
Cara Memasak
- 1
Potong dan cuci kubis kepada bahagian kecil (bite size)
- 2
Lumur kubis dengan garam, letak sedikit air.
- 3
Biarkan kubis terendam dengan garam. Pusingkan kubis setiap 30 minit sebanyak 3 kali.
- 4
Selepas 1 jam 30 minit, cuci kubis sebanyak 3-4 kali. Perah air dari kubis sebanyak yang mungkin. Rasa kubis, jika terlalu masin, cuci lagi.
- 5
Masukkan tepung beras, gula dan air dalam periuk. Masak bubur sehingga jernih dan menggelegak. Matikan api. Biarkan sehingga sejuk
- 6
Campur bahan sambal kimchi dalam blender. Blend sehingga lumat.
- 7
Potong hiris lobak dan daun bawang secara memanjang.
- 8
Campur bubur dan bahan yang dikisar serta cilik flake ke dalam bekas. Jika tiada cili flake, boleh guna serbuk cili sebanyak 1 cawan.
- 9
Gaul rata bahan bersama sama kubis. Setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan terus ke dalam peti sejuk. Boleh dimakan secara terus.
Resipi Sepertinya
-
Kimchi (Baechu/Napa Cabbage) Kimchi (Baechu/Napa Cabbage)
357/2024 (1910/2K)Global Apron Challenge 35: Korean Food#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:R- gochugaru R-daun bawang R- lobak merahTak pernah-pernah buat kimchi sendiri 😂 tiberr pulak sanggup buat padahal memang takde lah minat sangat. Ada sebabnya jugak sebenarnya. Antara sebabnya ialah ada beberapa resepi korea yang teringin Uchu nak try buat sendiri. Contohnya ialah kimchi korean pancake dan nasi goreng kimchi. Sebelum ni Uchu pernah buat sundubu jjigae, tapi Uchu memang sengaja skip kimchi dalam ramuannya dengan menggantikan pes oden kimchi Adabi brand. 😄 punyalah nak mengelak daripada kimchi.Kimchi dihidangkan sebagai pelengkap dalam kebanyakkan makanan korea. Sebenarnya ada pelbagai jenis kimchi lagi selain boleh menggunakan napa cabbage. Kimchi pun ada yang mengikut 4 musim, mengikut bahan yang mudah diperoleh mengikut musim. Baechu kimchi ni contohnya popular pada musim panas, Dongchimi pula semasa winter. Ada juga mengikut bahan setempat yang popular contohnya Bossam Kimchi. Selain tu, ramai dah pernah dengar dan tahu kewujudan kimchi timun (oi-sobagi), kkakdugi (cubed daikon kimchi), Pa kimchi (spring onion kimchi), Gat kimchi (mustard kimchi), Baek Kimchi dan entah apa lagi kan..Aishh..camner lah diorang boleh makan kimchi hari2 kan? Ehhh..mesti diorang pun heran nape Malaysian boleh makan belacan, budu hari2 jugak kan!😆 Sesimple Loralin -
Kimchi Homemade Kimchi Homemade
#cookpadmalaysia Pengaruh tengok drama korea banyak sangat. Teringin nak rasa kimchi. Jom cuba. Nur Izzati Binti Mohd Kasa -
Baechu Geotjeori (Fresh Kimchi) Baechu Geotjeori (Fresh Kimchi)
358/2024 (1911/2K)Global Apron Challenge 35: Korean Food#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:R- gochugaru R-daun bawang R- lobak merahIni ialah on-the-spot Kimchi. Tak sempat nak sediakan kimchi yang diperap (fermented) atau bosan dengan kimchi yang terlalu masam, boleh la try buat fresh kimchi. Bezanya dengan kimchi yang diperam tu ialah fresh kimchi ni tak gunakan buah pear/epal.Ada beberapa makanan Korea yang Uchu dan keluarga suka, tapi bukanlah kimchi yang dimakan begitu sahaja..walaubagaimanapun, disebabkan Uchu suka kimchi dalam korean pancake sama ada dengan bancuhan tepung gandum (kimchi jeon) atau dengan bancuhan mung bean (nokdu bindaetteok), maka Uchu rajinkan diri buat sendiri fresh kimchi ni dan juga fermented kimchi.Lebih yakin kesuciannya. Sesimple Loralin -
