Kuih Abuk-abuk

Kuih tradisi ni mendapat tempat yg istimewa di hati saya. Ia mengingatkan saya pada almarhumah nenek saudara yang tinggal di sebelah rumah kampung Abah.
Hampir setiap kali kenduri, beliau rajin buatkan kuih-muih tradisi sebagai tambahan menu, antaranya kuih abuk-abuk.
Namun, sejak beliau tiada, saya jarang jumpa kuih ini. Apatah lagi bila merantau, saya tak pernah jumpa lagi kuih ini dijual di mana-mana gerai.
Bila terjumpa resepi kuih ini di cookpad, saya terus cuba buat. Walaupun agak terkial-kial dan daun pisang banyak yg terkoyak akibat tangan keras, saya happy bila anak-anak turut suka makan kuih tradisi ni.
Bahan-bahannya ringkas je. Tapi hasilnya sedap!
#goldenapron2020
#minggu4
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
Kuih Abuk-abuk
Kuih tradisi ni mendapat tempat yg istimewa di hati saya. Ia mengingatkan saya pada almarhumah nenek saudara yang tinggal di sebelah rumah kampung Abah.
Hampir setiap kali kenduri, beliau rajin buatkan kuih-muih tradisi sebagai tambahan menu, antaranya kuih abuk-abuk.
Namun, sejak beliau tiada, saya jarang jumpa kuih ini. Apatah lagi bila merantau, saya tak pernah jumpa lagi kuih ini dijual di mana-mana gerai.
Bila terjumpa resepi kuih ini di cookpad, saya terus cuba buat. Walaupun agak terkial-kial dan daun pisang banyak yg terkoyak akibat tangan keras, saya happy bila anak-anak turut suka makan kuih tradisi ni.
Bahan-bahannya ringkas je. Tapi hasilnya sedap!
#goldenapron2020
#minggu4
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
Cara Memasak
- 1
Basuhkan dan rendamkan sagu di dalam air bertapis kira-kira 30 minit. Sementara itu, sagatkan gula melaka menggunakan pisau atau alat sagat. Contoh hasil gula seperti dalam gambar.
- 2
Sesudah sagu kembang, toskan lebihan air jika ada. Kemudian, gaulkan dengan kelapa parut.
- 3
Lipatkan daun pisang berbentuk kon. Masukkan setengah sudu campuran sagu dan kelapa, satu sudu kecil gula melaka dan setengah sudu lagi campuran sagu dan kelapa tadi. Tutupkan kon dengan lipatan yang kemas, dan susun dengan berhati-hati di dalam periuk kukus agar kon tadi tidak terburai.
- 4
Kukuskan selama kira-kira 15 minit.
Resipi Sepertinya
-
Kuih Apam Nasi #phopbylinimohd #batch18 Kuih Apam Nasi #phopbylinimohd #batch18
Saya ni jarang buat kuih-muih sebagai minum petang sebab tak berapa pandai. Pandainya beli je. 😬Tapi sejak anak-anak dah berderet dan kos menetap di bandar pun makin naik, berpeluh juga nak beli kuih di gerai tiap petang. Harga sebiji kuih cecah 50 sen sebiji. Darabkan dengan permintaan 7 orang termasuk saya, mau cecah RM10 kadang-kadang tu.Jadi, baru-baru ni, saya cuba mencari resepi kuih yang senang dan tak banyak bahan untuk membuatnya. Niat saya supaya anak-anak dapat makan kuih sehingga puas.Hasil carian di internet, terjumpalah saya resepi Kuih Apam Nasi. Kebetulan saya pun ada nasi lebihan semalam yang masih elok. Bahan-bahan lain pun kebetulan semuanya ada di dalam almari dapur.Maka, bermulalah eksperimen pertama saya tengah hari itu. الحمد لله menjadi kuihnya dan anak-anak pun kata sedap!Apa lagi, esok dan lusanya pun saya ulang buat Kuih Apam Nasi sebab seronok kena puji dengan anak. 🤭Baiklah, saya kongsikan resepinya buat anda semua. “Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.” Selamat mencuba!#phopbylinimohd #batch18#PhopByNuraliyahMn #cookpadmalaysia #phopbylinimohdbatch18#goldenapron Nuraliyah Mn -
Onde-onde Keledek Onde-onde Keledek
Jekfer, kau buatlah kuih onde-onde keledek ni untuk tawan hati Lailer. Ada orang panggil buah melaka.Senang je nak buatnya. Kau percayalah cakap akak sebab kuih ni anak akak umur 9 tahun pun dah reti buat sendiri.Kat kampung kau tinggal mesti banyak keledek ditanam, kan? Lagi senang kerja kau, tak payah cari bahan pelik-pelik. Kau gali je kat kebun belakang rumah. Jimat belanja. Almaklumlah PKP, mana boleh jimat kita jimat.Kelapa pun kau boleh kutip dan parut sendiri, kan. Tinggal beli tepung pulut & gula melaka je kat kedai runcit.Kuih ni sedap. Berkhasiat pulak tu. Kalau kau nak tahu, dalam keledek ada vitamin B6, vitamin C, vitamin D, zat besi, dan magnesium. Kau cuba gugel khasiat keledek. Memang banyak khasiatnya.Cuba resepi akak ni, Jekfer. Mesti Lailer makin jatuh cinta...#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron2020#jekferlailertilljannah Nuraliyah Mn -
Kuih Gulung #MAHN Kuih Gulung #MAHN
Kuih gulung adalah salah satu kuih tradisi yg popular sehingga kini. Kuih yg lembut berinti kelapa bergula ini sememangnya digemari tua mahupun muda. Teringat masa saya kecil dulu arwah neneklah yg selalu membuat kuih ini. Saya pula akan minta beliau buatkan kuih ini digulung bahagian yg licin di sebelah luar sebab nampak cantik 😄 Hingga kini jika membuat kuih ini saya akan menggulung bahagian yg licin di sebelah luar juga 😊 Eka Zahra -
Daging Masak Kicap Mudah Daging Masak Kicap Mudah
Masakan ni juga mengingatkan saya pada Mak di kampung.Sejak saya kanak-kanak, jika Mak membeli daging lembu untuk dimasak, menu yang Mak masak adalah rendang ataupun masak kicap. Tak pernah rasanya Mak masak menu lain jika berasaskan daging.Daging masak kicap yang mudah disediakan ini juga jadi kegemaran anak-anak saya.Cubalah...#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Kuih Bunga Kuih Bunga
#bazaarramadan #week4 Kuih bunga merupakan kuih legend org2 lama drp Terengganu. Setiap kali bln puasa saya wajib buat kuih ini utk berbuka puasa..ia mengingatkan saya sewaktu kecil2 dulu suka tolong mak menggentel kuih ini..ia di buat drp tepung pulut, air/santan, telur & gula sahaja. Sangat senang, sedap & ringkas..tak sampai 1 jam dah siap. Rasanya lembut, liat2 & manis. Selepas saya post resepi kuih bunga ini di laman facebook saya, sungguh saya tidak menyangka ia mendapat perkongsian sebanyak 4k..mungkin kuih ini jarang di buat zaman sekarang & ia kurang di kenali..jadi ramai yg ingin mencubanya kerana nama & bentuknya yg unik. Ramai yg tela cuba buat & suka akan rasanya..tapi ada juga segelintir yg tidak menggemarinya..tapi saya tidak kisah sebab saya share resepi ini utk mengenalkan kuih tradisi nenek moyang kita dulu utk di warisi generasi akan datang supaya ia tidak luput di telan zaman.. Nor Al Fatihah -
Kuih Barongko Kuih Barongko
Kuih borongko merupakan kuih tradisi masyarakat Bugis di Johor.Biasa menjadi juadah berbuka untuk berbuka puasa.Sedap dimakan lepas simpan di peti sejuk.Sya guna pisang nipah..#merdekapassport shazrina -
Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah
Tujuan utama nak guna banyak banyak bahan pantry serentak. Maka terhasillah resepi Kuih Sagu Merah dan Koktail Sagu Merah. Ada 3 cara untuk makan kuih ini.1. Kuih Sagu Merah. Biasanya Kuih Sagu Merah, rasa manis, kan? Resepi sagu merah ini kurang gula, jadi kalau nak manis kena tambah 5 sudu besar gula lagi sebelum dikukus.2. Kuih Sagu Merah Cicah Air Gula Melaka. Sebenarnya kuih ini dapat inspirasi daripada kuih Lopes. Sedap juga. Tapi kalau air gula Melaka tekstur lagi pekat, lagi sedap.3. Koktail Sagu Merah dan Buah Anggur. Sedap koktail ini. Sebab ada rasa lemak susu cair, rasa manis Gula Melaka, rasa masam buah anggur dan rasa kenyal biji sagu. Best!#GlobalApron2024#Challenge4#Moreh#SaguDaunPandanGulaMelakaKelapaParutAnggur Alia Ali -
Kuih Sagu Kukus Kuih Sagu Kukus
Buatkan kuih sagu ni tuk mak baru ni. Mak teringin nak makan kuih sagu katanya. Jadi Aznie buatkan terus, lagi pun dah lama Aznie tak buat dan makan kuih sagu. Teringin juga nak makan. Ni salah satu kuih yang hubby suka makan. Happy sangat rasanya bila tengok orang tersayang makan apa yang kita masak. Dan mereka suka, bahagia sangat rasanya. Aznie Khasri -
Cekodok Nasi Cekodok Nasi
Saya selalu rasa bersalah apabila terpaksa membuang nasi yang berlebihan ke tong sampah. Lebih ralat lagi kalau nasinya masih elok dan belum basi. Kalau di kampung, boleh bagi makan pada ayam belaan.Suatu hari, saya berbual dengan kawan lama sama universiti. Entah macamana saya bercerita kepadanya tentang rasa sedih saya membuang nasi tu. Lalu, beliau yang memang suka memasak dan cekap di dapur sejak zaman universiti pun berkongsilah sesuatu.“Kau buatlah nasi goreng. Kalau tak pun cekodok,” jawab beliau.“Nasi goreng aku pernahlah buat. Tapi cekodok tak pernah pulak aku tahu. Boleh eh?”“Mestilah boleh! Kau cari je resepi di internet, mesti ada punya.”Lalu, saya pun carilah resepi cekodok nasi seperti yang disarankan olehnya.Tak sangka saya, rupanya cekodok nasi rasa lebih sedap dan lembut berbanding cekodok tepung gandum sepenuhnya seperti yang saya selalu buat sebelum ni.Cekodok nasi sangat sedap dimakan panas-panas dengan dicicah sambal tumis. Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang.Ikuti resepinya seperti berikut. Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#sarapan#goldenapron Nuraliyah Mn -
Lepat pisang Lepat pisang
#sarapan#goldenapronLevel 13Kuih lama...Lepat pisang mempunyai 2 versi.. Ada yg kosong dan ada yg berinti kelapa di tengah. Ziana suka yg jenis kosong. Selalunya lepat pisang sedap dimakan ketika kuih yg dh sejuk sebab struktur kuih keras dan mudah dipegang. Bagi citarasa ziana berbeza pula. Ziana suka makan apabila kuih baru masak dan masih panas .Lembut dan manis terasa nikmat bagai diawangan ketika makan.. Hahaha.. Mcm mimpi pulak.Lepat pisang bukan sahaja dihidangkan sebagai sarapan pagi, malah boleh juga disajikan ketika minum petang.Jom lihat bagaimana ziana sedikan menu lepat pisang ini. Ziana Chesaad -
Kuih Sagu Kuih Sagu
Lama tak makan kuih sagu. Baru ni hubby tunjuk gambar kat fb ada yang pos gambar kuih sagu. Lama tak makan katanya. Haaaaa bila hubby dah cakap macam tu, tak kan tak faham lagi kot😅. Maknanya dia nak makan kuih tu la. Dengan segera zassss.. Nasib kuih ni simple je cara pembuatannya. Kejap je siap. Yang ni Aznie ikut resepi dari @kakIman , terima kasih dik. Sedap🥰 Aznie Khasri -
Pais Pisang Pais Pisang
Pais pisang juga dikenali sebagai lepat pisang die negeri² lagi..kuih tradisional yang mudah didapati di Sabah(menurut google)Ada resepi yang guna tepung gandum ada juga yang guna tepung beras..biasa sya buat guna tepung gandum kali ni try guna tepung beras..sama je rasanya😋#merdekapassport shazrina
Lebih Banyak Resipi
Komen