😋 Roti Gula Kering

Minggu ni task terakhir buat cookpader bersama Ticer Lini. Minggu Street Photo.
Bila sebut pasal street photo, kepala terus teringatkan kampung halaman. Rindu. Perak Darul Ridzuan. Antara negeri yang banyak tinggalan sejarah dan tempat² menarik tuk disnap kenang kenangan. Namun, apakan daya. Hanya roh yang mampu terbang kesana tatkala ini.
Bila perut berkeroncong, teringat pula snek yang dibeli ayahanda tiap kali pulang ke kampung waktu kecil dahulu. Roti Gula Kering atau Biskut Roti Kering. Sedapnya Ya Allah. Krup krap krup krap sekejap saja habis sepeket sorang².
Bila dah dewasa ni, tak pulang ke kampung, susah pula nak jumpa biskut gula kering tu lagi. Adapun di RNR bila singgah nak pulang ke kampung atau bercuti.
Tapi musim covid ni, masih takut mahu kemana mana, maka, buat sendiri ajala dirumah tuk memenuhi kehendak tekak. Kebetulan roti pun banyak lagi tapi dah nak expired. Bolehla kita buat. Sesuai tuk minum petang dan buat snek jajan anak². Moga² terlepas jua rindu tuk pulang ke kampung halaman sambil mengimbau kenangan lalu.
#CookpadMalaysiaTask4
#phopxcookpad2020
#goldenapron2020
#phopbylinimohd
😋 Roti Gula Kering
Minggu ni task terakhir buat cookpader bersama Ticer Lini. Minggu Street Photo.
Bila sebut pasal street photo, kepala terus teringatkan kampung halaman. Rindu. Perak Darul Ridzuan. Antara negeri yang banyak tinggalan sejarah dan tempat² menarik tuk disnap kenang kenangan. Namun, apakan daya. Hanya roh yang mampu terbang kesana tatkala ini.
Bila perut berkeroncong, teringat pula snek yang dibeli ayahanda tiap kali pulang ke kampung waktu kecil dahulu. Roti Gula Kering atau Biskut Roti Kering. Sedapnya Ya Allah. Krup krap krup krap sekejap saja habis sepeket sorang².
Bila dah dewasa ni, tak pulang ke kampung, susah pula nak jumpa biskut gula kering tu lagi. Adapun di RNR bila singgah nak pulang ke kampung atau bercuti.
Tapi musim covid ni, masih takut mahu kemana mana, maka, buat sendiri ajala dirumah tuk memenuhi kehendak tekak. Kebetulan roti pun banyak lagi tapi dah nak expired. Bolehla kita buat. Sesuai tuk minum petang dan buat snek jajan anak². Moga² terlepas jua rindu tuk pulang ke kampung halaman sambil mengimbau kenangan lalu.
#CookpadMalaysiaTask4
#phopxcookpad2020
#goldenapron2020
#phopbylinimohd
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahannya. Roti putih, marjerin, gula. Marjerin bole tukar guna planta atau unsalted butter. Gula pula saya guna gula perang sebab itu yang ada di rumah. Jadi, gunala mana² brand atau bahan yang ada kat rumah atau yang mudah didapati.
- 2
Roti 2 keping disapu marjerin. Nak buat lebih, silakan. Saya buat yang nak makan waktu tu sahaja. Biasanya 2 keping ni bila dipotong 4 bahagian, cukup kenyang dah untuk saya dan anak minum petang berdua.
- 3
Roti yang dah siap bermarjerin tadi kemudiannya ditaburkan dengan gula. Ratakan keseluruh bahagian roti. Sebelah sahaja. Jika nak buat dua² belah, silakan.
- 4
Potong roti jika suka. Saya suka potong kecil 4 bahagian, "bite size" orang kata. Sekali ngap settle. Lagipun senang anak saya nak pegang dan makan. Saya guna gunting khas untuk makanan sahaja tuk lebih cepat memotong. Boleh juga guna pisau kalau itu yang selesa.