KIMCHI | 배추김치 KIMCHI | 배추김치
🥬 Resipi ni senang sikit & jimat 2 jam dari yang traditional kimchi. Pastu buleh sumbat dalam bekas kecik & jimat space dalam peti sejuk 😁 Tapi rasa sama je sedap & wayyyy better dari yang beli. Hepi meneraiiii 😉➡️Sumber SeonkYoungLongest Keroroyz Royz -
Kimchi Mudah Kimchi Mudah
Ramadan Month Challenge 4: Raya PrepTekak terasa nak makan kimchi. Anak dara bagitau "mama dah lama tak buat kimchi." Bila dia teringin, dia beli jer tapi tak menepati citarasa nya. Kata nya kimchi mama jugak yang sedap.Malam semalam saya dan si dara saya pergi membeli barangan keperluan dapur di pusat membeli belah yang tak jauh dari rumah kami. Manakala suami saya mencari tempat parkir. Ramai pulak orang yang berkunjung di situ. Cari daun bawang tak nampak batang hidung. Takpe lah kira nak gantikan dengan daun kucai jer tapi daun kucai pun habis. Aiseyman... Bila nak perlu mesti takde, kalau tak perlu berlambak pulak. Habis pilih barang, berbaris punya lah panjang nak timbang barang, belum lagi part nak bayar. Si dara saya sampai duduk di lantai kerana sakit senguggut 😩berdiri lama sangat beratur nak bayar.Tiba-tiba suami saya telefon, tanya kenapa lama sangat, bebel itu ini. Adui! Potong mood betul lah, rasa nak tinggalkan jer barang-barang tu dan terus balik. Dalam hati kata "dia ingat kita ni main ke dalam ni?" Mood geram. Anak dara pun bagi cadangan suruh buat kimchi lebih, nanti bila time raya boleh makan kerana raya nanti mesti setiap rumah sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan menghidangkan menu yang hampir sama, rasa muak lah pulak. Mesti makanan ala oma dan oppa memikat hati yang lain sebab ada kelainan kan? 😅 Hmm 🤔 bijak jugak si dara saya tu. Good idea 👍 Dapur Yusfarisyia -
Kimchi Kimchi
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @cook_26259862Favourite anak2 sy terutama nya si dara sy. Hari2 mkn kimchi pun dia blh thn. . Tpengaruh dgn K-Drama lah tu 😅 tmbh pulak dia mmg sejak lahir mmg putih melepak, al maklum lah drh kturunan cina dr kedua2 blh atuk blh papa & atuk blh mama dia. Sek pun sek cina dari tadika smpai la darjah enam. Kwn2 cina nya yg lain pun tak sputih dia, mrk pun hairan knp kulit dia putih. Apbila msuk sek menengah, ramai (yg perempuan jer la) yg kata dia putih "fake" sbb pakai/ambik produk pmutih. Diorang ingat wajah & tgn anak sy jer yg putih sbb di sek menengah dia pkai baju kurung & pkai tudung, jd mrk tak prnah nmpk pun bhg kaki/leher/rambut dia. Rmai pelajar sebangsa dgn dia blm mengenali dia spenuh nya mcm tak nak kwn dgn dia (nsib baik rkn2 cina dia msh ada bsma dgn dia) hgga dia kdg balik rmh mgadu bgtau "knp ye org2 kita suka "judge" org tnpa knl? " Sepjg di sek dia mmg pkai bju kurung & btudung ttp di rmh atau ke mna2 dia tak mgenakan tudung. Dipendekkan cerita swktu kwn2 sek nya pergi beraya di rmh kami baru lah mrk tau yg anak dara sy mmg putih asli apbila tengok gmbr2 lma dia swktu kecil hgga tgk dgn mata mrk sndiri swktu anak sy tak btudung. Si abg nya kuat myakat bgtau kt adik dia bhwa adik dia tu sbnr nya anak angkat, mama & papa jumpa kt tepi tong sampah. 🤣 Dapur Yusfarisyia -
