Roti Titab

#telurantarabangsa #goldenapron2020
Salah satu menu yang hubby suka sangat makan. Dah lama Aznie tak buat breakfast roti titab ni. Malam tadi tiba-tiba pulak teringat akan roti ni, rasa nak.makan je. Jadi pagi ni Aznie buat roti titab ni tuk hubby. Senyum dia tengok roti ni, sebab lama juga Aznie tak buat.
Pettama kali tahu mengenai roti ni bila tengok cerita Mat Dan kat tv..Baru tau tentang roti ni. Terus rasa nak cuba. Kalau tak salah Aznie roti ni berasal dari negeri Kelantan @ Terengganu. Walau pun Aznie duduk kat negeri Perak tapi roti ni memang dah menjadi kegemaran Aznie dan keluarga.
Penyediaan roti ni simple je sebenarnya. Tapi yang membuatkan ia sedap dan special.adalah dari cara penyediaan telur tu juga. Kalau sini orang panggil telur goyang sebab ia bergoyang bila kita usik. hihihi. Tu yang sedapkan. Lebih-lebih lagi bila kita makan tang kuning telur tu.. fuhhhhh.. meleleh je.. Sedap🤭
Roti Titab
#telurantarabangsa #goldenapron2020
Salah satu menu yang hubby suka sangat makan. Dah lama Aznie tak buat breakfast roti titab ni. Malam tadi tiba-tiba pulak teringat akan roti ni, rasa nak.makan je. Jadi pagi ni Aznie buat roti titab ni tuk hubby. Senyum dia tengok roti ni, sebab lama juga Aznie tak buat.
Pettama kali tahu mengenai roti ni bila tengok cerita Mat Dan kat tv..Baru tau tentang roti ni. Terus rasa nak cuba. Kalau tak salah Aznie roti ni berasal dari negeri Kelantan @ Terengganu. Walau pun Aznie duduk kat negeri Perak tapi roti ni memang dah menjadi kegemaran Aznie dan keluarga.
Penyediaan roti ni simple je sebenarnya. Tapi yang membuatkan ia sedap dan special.adalah dari cara penyediaan telur tu juga. Kalau sini orang panggil telur goyang sebab ia bergoyang bila kita usik. hihihi. Tu yang sedapkan. Lebih-lebih lagi bila kita makan tang kuning telur tu.. fuhhhhh.. meleleh je.. Sedap🤭
Cara Memasak
- 1
Masak air hingga mendidih. Masukkan telur kedalam bekas rebus telur. Tuang air panas yang mendidih tadi ikut sukatan berapa telur yang kita guna dibekas boil itu. Tutup dan biarkan hingga air panas turun kebawah semuanya. Boleh juga rebus terus telur selama 5-6 minit.
- 2
Sementara itu kita sapu butter/marjerin dekat roti. Kemudian bakar roti diatas pan, bakar depan dan belakang ye.
- 3
Letakkan roti diatas pinggan. Pecahkan telur ditengah-tengah roti.
- 4
Kemudian kita paipkan seri kaya di empat penjuru roti.
- 5
Ok siap untuk dihidangkan. Memang sedap. Simplekan. Mudah je cara penyediaannya. Selamat mencuba.
- 6
Alhamdulillah, Cookpad Of The Day
Resipi Sepertinya
-
Roti Titab Telur Goyang Ala Kopitiam Roti Titab Telur Goyang Ala Kopitiam
Dah lamaaa nak try buat ni tp tak jumpa roti yg ngam buat roti titab ni . Ada je roti Gardenia tu tp kureng sikit kick nyee 😅. So baki roti putih sy buat roti telur goyang ni. Roti putih ni mmg sesuai laa buat roti titab. Dah sejuk pun roti masih rangup, msh sedap nak mkn tak mcm roti Gardenia. Kalau sejuk roti bakar jadi liat. aFun ashriati -
Roti Titab Roti Titab
Lama dah teringin bila nampak resipi kak Aznie @Sirap_Cheese lalu. Tapi time PKPD la baru sempat nak try 😂.Senang sangat resipi ni. Memang lain daripada yang lain. Patut la selalu sold out di kedai makan. Roti rangup masin-masin combo dengan telur goyang gedik & sekaya manis tu pergghhh! Tulis story ni pun dah telan air liur 🤤.Hidangan ni dicipta di Malaysia sendiri, tetapi inspirasi & ilham roti ni adalah dari Guangzhou, China di mana pencipta resipi tertarik melihat roti bakar yang dihidangkan bersama roti separuh masak dan tomato sos. Yum! Jom cooksnap! 😘 MinSha -
Roti Titab Roti Titab
#TakLebih6Bahan Nyummciked !😋Lama dah tengok cookpader lain buat..jadi nak try gak lah. Sesimple Loralin -
Korean Cream Cheese Garlic Korean Cream Cheese Garlic
#viralkoreanfood #goldenapron2020 Korean cream cheese garlic, adalah satu fenomena baru yang lagi viral di Malaysia. Fenomena yang menular berasal dari KOREA. Serius Aznie katakan, roti ni memang sedap. Ni kali kedua Aznie buat roti ni. Buat lagi atas permintaan hubby. Tak sangka pulak hubby suka makan roti ni. Pertama kali buat beberapa hari lepas, Aznie hidangkan kat suami yang baru balik dari kerja. Mulanya dia heran juga, bertanya roti apa tu yang(sayang😜). Aznie cakap ala roti yang viral tu. Hari tu nak beli kat Aeon tak jadi bila tengok orang beratur panjang. Geram punya pasal tu yang buat tu😂. Ok abang nak rasa sedap sangat ke sampai orang beratur nak beli ni. Haaaa terus diam bila makan. sekali dua ketul dimakannya🤭 terus tanya sedap tak. terus senyum dia. sedap yang, esok nak bawa bekal🤣🤣 Aznie Khasri -
Kek Lapis Rainbow. Kek Lapis Rainbow.
