Scones

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#sekones #goldenapron2020
Jangan ketawa yer , ini percubaan pertama saya membuat scones. Selalu saya makan je kat cameron highland😊. Mulanya sedih juga lihat hasil scones yang macam tak jadi ni. Tetapi bila saya google, scones tidak semestinya berbentuk bulat. Ada macam macam rupa scone. Janji scone saya buat ni rasanya lebih sedap dan lemak ( anak anak saya yang komen yer🤭)
Saya rasa jika nak dapat bentuk scones yang diidamkan macam di cameron highland tu, saya kene banyak kali mencuba. Sementara itu resepi dibawah boleh hasilkan scones yang sedap walaupun tanpa rupa cantik😬. Jom kita lihat jom!👇👇👇

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmtepung naik sendiri*
  2. 50 gmgula*
  3. 100 gmbutter (suhu bilik)*
  4. 250 mlsusu kotak
  5. Sapuan
  6. Sedikityougurt

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan

  2. 2

    Campurkan guna jari semua bahan yang bertanda * hingga sebati.

  3. 3

    Kemudian masukkan susu. Gaul guna tangan sekurang kurangnye 12 kali ulian. (Adunan tak boleh over uli untuk mengelakkan tekstur keras selepas bakar) Uli guna senduk pun boleh.

  4. 4

    Jika adunan lembik jangan risau. Saya rehatkan dalam petiais untuk keraskan adunan. Rehatkan minimum 30min. Kemudian canai dan terap guna penerap yang sesuai untuk scones. *saya canai ternipis jadi hasil scone pon tak brrapa tebal🤭 Seeloknya canai dalam 1inci dan terap.

  5. 5

    Habis terap. Sapu bghagian atas dengan yougurt. Bakar selama 12 - 15 minit dengan suhu oven 200’c

  6. 6

    Scones siap!!! Selamat mencube😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen (2)

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Butter lurpak tu sedapkan. Dulu tak biasa. Hari tu cuba yang salted tu, sedap pulak. Potong scones, panaskan atas toaster Pastu sapu lurpak. Sedap sedap sedap

Ditulis oleh

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan