Bendi Goreng

Menu ringkas dan cepat dimasak. Setiap hari jika masak nasi putih, ada 1 lauk samada hidangan ayam atau ikan mesti ada juga 1 hidangan sayur yang Yani akan masak. Kali ini Yani kongsikan resipi Bendi goreng cara Yani yang sesuai dimakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak sebab ia tidak pedas.
Bendi Goreng
Menu ringkas dan cepat dimasak. Setiap hari jika masak nasi putih, ada 1 lauk samada hidangan ayam atau ikan mesti ada juga 1 hidangan sayur yang Yani akan masak. Kali ini Yani kongsikan resipi Bendi goreng cara Yani yang sesuai dimakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak sebab ia tidak pedas.
Cara Memasak
- 1
Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bahan-bahan sehingga kekuningan, kemudian masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan juga ikan bilis yang telah dikopek dan dibersihkan. Goreng sehingga kekuningan dan garing sedikit.
- 2
Masukkan bendi yang telah dibersihkan dan dihiris menyerong. Masukkan juga 1 sudu kecil garam, kemudian kacau rata sehingga bendi sedikit layu (tanda sudah masak) dan tutupkan api memasak.
- 3
Siap dan boleh dimakan.
Resipi Sepertinya
-
Sawi Goreng Simple Sawi Goreng Simple
Rasanya tak lengkap hidangan jika tiada menu sayur buat keluarga Yani kebiasaannya. Sawi adalah sayur yang mudah dimasak dan tak memerlukan masa yang lama nak memasaknya. Nur Azliani Amer -
Bendi Goreng Bawang Putih Bendi Goreng Bawang Putih
Sayur bendi sedap dimasak kicap, dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, digoreng telur, digoreng belacan, dicelup tepung, dimasak rebus. Hari ini saya goreng bersama bawang putih dan ikan bilis tetapi menggunakan banyak bawang putih. Dapur Yusfarisyia -
Kacang Bendi Tumis Mudah Kacang Bendi Tumis Mudah
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresSayur kacang bendi ni kegemaran kami sekeluarga tetapi kena tengok juga cara memasak nya. Kami suka masak yang mudah je dan suka dimakan ketika masih panas. Jika dah sejuk kurang kurang laku. Kadang tu diratah je lepas dimasak. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Ikan Bilis Goreng Pedas Ikan Bilis Goreng Pedas
Minggu ni Yani agak sibuk sedikit dengan beberapa urusan di luar rumah, jadi tak sempat nak ke kedai runcit atau pasaraya beli barangan basah. Jadi untuk menu makan tengahari dan malam yang cepat dan mudah disediakan, Yani masak Ikan Bilis Goreng Pedas untuk Yani dan suami. Selain cepat disediakan, ia juga jimatkan masa dan jimatkan kos Yani minggu ini. Kalau tidak mesti dah kena keluar modal yang lebih untuk makan diluar atau tapau makanan di kedai.Boleh dimakan bersama nasi panas atau bubur nasi. Sedapnya makan ringkas macamni sekali sekala. Nur Azliani Amer -
Bendi goreng pecah telur Bendi goreng pecah telur
Bendi selain sesuai dimasak dalam masakan berkuah (asam rebus/asam pedas),ia juga sedap jika dimasak cara begini 😉 Syuhada Subri -
Bendi Goreng Telur Bendi Goreng Telur
Mudah sangat nak buat kannn.. Tapi nak letak juga dalam Cp ni.Bendi goreng telur ni sangat mengundang nostalgia zaman sekolah.Tinggal diasrama, masak sendiri guna dapur minyak gas.Balik dari sekolah memang perut dah berkeroncong, jadi menu pilihan untuk dimasak adalah yang mudah-mudah dan cepat dimasak.Selalunya.. Bendi goreng telur ni lah... 😁 Norashikin Rahmat -
Pucuk Paku Goreng Bilis Pucuk Paku Goreng Bilis
118/2022/RoadtoWorldRecipes/1236Resipi pucuk paku yang ringkas. Sesuai untuk mereka yang tak suka masakan berkuah mahupun bersantan. Resipi ni selain boleh dimakan dengan nasi putih, ia sesuai dimakan dengan moi / bubur nasi pun sedap ni 😋.Inspirasi daripada YouTube Masak Apa Kita M.A.K. ☺️ Salina Jalaludin -
Bendi & Keledek Jepun Goreng Tempura Bendi & Keledek Jepun Goreng Tempura