Homemade Kimchi (Selera Melayu) Homemade Kimchi (Selera Melayu)
Musim musim hujan ni, kerap laa nak makan mee segera atau ramen.Pekena pulak dengan kimchi. Memang padu!Tapi, kalau beli kimchi siap kat kedai, tak beberapa menepati selera melayu ni.Jadi kita buat sendiri guna bahan yang mudah dapat dan ikut selera kita.Secara express, sebab faa guna sos cili bawang putih.Tak payah nak masak bubur tepung beras bagai.Alhamdulillah sedap, licin sebalang. Kakak Faa -
Homemade Kimchi 🇰🇷 Homemade Kimchi 🇰🇷
Buatan sendiri lebih yakin halal dan bersih kann. Sedap dinikmati bersama ramen , mee goreng nak buat nasi goreng pun sedap tambah dlm asam pedas pun sedap tau 😋 DyaKakgerl -
Kimchi (김치) Kimchi (김치)
PKP-33: My homemade kimchi ❤️.Dah lebih 24 jam saya biar atas kaunter dapur. Cuaca pun panas harini. Saya pun check la setiap bekas. OK rasa dah masam, tak ada melekit & bubble pun dah keluar bila ditekan (refer IG & FB story). Jadi, saya pun simpan semua bekas dalam fridge. Biar slow fermentation terus berlaku kat dalam sana 😊.Actually, malam semalam saya dah try makan. Adik saya balik kerja terus mintak nasi & kimchi. OK. Kali ni, tak ada drama air mata & bibir tak jadi tebal time makan kimchi. Saya gunakan 1 cawan gochugaru yang mild/ original dalam resipi ni. Barulah dapat colour merah yang bold ❤️.Next few days, mesti kena buat lagi ni 😅.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Kimchi Home Made Kimchi Home Made
Tak payah beli ... Janji rajin ... beli mahal ... hehehe Apai Asher -
Kimchi mudah Kimchi mudah
#viralkoreanfood#goldenapron2020Apabila mendapat tahu tema Bonus Golden Apron 2020 pada kali ini adalah 'Viral Korean Food', maka ku termenung sekejap sebab jarang sangat makan makanan Korea. Yang pernah ku cuba itupun rasanya dah lebih dari 5 tahun adalah kimchi ☺️Maka demi menyahut cabaran #viralkoreanfood, maka ku gigih mencari informasi tentang resipi kimchi. Berdasarkan bahan-bahan yang ada, maka terhasillah resipi kimchi mudah ini.Kebelakangan ini,kimchi amat popular terutama di kalangan anak-anak muda di Malaysia. Mungkin penangan selalu tengok drama Korea dan rasa kimchi iti sendiri yang memang sedap dan sesuai dimakan dengan mee segera atau nasi putih.Resipi asal Kimchi menggunakan serbuk cili korea dipanggil 'Gochagaru' tetapi malangnya sehari suntuk mencari 'Gochagaru' di pasaraya berhampiran tetapi tiada. Maka ku gantikan sahaja dengan serbuk cili 🙂Resipi menjadi walau tidak 100% sama dengan rasa kimchi yang asal. Rasanya yang masam dan pedas memang lazat dan menjadi. Paling gembira dan tidak sangka apabila berjaya membuat kimchi sendiri.Disebabkan Cookpad lah aku berjaya membuat kimchi sendiri yang mana sebelum ini tidak pernah pun terlintas dapat membuat kimchi sendiri...dan baru ku tahu mudah je membuatnya 😊 Zareena Shahmarudin
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)