- 5
Sapukan sedikit marjerin pada tray yang ingin digunakan jika tray bukan anti melekat. Kemudian, susun roti dalam tray.
- 6
Untuk bakar roti, boleh guna oven. Tapi saya takde oven. Saya guna air fryer. Saya preheat AF 3 minit suhu 160° untuk warming up AF saya. Dah preheat, masukkan tray berisi roti gula tadi kedalam air fryer dan bakar suhu 180° selama 7 minit. Selalunya saya bakar 160° selama 7 minit. Kalini nak garing gelap sedikit. Jadi, adjust suhu dan masa ikut oven atau AF masing² ya. Kalau nak garing tambah masa atau suhu. Kalau taknak garing, kurang masa atau suhunya k.
- 7
Alhamdulillah. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba ya.
Resipi Sepertinya
-
Roti kering gula tabur Roti kering gula tabur
Antara kejadian bila mana ada roti yang dah nak sampai tarikh luput..tapi anak² dah tak mahu makan..Tapi bila dah jadi biskut gula ni..sekejap je licin... 0h Hana !! -
Biskut Roti / Roti Gula Kering Biskut Roti / Roti Gula Kering
Biskut roti ni kudapan kegemaran satu keluarga saya. Buat cicah teh o panas. Beli sepaket, petang tu jugak konfem habis. Kalau ada kuih muih juga lagi mantap.Kali ni nak cuba buat sendiri. Guna roti orang bagi di tempat kenduri kahwin. Ehe. Senang je tuan puan.. rajin tak rajin jeNOTA KAKI: Suhu dan masa tu kena tengok setting air fryer masing-masing ya. Untuk testing saya sarankan, letak suhu 160, 10 minit dahulu. Kalau tak cukup kering, bakar lagi 10 minit tapi kurangkan suhu. Lepas tu kalau masih belum kering bakar lagi 10 minit, dan kurangkan lagi suhu. Lepas dah dapat suhu dan masa yg cantik, untuk batch seterusnya, bakar dgn suhu yg terakhir tadi, dgn masa yg ditambah semua (lebih kurg 30 minit la gitu).Hasil yang kita nak:✨Kering tapi tak hangus✨ haja rm -
Roti Butter Bergula Rangup Roti Butter Bergula Rangup
Kadang kadang beli roti gardenia tak habis makan dah berkulat. Sayang kan?Apa kata jika dah sampai date expired tu cepat cepat buat roti butter bergula ni. Dah la senang sedap pulak tu makan buat kudap kudap time tengok tv malam malam. Krup krap je bila gigit.Ni pun sebab ada lagi separuh roti tak de sape nak makan. Pandang pun tak. Bila mama bakar ni macam pirahna semua berebut nak makan. Lepas masak kejap je semua dah licin sampai tak cukup pulak. 😅Ok la sekarang mama takde rasa bersalah sebab tak buang roti lagi bila berkulat. Korang cuba la buat ni jika ada roti lebih. Jangan membazir tau. SELAMAT MENCUBA! 😍#merdeka2020#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Roti Goreng Kitkat Roti Goreng Kitkat
#phopxcookpad2020Coklat kitkat boleh dipelbagaikan antaranya yang saya cuba roti goreng kitkat. Sedap rasanya. Krup krap krup krap dengan rasa coklat dan biskutnya. Umi Minarni -
Roti Gula Marjerin Roti Gula Marjerin
#GlobalApron2024 #kidsstuff#marjerin#mentega#madu#telur#sususegar#tepunggandumBuat snacking2 bebudak dlm rumah ni. Suka sgt la klau roti bergula macam ni.Klau buh atas meja tu xtau bila masa diorg masuk dapur, tgk tengok dah luak roti.Mak pak pun x nak kalah, sambil lalu je menyambar roti. X muak dan x jemu roti gula ni 😋 Maisarah Mamat -
Roti Bakar Gula Hangus Roti Bakar Gula Hangus