Challenge 19 : Vegetarian 🥦 #GlobalApron2024 #PlayOffBahan kali ini Yani pilih = bendi & ubi keledek (keledek jepun).Masa kurang sihat ni, tak mampu Yani nak masak yang berat dan ambil masa yang lama. Tapi kena memasak untuk suami dan anak. Jadi ini hasilnya. Nur Azliani Amer -
Burasak Bugis, Lemang Kukus bersama Sayur Lodeh & Sambal Ayam Burasak Bugis, Lemang Kukus bersama Sayur Lodeh & Sambal Ayam
#lontong #goldenapron2020 #minggu8Hidangan Lontong bagi masyarakat Melayu atau Jawa sinonim dengan Ketupat, Burasak pula adalah makanan tradisi masyarakat Bugis sama ada di Malaysia atau Indonesia ketika hari raya. Burasak berasaskan beras dan santan. Selalunya di Johor, Burasak ini dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang. Tapi, kali ini Yani masak dan makan bersama Sayur Lodeh dan Sambal Ayam. Sebenarnya, Yani juga berketurunan Bugis di sebelah ayah. Namun tak pernah mencuba lagi Burasak kerana datuk tidak sempat nak mengajar kami masakan atau makanan dari masyarakat Bugis. Jadi kali ini, sempena menyahut cabaran #lontong di Cookpad, Yani mencuba resipi dari sumber Google.Lemang Kukus pula adalah berasaskan beras pulut, yang juga dimasak bersama santan. Ini kali kedua Yani membuatnya dan ia mudah kerana tak perlulah Yani nak mencari buluh untuk memasaknya.Sayur Lodeh adalah menu biasa jika makan Lontong Ketupat atau makan bersama Burasak dan Lemang. Kali ini terdapat bahan-bahan yang tidak lengkap seperti Kobis, Tauhu dan Jagung Muda. Tapi ia tak mematahkan semangat Yani nak memasaknya sebab bahan-bahan lain juga menyedapkan menu ini.Sambal Ayam pula hidangan sampingan ketika makan Lontong. Yani pilih memasak sambal ayam kerana nak ada hidangan yang sedikit pedas dipadankan dengan Sayur Lodeh, Lemang Kukus dan Burasak.Jom lihat resipi yang Yani masak. Nur Azliani Amer -
Bendi Tumis Bendi Tumis
#goldenapron2020#mingguke29Bila buka peti sejuk hari ni, nampaknya sayur bendi saja yang tinggal. Fikir-fikir nak masak apa agaknya. Selalu bendi ni saya celur atau dimasak bersama kari ikan, asam pedas ataupun pindang ikan. Bosan pula nak makan lauk berkuah. Saya buka freezer nampak pula isi ayam hancur. Okaylah, kita tumis garing sahaja bendi ni. Letak isi ayam dan daun basil untuk menaikkan lagi rasa tumisan ini. Saya tidak menggunakan garam kerana saya gantikan dengan sos ikan yang semua orang tahu rasanya sudah cukup masin. Hanya tambahkan sedikit sahaja gula. Jangan risau, bendi tu takkan rasa pelik atau manis. Ianya sesedap rasa. Jangan tumis terlalu lama tau nanti hilang kerangupan bendi.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Nasi Goreng Telur Mudahnya Nasi Goreng Telur Mudahnya
#telurantarabangsa #goldenapron2020Situasi pagi semalam dihujung minggu...Suami: Honey, lapar la...Yani: Hah? Alamak, belum keluarkan lauk lagi untuk dinyahbeku. (Sambil fikir) Ok, kejap ya nak tengok apa yang Honey boleh masak dengan cepat.Suami: Ok...Sejuk pagi ni cepat pula terasa lapar.Jadi Yani ke dapur buka periuk nasi, ada baki nasi yang dimasak untuk makan malam sebelumnya. Buka peti ais, lihat sekitarnya : ada telur, ikan bilis, ada cili padi, ada sayur kobis sedikit, ada lobak merah...oklah ni...kata Yani sendirian.Begitulah situasinya bila Encik Suami atau anak cakap lapar dan pada masa tu memang tak ada makanan yang sedia untuk dimakan. Jadinya sebagai isteri atau emak akan cepat kepala fikir nak masak apa yang ringkas dan cepat dimasak. Betul tak?Ok, jom Yani kongsikan resepinya. Nur Azliani Amer -
Bendi goreng Bendi goreng
#goldenapron2020#minggu11#cookpadmalaysiaBendi ni kalau tak kena cara boleh berlendir... Yang ni alhamdulillah.. Masak tung tang tung tang... Siappp... Anak2 pun senang nak mkn. Nur Hani Yahaya
Lebih Banyak Resipi
Komen