Kek Lapis Rainbow.. Lama Aznie xbuat kek Lapis ni.. seronok bila tengok hasilnya.. kek yang sedap dan wangi... Aznie Khasri -
Roti Bakar Pandan Butter Roti Bakar Pandan Butter
Bila beli roti lepas tu ada lebih memang roti bakar la jadi mangsa sebelum expired. Cepat dan sedap.Untuk tema bebas kali ni aku buat roti bakar pandan butter yang jadi kegemaran aku sejak dulu. Sedap di makan bersama kopi O panas dan juga telur separuh masak.Alhamdulillah anak anak pun suka. Selalu minta untuk bawa bekal ke sekolah. Senang mama. SELAMAT MENCUBA! ☺️#tribute2minsha Nor Zahida Aini -
Kaya Toast 🇸🇬 Kaya Toast 🇸🇬
Kaya toast atau roti bakar ialah satu hidangan yang terkenal di Singapura selain di Malaysia. Biasanya ia di makan bersama seri kaya yang diperbuat dari telur, gula dan santan dan di makan pada waktu sarapan pagi bersama teh atau kopi. Kalau dulu makanan ni popular di kopitiam, tetapi sekarang kita boleh dapatkan di kedai makan Melayu atau kedai mamak. ani skmn -
Roti Bakar Ala Kopitiam Roti Bakar Ala Kopitiam
Duduk rumah waktu lockdown ni macam teringin nak makan roti bakar dekat kopitiam tu,aduh sedapnya kalau dapat mkn mcm tu,roti pun ada dah ni kat rumah stanby kalau lapar😅x kan nak makan roti letak gula je😂 Erma Yusnida -
Roti Sarang Lebah Roti Sarang Lebah
#goldenapronKoleksi Roti yang pernah Aznie buat dulu.. lama betul tak meroti ni.. salah satu resepi yang Aznie suka.. roti pun lembut dan gebu... Aznie Khasri -
Omelet Roti Gardenia Omelet Roti Gardenia
Roti pelbagai menu boleh dicipta. Kali ni bersama telur dan kaya. Sekiranya tak suka manis boleh tukar kepada keju. Dua dua kegemaran akak.#Ramadanmonth#challengwr3:10 minit Ani Delighted -
Roti Sarang Burung Viral Roti Sarang Burung Viral
Dah banyak minggu aku duk tengok menu ni lalu lalang kat fb. Lama lama tak boleh tahan weiii. Dan dan rasa nak makan.Oleh sebab sekarang PKPB, nak makan makan kat luar pun rasa tak selamat so aku buat je la sendiri kat rumah.Yang viral tu aku tengok orang letak 2 biji telur tapi aku letak 1 biji je. Hehee buat sendiri ni suka hati kita la kan.Yang pasti memang sedap makan panas panas. Aku cicah dengan kuah dhal yang dapat FREE masa beli roti canai. Jom cuba! 😍#resipi3bahan#goldenapron2020#minggu27#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Roti Butter Bergula Rangup Roti Butter Bergula Rangup
Kadang kadang beli roti gardenia tak habis makan dah berkulat. Sayang kan?Apa kata jika dah sampai date expired tu cepat cepat buat roti butter bergula ni. Dah la senang sedap pulak tu makan buat kudap kudap time tengok tv malam malam. Krup krap je bila gigit.Ni pun sebab ada lagi separuh roti tak de sape nak makan. Pandang pun tak. Bila mama bakar ni macam pirahna semua berebut nak makan. Lepas masak kejap je semua dah licin sampai tak cukup pulak. 😅Ok la sekarang mama takde rasa bersalah sebab tak buang roti lagi bila berkulat. Korang cuba la buat ni jika ada roti lebih. Jangan membazir tau. SELAMAT MENCUBA! 😍#merdeka2020#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini
Lebih Banyak Resipi
Komen (12)