Sup Ayam Paling Mudah

Sup ayam paling mudah yang saya selalu masak di rumah. Bubuh semua bahan dalam periuk tunggu sampai mendidih, letak garam kemudian tunggu bagi mendidih kejap. Siap!
Moh lihat resepinya 👇
Sup Ayam Paling Mudah
Sup ayam paling mudah yang saya selalu masak di rumah. Bubuh semua bahan dalam periuk tunggu sampai mendidih, letak garam kemudian tunggu bagi mendidih kejap. Siap!
Moh lihat resepinya 👇
Cara Memasak
- 1
Mula² blendkan bahan-bahan yang bertanda "*"
- 2
Tuangkan bahan blend ke dalam periuk. Jangan buka api dulu tau. Pastu hat sisa2 tepi blender tu letak air. Alang2 penuhkan satu jag blender tu kemudian tuang dalam periuk tadi. Saya tambah lagi 1/2 jag sebab nak kuah banyak nak makan kueyteow malam satgi🤭 *boleh buka api dah ye, guna api sederhana
- 3
Sediakan sup bunjut, halia dan 4 sekawan. Pastu campak je semua ni dalam periuk. Ye tu sup bunjut ye bukan tangkal😂 *Halia tu fungsi dia untuk hilangkan bau hanyir ayam tu ye
- 4
Aduiii sis terlupa pulak nak masukkan hero kita iaitu ayam. Lepas masukkan tu kacau2 sikit ya.
- 5
Baru nak sambung cuci pinggan sekali terjumpa isi ayam sesat dalam sinki adududu 😭 kita basuh pastu masukkan sekali dalam periuk dengan kawan² dia.
- 6
Ini daun sup ye. Kalau korang malas takyah potong, bubuh je suma camtu😂 tapi disebabkan den rajin harini..den potong² lah sikit bagi lawo ehek 🤭 *daun sup pun kurus² je maklumlah sendiri tanam sendiri guna hehehe🤭
- 7
Pastu korang tunggu lah sampai mendidih. Sambil² tu boleh siapkan lauk lain or basuh perkakas yang kita guna tadi.
- 8
Bila dah mendidih, letak garam sukati korang. Bagi dia mendidih sat pastu amik sudu rasa sikit dah cukup masin ke belum kalau belum tambah la lagi. Pastu biar mendidih lagiiii.
- 9
Then boleh tutup api. Asshhiappp👏 Sebenarnya semua ni satu step ja😂 korang masukkan semua sekali dalam periuk then tunggu mendidih then letak garam tunggu bagi mendidih sat. Tutup api. Mudah bukan?
- 10
Buat bihun sup pun sodap😋👍
Resipi Sepertinya
-
Sup Ayam Mudah Sup Ayam Mudah
60/2021/RoadTo1k/745❤️ Menu Sahur Simple 30Min ❤️Sup ayam ni memang menu mudah dimasak. Tumiskan Bahan tumisan. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Didihkan. Perasakan dengan garam. Tabur daun sup daun bawang. Kacau2 siap😬. Kalau bangun untuk sahur tu sekejap je lahai. Sementara tunggu mendidih sup tu, sempat je settle 2rakaat solat tahajud (Tapi Jangan lupa tengah masak sudah🤭). Sebab kadar masak daging ayam lagi cepat berbanding guna daging lembu. Nak lagi cepat masak potong ler kecil sikit ayam tu. Selamat bersahur korang 😊 Salina Jalaludin -
Sup Ceker Sup Ceker
#goldenapron2020 #minggu7Orang jawa panggil ceker ayam. Maksudnya kaki ayam. Mamaell kalau kaki ayam ni, tak perlu masak pelik pelik(kecuali untuk contest😊) masak sup je dah boleh buat berulang makan anak beranak. Peminat ceker ayam boleh la lihat resepi mamaell. Simple tapi cengginihhhhhh sedapnya👍👍👍👍 . Moh kita masak moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
👩🍳Sup Tulang🍗 👩🍳Sup Tulang🍗
