Kek marble coklat air frayer

Sue Hana
Sue Hana @cook_19870195
johor bahru

#kekmarble #goldenapron2020
Dapat resepi kek marble ni dari group air fryer. Oven memang takde dekat rumah. So kita decide nak jugak pertama kali join bonus. Bakar la guna airfryer sahaja. Kek marble paling senang, gebu dan sedap. Sesuai untuk orang yang tak pernah buat kek tapi nak buat kek.

Resepi ni memang ringkas sangat tapi sedap keknya lembut. Mudah untuk membuatnya. Ohh.. Koko pula tiada, ada coklat masakan je. Gunakan apa yang ada dirumah. Jadi saya rnd kan resepi ni. Letak coklat masakan. Memang terasa coklatnya. Daripada resepi ringkas ni terjadilah kek marble coklat. Selamat mencuba 😇.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 110 gmtepung naik sendiri
  2. 100 gmbutter
  3. 90 gmgula
  4. 3biji telur
  5. 50 gmcoklat masakan
  6. 3sudu besar susu pekat
  7. 2penutup esen vanila

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan butter dan gula. Pukul hingga kembang.

  2. 2

    Masukkan telur dan esen vanila dan susu.

  3. 3

    Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata.

  4. 4

    Asingkan kepada 2 bahagian.

  5. 5

    Coklat Buat kaedah double boil. Atas coklat bawah air. Kacau hingga cair.

  6. 6

    Satu bahagian letakkan coklat masakan yang cair tadi. Pastikan dia masih suam.

  7. 7

    Kemudian masukkan kedalam loyang selang seli yang coklat dan yang putih. Sehingga habis. Corak2 kan sedikit. Masukkan kedalam air fryer selama 50 minit. Bakar 180 c. Boleh cucuk gunakan lidi untuk tengok dia da masak ke belum. Klu belum bakar lagi dalam 20 menit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sue Hana
Sue Hana @cook_19870195
pada
johor bahru

Komen (2)

Azwanis Ahzid
Azwanis Ahzid @cook_27326382
Kalau tk letakkn kertas putih tu sapu minyak je boleh kn??

Resipi Sepertinya