#cooksnap daripada @Rosehashim sedap rupa nya. Disebabkan saya hanya membuat 4 keping roti je pagi semalam, ingatkan suami dan si dara saya tak berapa gemar makan kalau ada bergula, rupa-rupanya mereka pun kata sedap. Disebabkan kelam-kabut bila dapat panggilan telefon dari kakak nombor 2 bagitau mak jatuh katil dan kerusi, jadi saya tak jadi la nak sambung bakarkan lagi roti. Cepat-cepat bersiap terus pergi bawa mak ke hospital. 4 jam juga kami menunggu doktor memeriksa keadaan mak dan alhamdulillah mak boleh dibenarkan pulang ke rumah.Pagi tadi saya buatkan lagi. Dapur Yusfarisyia -
Roti Butter Gula(vs Merdeka) Roti Butter Gula(vs Merdeka)
#goldenapron2020 #cooksnapmerdeka2020Roti Butter Gula,vsimple dan sedap dimakan.. kalau ada roti yang lebih dah dekat tarikh luput jangan la dibiarkan.. jom cuba buat roti ni.. sedap tau cicah ngan kopi.. Resepi dari Nur Zahida Aini..🥰 Aznie Khasri -
Roti Titab Roti Titab
#telurantarabangsa #goldenapron2020 Salah satu menu yang hubby suka sangat makan. Dah lama Aznie tak buat breakfast roti titab ni. Malam tadi tiba-tiba pulak teringat akan roti ni, rasa nak.makan je. Jadi pagi ni Aznie buat roti titab ni tuk hubby. Senyum dia tengok roti ni, sebab lama juga Aznie tak buat. Pettama kali tahu mengenai roti ni bila tengok cerita Mat Dan kat tv..Baru tau tentang roti ni. Terus rasa nak cuba. Kalau tak salah Aznie roti ni berasal dari negeri Kelantan @ Terengganu. Walau pun Aznie duduk kat negeri Perak tapi roti ni memang dah menjadi kegemaran Aznie dan keluarga. Penyediaan roti ni simple je sebenarnya. Tapi yang membuatkan ia sedap dan special.adalah dari cara penyediaan telur tu juga. Kalau sini orang panggil telur goyang sebab ia bergoyang bila kita usik. hihihi. Tu yang sedapkan. Lebih-lebih lagi bila kita makan tang kuning telur tu.. fuhhhhh.. meleleh je.. Sedap🤭 Aznie Khasri -
Roti Kering Roti Kering
💚1704💚💚143/2024💚Ramadhan MonthChallenge 4 : Raya PrepOrang dolu2 paggil roti kering kann🤭 cicah kopi o perhhh hidang pada tetamu ehh lupa kuih raya japp 😆Inshallah esok mamy tukar pic lain mamy_kitchen89 -
Sikut Kering Homemade Sikut Kering Homemade
Roti yang nak expired selain di olah buat puding boleh juga dibuat biskut kering bergula, planta atau sebagai nya ikut kita suka nak olah macamana.Kalau buat biskut kering bolehlah tahan sehari dua untuk kudapan atau cicahan air kopi, mana tak cepat abih asyik mengulang je makan, ingatkn boleh tahan seminggu dua 😅😂Ajom kita buat.. Nur Nadiah -
Roti Daku Seadanya Roti Daku Seadanya
Teringin nak buat pizza yang super2 easy, jengok ke dapur stok banyak yang dah habis belum berkesempatan nak topup.Yang ada cuma roti tu pun dah tinggal suku, sosej dan bahan lain nak bikin pizza roti pun elek.Pisang je yang banyak almaklum baru balik dari kampung. 😊😅So gini lah kejadianya. Resipi asal boleh..Terimalah Bahan Daku SeadanyaGantian Terbaik (Substitute)#CookEveryPart3 Nur Nadiah -
Samosa Inti Ikan Samosa Inti Ikan
Bila teringat kampung halaman tapi kamu tak dapat balik, maka bekerja keraslah kamu menyediakan makanan yang mampu mengubat rindu kamu pada kampung halaman.#goldenapron Nurul Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)