Pasta Spiral Express Namanya

Ruhaida
Ruhaida @mummy_kitchen

Resepi cepat dimasak, pasti sedap dimakan ni jadi pilihan bila perut berbunyi bunyi minta diisi masa tu. Jenguk stok, ada pasta kering, sosej, sayur & sos...settle ramuan super ringkas untuk lengkapkan hidangan ni.

#goldenapron2020

Pasta Spiral Express Namanya

8 orang bercadang membuatnya

Resepi cepat dimasak, pasti sedap dimakan ni jadi pilihan bila perut berbunyi bunyi minta diisi masa tu. Jenguk stok, ada pasta kering, sosej, sayur & sos...settle ramuan super ringkas untuk lengkapkan hidangan ni.

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 1mangkuk pasta spiral
  2. 4 ulasbawang putih dicincang
  3. 2 batangsosej
  4. Sedikitsayur brokoli
  5. 1/2peket krim pasta
  6. Herba kering - oregano
  7. 1/2biji bawang holland
  8. Serbuk cili
  9. Garam & gula
  10. Minyak untuk tumis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau & garing sedikit.

  2. 2

    Sebelum langkah 1, rebus dahulu pasta sehingga empuk. Letak sikit garam. Dah empuk, ketepikan, baru start panaskan minyak.

  3. 3

    Masukkan sosej, brokoli, bawang holland dan gaul sekejab.

  4. 4

    Masukkan pasta, serbuk oregano, serbuk cili, garam & sedikit gula. Gaul lagi. Selepas tu masukkan krim pasta, gaul lagi. Tutup api.

  5. 5

    Siap untuk dimakan 😊. Bon appetit!

  6. 6

    Tips : Pasta jenis lain pun boleh, ikut suka. Krim pasta tu boleh juga guna cooking cream. Jika tiada, guna sos carbonara tu pun boleh. Ikut sukahati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ruhaida
Ruhaida @mummy_kitchen
pada
Suka memasak secara praktikal & cepat, tetapi sedap ok! 💕💕.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya