Nasi Kerabu Biru

Day159/366/2020/Jun/7
#goldenapron2020 #minggu7
Sejak PKP memang tak makan dah lah nasi kerabu. Lepas tu dok tengok pulak Drama " Nasi Kerabu untuk Cik Abe". Fuhhh..tengok Izzue Islam makan nasi kerabu dengan budu. Terus teringin nak makan nasi kerabu tu. Tapi kali ni berbeza sedikit, hakak masak sendiri. Barulah puas makan dan boleh lah bagi adik beradik serba sikit merasa air tangan orang Perak pior masak menu tradisi negeri Kelantan.
Nasi Kerabu Biru
Day159/366/2020/Jun/7
#goldenapron2020 #minggu7
Sejak PKP memang tak makan dah lah nasi kerabu. Lepas tu dok tengok pulak Drama " Nasi Kerabu untuk Cik Abe". Fuhhh..tengok Izzue Islam makan nasi kerabu dengan budu. Terus teringin nak makan nasi kerabu tu. Tapi kali ni berbeza sedikit, hakak masak sendiri. Barulah puas makan dan boleh lah bagi adik beradik serba sikit merasa air tangan orang Perak pior masak menu tradisi negeri Kelantan.
Cara Memasak
- 1
Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus. Panaskan minyak masak, tumis semua bahan dan serai sehingga naik bau. Masukkan budu, santan, asam gelugor, gula melaka dan garam. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak.
- 2
Kelapa parut, ikan, bawang merah, bawang putih, serai dan halia disangai sehingga garing dan naik bau. Perasakan dengan budu, serbuk lada hitam, garam dan gula. Gaul sebati.
- 3
Bunga telang direndam dengan air panas selama 30minit. Tapis air berkenaan.
- 4
Beras dibasuh dan mdimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air biasa dan air rendaman bunga telang (sukat betul2 beras dan air). Masukkan pewarna biru, serai dan daun limau purut. Masak seperti memasak nasi biasa.
- 5
Bahan Budu : Budu digaul dengan cili padi.
- 6
Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian digoreng sehingga garing.
- 7
Siap sedia ulam-ulaman, kuah tumis dan sambal kelapa.
- 8
Nasi kerabu yang dibungkus.
- 9
Selamat mencuba 😊
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Nasi kerabu Nasi kerabu
Asyik makan nasi kerabu yang beli jer,teringin juga masak sendiri.bila mood r tu datang maka jadilah nasi kerabu.Anak2 memang suka makan nasi kerabu.yang encik suami pulak siap cakap boleh jual dah ni.sedap.halah halah tak kuasa la nk buat untuk jualan nak buat utk makan sendiri punpuas oii. Lily Suryani Mohd Ali -
Nasi Kerabu Kelantan Nasi Kerabu Kelantan
Menu kegemaran saya sendiri, sebabkan berjiran dengan jiran dari sana bila ada sesi beri memberi, bersedekah dapatlah merasa masakan kelantan. Sedap semuanya, sampai saya sendiri belajar lepas ni senang kalau nak makan boleh sudah masak sendiri. #merdekapassport Julia ALeen Aireish -
Nasi kerabu Nasi kerabu
Nasi kerabu yang sangat sedap. Resepi dari rancangan Mat Saleh Cari Makan dari youtube. Telah dicuba. Zairunizam Umar -
Nasi Kerabu Nasi Kerabu
Saya jarang buat nasi kerabu walaupun saya suka makan sebabnya kalau masak nasi kerabu saya akan asyik ulang makan sampai 3,4 kali sehari 🤣😅.. Bila teringin sangat baru saya buat. Azizah Mansor -
Tumis Nasi Kerabu Tumis Nasi Kerabu
Kalau makan nasi kerabu kuning tumisnya mesti ada. Pelengkap kepada nasi kerabu kuning. Kalau tak nak sediakan budu pun tak per dah. Tumis ni dah cukup rasa manis masin masamnya. Cempaka Putih -
Nasi Air Kelantan Nasi Air Kelantan
Day172/366/2020/Jun/20#goldenapron2020 #minggu9Nasi air ni antara menu kesukaan hakak ni. Setiap kali p Kelantan ni menu yang hakak cari. Kalau p kedai siam pun, ini jugak dicarinya. Selasa lepas hakak puasa, teringin sangat nak makan nasi air ni. tu pergi beli barang dan hakak masak. Alhamdulillah..puas makan. Salina Jalaludin -
Nasi kerabu hitam (bunga telang) Nasi kerabu hitam (bunga telang)
Nasi kerabu hitam sesuai untuk sarapan pagi atau tengahari. Penyediaannya boleh dikatakan agak rumit dan memakan masa yang lama, terutamanya jika digandingkan dengan solok lada dan ayam percik. Biasanya nasi kerabu hitam tidak menggunakan sambal tumis hanya sambal lada, sambal nyior dan budu yang dimasak. Dr. Zie Azizah -
Nasi Kerabu Tumis Nasi Kerabu Tumis
Nasi Kerabu salah satu makanan kegemaran saya. Mungkin sebab faktor ramai kawan-kawan saya dari negeri pantai timur 😅Selalu nasi kerabu sinonim dengan warna biru bunga telang. Kali ini saya mencuba nasi kerabu warna kuning kunyit pula.#goldenapron2020#bazaarramadan Mizzanem -
Sambal nyior nasi kerabu #Kelate Sambal nyior nasi kerabu #Kelate
Sambal nyior sesuai digandingkan dengan nasi kerabu dan nasi dagang Kelantan. Dr. Zie Azizah -
Nasi kerabu tumis golok ori klate Nasi kerabu tumis golok ori klate
Suami teringin nak makan nasi kerabu golok. Disebabkan tak boleh nak balik maka terhasilah nasi kerabu tumis golok ori klate ni. Musim pkp ni sedap layan nasi kerabu golok makan berulang². Resepi ni dari sepupu suami yang asalnya dari golok. Saya olah sedikit resepi ni untuk jadikan lebih sedap. Che Zie -
Nasi kerabu kuning #Kelate Nasi kerabu kuning #Kelate
Versi nasi kerabu kuning biasanya dimakan dengan sambal tumis berbanding nasi kerabu hitam dimakan dengan budu masak. Kali ini saya gandingkan juga dengan ayam percik yang tidak kurang popular di Kelantan. Dr. Zie Azizah -
Kerabu Kaki Ayam Kerabu Kaki Ayam
Day163/366/2020/Jun/11Day92 #14harimencintaiku #PKPPHakak tak makan kaki ayam tau. Tapi teringin nak makan sebab tengok ada kawan fesbuk buat kerabu. Macam sedap je🤭. Tu hakak cek peti sejuk ada banyak lak kaki ayam ni (well mengumpul sejak PKP kan😆). Tapi untuk tak nampak sangat bentuk kaki ayam tu, hakak buang tulang kaki dan ambil ler yang keliling2 kaki tu haa (bukan isi pun, urat kot ekk). Dah siap asingkan tu, barulah hakak buat kerabu versi hakak (wajib ada epal hijau). Orang lain buat tak tahu ler cmne kan. Ni my own version tau. Silalah cuba. Tak menyesal punyalah 😬😋 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen