahu berdiet untuk jaga berat badan, boleh cuba resepi mudah ini.Masak singgang ni boleh juga diganti dengan ikan lain, contohnya ikan selar.Jom, lihat resepi ringkas untuk menyediakan Ikan Kerisi Masak Singgang.“Dimulakan dengan Bismillah.Disudahi dengan Alhamdulillah.”#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#1post1hopev2 Nuraliyah Mn -
Sambal Kicap Ala Jawa Sambal Kicap Ala Jawa
Siapa yang mengalir dna Jawa dalam tubuhnya, pasti biasa dengan sejenis sambal ini iaitu Sambal Kicap.Juadah rasa tak lengkap kalau takda sambal kicap. Banyak hidangan yang "wajib" dimakan bersama sambal ini.Pisang goreng.Soto/mihun sup.Ubi rebus.Tempe goreng.Ikan bakar.Mihun goreng.Bahkan nak makan keropok lekor yang asalnya pantai timur pun jadi fusion dan sedap bila dicecah sambal kicap.Kadang-kadang tu, dah hidang makanan tapi terlupa pulak buat sambal kicap. Saya sanggup berenti makan, lari ke dapur buat sambal kicap laju-laju (sebab takut makanan habis) pastu sambung balik makan dengan nikmatnya! 😅Dulu di kampung, adik bongsu bertugas hampir setiap petang untuk membuat sambal kicap sebagai pelengkap minum petang kami.Resepinya sangat mudah untuk sesiapa yang nak cuba buat. Resepi ini Abah saya ajarkan sewaktu saya bersekolah rendah dulu.Yok nyambel!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron Nuraliyah Mn -
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
#goldenapron#1post1hopev2Saya selalu masak resepi ni sebab anak2 dan suami suka makan makanan berasaskan kicap. Selain itu, bahan yang digunakan dalam resepi ni juga memang ada di rumah. Lagi 1, resepi ini sangat mudah disediakan terutama sekali buat ibu2 yang sibuk tapi tetap nak masak untuk keluarga. 😘 Iylia Iryani Idris -
Cekodok Nasi Cekodok Nasi
Saya selalu rasa bersalah apabila terpaksa membuang nasi yang berlebihan ke tong sampah. Lebih ralat lagi kalau nasinya masih elok dan belum basi. Kalau di kampung, boleh bagi makan pada ayam belaan.Suatu hari, saya berbual dengan kawan lama sama universiti. Entah macamana saya bercerita kepadanya tentang rasa sedih saya membuang nasi tu. Lalu, beliau yang memang suka memasak dan cekap di dapur sejak zaman universiti pun berkongsilah sesuatu.“Kau buatlah nasi goreng. Kalau tak pun cekodok,” jawab beliau.“Nasi goreng aku pernahlah buat. Tapi cekodok tak pernah pulak aku tahu. Boleh eh?”“Mestilah boleh! Kau cari je resepi di internet, mesti ada punya.”Lalu, saya pun carilah resepi cekodok nasi seperti yang disarankan olehnya.Tak sangka saya, rupanya cekodok nasi rasa lebih sedap dan lembut berbanding cekodok tepung gandum sepenuhnya seperti yang saya selalu buat sebelum ni.Cekodok nasi sangat sedap dimakan panas-panas dengan dicicah sambal tumis. Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang.Ikuti resepinya seperti berikut. Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#sarapan#goldenapron Nuraliyah Mn -
Mi Goreng Kicap Basah Potluck Mi Goreng Kicap Basah Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckHujung minggu kami sekeluarga akan berkumpul di rumah mak. Selalu nya dalam 4-5 bulan sekali kami akan berkumpul di rumah mak. Seronok dapat berjumpa dengan adik beradik dan anak-anak buah. Mak lah insan paling seronok sangat bila dikelilingi orang-orang yang tersayang. Sambil makan dapat bersembang dan bergurau senda. Kakak sulung dan adik lelaki nombor enam memang tinggal bersama mak sebab nak jaga mak. Walaupun saya tak duduk dengan mak tetapi rumah saya tak jauh dari rumah mak saya, rumah arwah mil pun dekat jer (sebelah rumah). Rezeki saya sebab duduk tak jauh dari rumah mak-mak saya jadi saya sering jugak ke sana. Sering jugak hantar makanan berbahagi rezeki.Untuk potluck di rumah mak, saya memang dah siapkan awal-awal bahan-bahan. Dah siap mandi dan berdandan, saya akan start menggoreng mi goreng kicap basah dan supaya mi goreng tu sampai di rumah mak dalam keadaan masih panas dan fresh. Terus masukkan ke dalam tupperware dan terus drive ke rumah mak tiga minit pun boleh sampai kalau tak jammed.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (1) + mee kuning (1) + telur (1) + udang (2) Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
Sejak kecil, ayam masak kicap merupakan antara menu yang saya gemari. Begitu juga kini bagi anak-anak saya.Menu ini memang mudah disediakan dan sesuai dihidang bersama nasi panas.Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#minggu17 Nuraliyah Mn -
Rendang daging abah Rendang daging abah
Masakan tradisi kami sekeluarga apabila hendak menyambut bulan ramadhan dan hari raya selalunya kami akan memasak menggunakan kayu api ,kata abah lain rasanya jadi kalau balik kampung walaupun bukan hari perayaan antara menu kegemaran utk di masak alfatihah untuk abah dan mak tetima kasih atas segala ilmu dan semoga resepi ini menfaat pada sahabat semua norazlina tahir -
Sotong Katak Masak Kicap Potluck Sotong Katak Masak Kicap Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckSelalu nya kalau buat portluck memang kat rumah mak jer sebab saya ni surirumah sepenuh masa mana ada buat portluck kat tempat kerja. Bincang dengan adik beradik, tetapkan hari dan waktu dan jika kita orang dah ada kata sepakat nak masak apa, kira on jer. Selalu nya kita orang akan tanya selera mak. Sebab mak dah mula nyanyuk, kesian mak. Kakak sulung dan adik lelaki lebih tahu selera mak sebab mereka duduk sama dengan mak. Sotong dan udang memang favourite mak dari dulu. Saya sengaja tak buat pedas sebab mak dah tahan pedas.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Sotong (3) + tepung jagung (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen