Kimchi Mudah

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep

Tekak terasa nak makan kimchi. Anak dara bagitau "mama dah lama tak buat kimchi." Bila dia teringin, dia beli jer tapi tak menepati citarasa nya. Kata nya kimchi mama jugak yang sedap.
Malam semalam saya dan si dara saya pergi membeli barangan keperluan dapur di pusat membeli belah yang tak jauh dari rumah kami. Manakala suami saya mencari tempat parkir. Ramai pulak orang yang berkunjung di situ. Cari daun bawang tak nampak batang hidung. Takpe lah kira nak gantikan dengan daun kucai jer tapi daun kucai pun habis. Aiseyman... Bila nak perlu mesti takde, kalau tak perlu berlambak pulak. Habis pilih barang, berbaris punya lah panjang nak timbang barang, belum lagi part nak bayar. Si dara saya sampai duduk di lantai kerana sakit senguggut 😩berdiri lama sangat beratur nak bayar.
Tiba-tiba suami saya telefon, tanya kenapa lama sangat, bebel itu ini. Adui! Potong mood betul lah, rasa nak tinggalkan jer barang-barang tu dan terus balik. Dalam hati kata "dia ingat kita ni main ke dalam ni?" Mood geram. Anak dara pun bagi cadangan suruh buat kimchi lebih, nanti bila time raya boleh makan kerana raya nanti mesti setiap rumah sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan menghidangkan menu yang hampir sama, rasa muak lah pulak. Mesti makanan ala oma dan oppa memikat hati yang lain sebab ada kelainan kan? 😅 Hmm 🤔 bijak jugak si dara saya tu. Good idea 👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 bijikubis cina panjang
  2. 2 batangtimun
  3. 1 batanglobak merah
  4. Garam kasar sesuai selera
  5. 2 1/2 cawanair bertapis
  6. 3 sudu besarsos gochujang
  7. 3 sudu besarchili flakes
  8. 3 sudu besarcencaluk*
  9. 2 bijibuah pear*
  10. 2 sudu besarbawang putih*
  11. 2 incihalia*
  12. 1 cawanair bertapis*
  13. 5 sudu besargula (sesuai selera)
  14. 3 sudu besarsos ikan
  15. 3 sudu besartepung pulut

Cara Memasak

  1. 1

    Belah dua kubis dan buang bahagian hujung nya yang keras. Potong sesuai selera, tak potong pun boleh. Tabur garam kasar merata atas kubis.

  2. 2

    Letak/tindan lagi kubis dan tabur garam kasar, buat hingga habis. Tuangkan air bertapis, tekan-tekankan supaya semua bahagian kubis terkena air. Tindankan dengan pemberat dan biarkan 4 jam.

  3. 3

    Sementara itu, potong timun dan lobak merah ikut suka. Tabur garam dan lumur rata. Biarkan hingga timun dan lobak merah mengeluarkan air. Basuh kubis serta timun dan lobak merah dengan air yang mengalir sambil diperah dan ulang lagi basuh dan perah.

  4. 4

    Kupas buah pear dan potong, masukkan ke dalam blender bersama cencaluk, bawang putih serta halia. Kisar hingga halus.

  5. 5

    Tuang bahan kisar ke dalam periuk, masukkan sos gochujang, chili flakes, gula, sos ikan dan tepung pulut. Kacau rata.

  6. 6

    Masak sambil dikacau hingga sebati dan mengeleggak. Tutupkan api dan sejukkan dahulu sebelum dicampurkan ke dalam campuran kubis tadi. Gaul rata, guna sarung tangan pakai buang untuk meratakan campuran tersebut.

  7. 7

    Sediakan bekas dan isikan ke dalam bekas, tutup bekas dan biar di suhu bilik semalaman. Nak makan terus pun boleh. Tapi sebaik nya diperam lebih lama lebih sedap. Simpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan atau dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya