Cranberry & Plain Scones

#goldenapron2020
#sekones
Bonus resepi kali ini memang mencabar. Apa tidaknya. Sebelum ini, kita tahu makan scones ja. Kali ini, saya kuatkan semangat untuk mencabar diri ini untuk membuat scones. Alhamdulillah hasilnya sangat puas hati. Rasa scones seperti biskut diluar lembut didalam. Bahan2 yang digunakan pun tidak banyak. Yang penting butter perlu sejuk. Saya juga menggunakan cream of tartar. Bagi mereka yang takut2 nak buat scones apa kata kuatkan semangat dan cuba sahaja. Semoga berjaya!
Cranberry & Plain Scones
#goldenapron2020
#sekones
Bonus resepi kali ini memang mencabar. Apa tidaknya. Sebelum ini, kita tahu makan scones ja. Kali ini, saya kuatkan semangat untuk mencabar diri ini untuk membuat scones. Alhamdulillah hasilnya sangat puas hati. Rasa scones seperti biskut diluar lembut didalam. Bahan2 yang digunakan pun tidak banyak. Yang penting butter perlu sejuk. Saya juga menggunakan cream of tartar. Bagi mereka yang takut2 nak buat scones apa kata kuatkan semangat dan cuba sahaja. Semoga berjaya!
Cara Memasak
- 1
Pertama, sediakan bahan2 kering. Sift kesemua bahan2 ini tepung, baking soda dan cream of tartar. Kemudian baru masukkan garam. Gaul2 bahan2 guna tangan.
- 2
Dah bercampur, baru timbang butter. Butter perlu sejuk dan dipotong kecil2 supaya mudah bila nak campur dengan bahan2 kering tadi.
- 3
Bila nak campur, gembur2 kan. Buat seperti serbuk roti. Lepas tu, campurkan susu secara perlahan-lahan. Sehingga menjadi doh. Masa ni jika nak tambah cranberries letakkan. Saya bahagi 2 doh ini. Separuh scones biasa dan separuh ada cranberries.
- 4
Masa untuk bentukkan scones. Saya guna cookie cutter. Saya canaikan doh tinggi 1.5cm. Agak tebal tapi bila dah masak tidak leper. Letak atas baking tray yang disapu butter. Kemudian, sapu atas scones dengan telur.
- 5
Oven perlu dipanaskan pada 200 darjah celcius terlebih dahulu. Ikut oven masing2 juga. Bakar selama 15-20minit. Wangi betul scones ni apabila dibakar. Dah masak pindahkan kepinggan dan boleh dihidang bersama jem, butter atau ikut citarasa masing2.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Cranberry Scones Cranberry Scones
#sekones#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSource : Cookpader Keroroyz RoyzSaya bukanlah pecinta Scones,tapi dulu pernah beberapa kali makan Scones time breakfast kat hotel 😁. This is first time saya Cuba buat Scones sendiri...Saya follow resepi dari Cookpader Akak Keroroyz Royz, disini saya just menggumpal cranberry kering,kerana takde stock fresh blueberry ataupun strawberry,ada pun Frozen... blueberry n strawberry yang selalu saya buat untuk SAKA😁😂😂. Terimakasih kak Keroroyz Royz kerana Sudi share Resepi yang istimewa ini😊 Jeehan Kitchen -
Scones Kismis Scones Kismis
#sekones#goldenapron2020Ini kali kedua saya buat scones. First time buat tak berapa menjadi. Terus malas mencuba lagi. Ini pun ada cabaran bonus goldenapron. Terpaksa la buat. Hehe. Buat setengah adunan jer. Sarmila Sharif -
Raisins scones Raisins scones
#sekones#goldenapron2020Bonus kali ini menyaksikan pihak Cookpad meminta para cookpaders untuk membuat resepi scone.Resepi yang Ain kongsikan ini,Ain ambil daripada Buku Masakan 400 Resepi Terbaik Chef Wan.Ain tambahkan kismis hitam di dalamnya kerana resepi ini tiada menggunakan telur dan gula.Dan Ain kurangkan susu dari resepi sebenar kerana adunan Ain sudah sedang elok keadaannya.Selain itu,Ain mempraktikkan tip-tips dari Chef Anna Olsen.Dimana jika kita menggunakan Mentega Sejuk..Bahan-bahan cecair yang lain juga mesti dalam keadaan sejuk juga.Untuk membuat scone ini,kita tidak boleh terlebih gaul.Ckup sekadar bahannya bercampur.Dan Chef Anna Olsen mengajar cara folding adunan scone seperti kita membuat adunan pastry bagi mendapatkan tekstur scone yang flaky.Ain juga menaburkan gula kasar dan serbuk kayu manis sepertimana yang disyorkan oleh Chef Anna Olsen.Alhamdullilah..percubaan pertama menjadi. Nurain Jalil -
Blueberry nestum scones Blueberry nestum scones
#goldenapron2020 #sekonesIni adalah kali pertama buat scones. Kalau pergi cameron je makan 🤭 Senang rupanya buat scones ni. Lepas ni boleh buat lagi. Azyyati Zakaria -
Blueberry Scones Blueberry Scones
#sekones#goldenapron2020Setiap minggu memang saya buat scones untuk dijadikan sarapan atau hidangan minum petang. Bila tengok MinSha update tema bonus kali ini terus bersemangat nak buat scones. Dulu pernah saya kongsikan resipi basic scones. Tapi kali ini saya kongsikan resipi yang menggunakan bahan yang lain. Biasanya saya tidak menggunakan telur dalam adunan. Kalau nak tambah telur, kurangkan sukatan pada bahan cecair.Selain itu, you all boleh tukar buah blueberry kepada kismis atau apa-apa sahaja yang you all suka. Ataupun you all nak kosong pun boleh. Tidak menjadi masalah.Tips untuk mendapatkan scones yang lembut adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti & SEJUK. Butter & susu juga perlu disejukkan. Tepung dan garfu pun saya simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan. Cuaca kita di sini panas, jadi butter cepat mencair apabila diramas. Bila tepung sudah dicampur dengan cecair, adunan akan jadi sedikit lembik. Jangan sesekali tambah tepung. Simpan di dalam peti sejuk dahulu sebelum dibentuk. Jika bahan cecair kurang, ini akan menghasilkan scones yang keras bila sudah sejuk. Selain itu, jangan sesekali uli adunan atau doh. Nanti scones tidak naik dengan cantik. Tekstur juga akan bertukar menjadi padat. Tidak perlu gunakan mesin. Gunakan sahaja garfu untuk sebatikan adunan.Selamat Mencuba. Gyna Elenna -
Cranberry Tum Scones Cranberry Tum Scones
#sekonesAlhamdulillah menjadi jugak sekones walaupun gambar tak comel. Sedap pulak tu. Nama cranberry tum scones diberi sebab ada cranberry dan nestum kurma. Selalu beli diluar mahalnya seketul sekones. Buat sendiri puas makan. Terima kasih minsha dan admin. Kalau tak memang tak akan buat sendiri. Umi Minarni -
Roselle Scones Roselle Scones
#sekones#goldenapron2020Cabaran bonus kalini hakak pertaruhkan bunga roselle. Kebetulan dapat bunga ni dari seorang sahabat, terus proses bunga untuk dijadikan jus pekat(kordial). Bunganya pula dijadikan halwa dan dicampurkan dalam scones. Liana Nick -
Prune Scones Prune Scones
Scones itu sama lah seperti daging wagyu..kenapa?Bagi yang belum mencuba buat scones ni, ada byk tips boleh diapply untuk dapatkan hasil scones yang lembut di dalam. Fillingnya pula, ape2 pun boleh.. bentuk ,warna,perisa ape2 pun boleh..takde sape nak marah🤣Uchu tak pandai pun buat scone ni..tapi Uchu share sikit yang biasa Uchu tak lupa ketika buat scones ni;1. Tangan bersih dan kering.2. Guna semua bahan yang sejuk dari peti terutamanya butter dan yogurt/susu/buttermilk (kecuali telur,suhu bilik)3. Jangan over mixed. Kaup hodoh2 je🤣4. Buat dengan pantas.3. Simpan doh @ scones yang belum di bakar dalam peti sejuk @ frozenAlasan tak overmixed dan bahan doh yang sejuk adalah supaya butter yang terperangkap di dalam crumble dapat kekal dalam bentuk pepejalnya seboleh2nya. Oleh itu, butter akan tukar keadaannya ketika membakar, akan menghasilkan scones yang gebu dan lembut.Samalah dengan daging wagyu yang mahal beribu tu..kenapa dagingnya sedap dan lembut? Sebab adanya jaluran lemak di setiap lapisan dagingnya tu..so bila bakar, lemaknya mencair melembutkan daging..hahaha..scones ke wagyu pulak analoginya..Logik kan?🤣Untuk info lagi, Scones dan Cobbler juga tak jauh beza..cuma cobbler sukatan tepungnya kurang daripada scones dan cobbler tak dicanai..#sekones prune yang Uchu buat ni, Uchu bawa bekal bercuti di tepi pantai skrg ni..menikmati sekones dalam suasa sejuk hujan bawaan Monsun Timur Laut pun dah cukup ala-ala Cameron Highlands!#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Scones for the one i loved! 🤫 Scones for the one i loved! 🤫
Bismillahirrahmanirrahim, ini percubaan kali ke berapa selepas yang pertama dulu. Hari ini saya berjaya menghasilkan scones yang betul-betul rangup di luar dan lembut di dalam. Terima kasih kepada @TheDuch.ess yang tidak lokek berkongsi ilmu dalam teknik hasilkan scones seperti di Cameron. Alhamdulillah.#goldenapron2020 The Artisan Kitchen -
Savoury Scones Savoury Scones
#sekones#goldenapron2020Dalam beberapa minggu ini sememang nya dugaan buat saya di mana peralatan elektrik yang saya sering gunakan untuk membuat kerja-kerja di dapur seperti oven elektrik dan breadmaker mengalami masalah. Untuk cabaran bonus kali ini saya terpaksa menggunakan oven gas di mana oven tersebut tidak boleh berfungsi serentak api atas dan bawah dan masak nya juga tidak sekata.Untuk cabaran bonus scones kali ini saya membuat savoury scones. Ini merupakan kali ketiga saya membuat scones tetapi kali pertama membuat savoury scones. Bagi saya scones ni memang sedap dimakan ketika masih panas lagi. Scones selalunya manis dan disajikan dengan jem pilihan, mentega atau clotted cream tetapi berbeza dengan savoury scones dengan sosej, crab stick, keju masin dapat dipadankan dengan telur hancur dan kopi untuk sarapan tenghari (brunch) atau untuk minum petang atau sajikan dengan sup atau stew untuk makan malam. Semua nya ikut selera masing-masing.Untuk mendapatkan scones yang naik dan gebu, perkara pertama yang perlu diambil kira ialah penggunaan serbuk penaik. Pastikan anda menggunakan serbuk penaik segar, kurang dari 6 bulan dari tarikh ianya dibuka. Sekiranya anda menguli doh terlalu banyak, scone tidak akan tinggi. Uli dengan lembut dan cukup untuk menyatukan adunan. Menambah lebih banyak tepung juga mengelakkan adunan naik tinggi, jadi hanya tabur tepung dengan sedikit sahaja (seperti debu). Dapur Yusfarisyia -
Coconut Scones Coconut Scones
Checklist #sekones #scones :✅Bahan cecair: coconut cream✅Bahan pemanis: coconut sugar✅Filling : fresh grated coconut✅Topping : desiccated coconut✅Drizzle : coconut cream glaze✅Tips : bahan dan doh sejuk✅Sedap: mantul/padu/gila/takleh bincangSekones kelapa. Semerbak baunya ketika baking..sesuai sangat untuk peminat rasa kelapa dan untuk menambat hati orang tua..aishhh..teringat pulak pada ‘Kampung People’ dan kalakatar.#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Scones Nestum Chocolate Chip & Cranberry Scones Nestum Chocolate Chip & Cranberry
#sekones#goldenapron2020First time buat scones ni tau...Saya tak pernah pun makan Scones @Sekone ni.Apalagi nak membuatnya.Namun demi menyahut cabaran Bonus dari cookpad sy pun mula mencari-cari apakah Scones dan bagaimana cara membuatnya.Wahhh rupanya sangat senang dan cepat proses membuat scone ni.Yang paling seronok ia boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri.Untuk kejadian Scones yang cantik mesti ikut tips2 yang dikongsikan iaitu jangan terlalu uli doh dan masa mencanai doh hendaklah tebal sekurangnya 4 cm barulah scones naik cantik.Jom kita tengok resepi scones👇 Q'leenalee's Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)