Kekangan nak memasak sup tulang ialah nak lembutkan daging tulang mengambil banyak masa. Periuk tekanan ( pressure cooker) dapat bantu mempercepatkan tulang dan daging menjadi empuk. tak kisahlah jenama apa, setiap dapur patut ada periuk tekanan. Memang jimat masa merebus tulang dan masakan lain juga.Periuk Serbaguna Noxxa banyak membantu saya didapur💪🤗 Mahadiah -
Sup Ayam Tumis Darat Sup Ayam Tumis Darat
Sup ayam tumis darat ni tidak menggunakan rempah sup. Hanya rebuskan ayam bersama hirisan halia dan serai yang diketuk. Selepas itu, tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama 4 sekawan di dalam kuali lain, kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan ayam tadi. Sebab tu namanya tumis darat.Biasanya sup ni di masak bersama-sama kentang, lobak merah, suhun dan kulit tauhu. Sup ni sangat sesuai untuk orang yang tak sihat (demam) kerana sup ini tidak berempah. Noor Atika Mahamood -
Sup Ayam Simple Sup Ayam Simple
Sup ayam boleh di masak tanpa dapur..hari ni saya menggunakan pressure cooker utk memasaknya. Selain mudah, ia mencepatkan ayam kita empuk berbanding menggunakan dapur gas..biasanya saya tumis dulu bahan2, tapi hari ni saya terus masukkan semua bahan2 & di rebus bersama ayam. Nor Al Fatihah -
Sup ayam paling simple Sup ayam paling simple
Sup ayam ni memang sedap dimakan dengan nasi, mi kuey teow bihun, dan juga sedap dicicah dengan roti. Mabeles 👍🏻🥰 CookWithLove -
Sup Tulang Kambing Sup Tulang Kambing
Tulang kambing pemberian kawan suami. Percubaan pertama masak. Sedap juga rupanya sup tulang kambing nie sebab kurang lemak tak macam sup tulang lembu. Jom boleh cuba sebab senang sangat nak masak #goldenapron #kambu Noor Hassan -
(4/11) Sup tulang lembu paling simple (4/11) Sup tulang lembu paling simple
simple dan tak perlu banyak bahan. Boleh juga tumis bahan-bahan, kemudian buka penutup preasure cooker dan masukkan bahan yang ditumis darat tadi kedalamnya. On sekejap preassure cooker bagi merenah sup berkenaan dan sedia untuk disajikan. Hani Shaimi -
Sup Tulang Adabi Sup Tulang Adabi
#goldenapron#saturesipisatupohonTunaikan permintaan orang rumah. Kebetulan harini balik kerja awal sikit dari biasa. Menu Sup Tulang untuk makan malam memang mudah. Satu menu boleh dimakan dengan pelbagai hidangan selain nasi putih. Anak-anak boleh makan dengan bihun,kutiaw dan mee kuning. Wan Gilo -
Nasi Minyak Nasi Minyak
Rindu nak makan kenduri??? Jangan susah hati boleh je buat sendiri ikut citarasa kita. Ni semalam Aznie buat nasi minyak. Bila teribgin nak makan macam ni la. Rahsia nak bagi nasi minyak kita lagi sedap jangan lupa bubuh oren sunquick sikit. Aje ye, rasa lagi sedap dan wangi. Tak yah tunggu kenduri dah. Aznie Khasri -
Makaroni Sup Telur dan Cendawan Makaroni Sup Telur dan Cendawan
#goldenapron2020#minggu20 #cookpadmalaysiaMakaroni sup telur dan cendawan ini sedap dan mudah disediakan.Campak-campak, dan siap.Sedap dihirup panas-panas, lebih-lebih lagi dalam musim hujan ni.Mari lihat resepinya👌 Murni's LittleKitchenz -
SUP IKAN MERAH - Raja Bersiong SUP IKAN MERAH - Raja Bersiong
Incik suami request ikan merah nih dimasak sup..so macam biasa kita get ready la untuk memasak semua..Tengah memotong tuh tetiba terhiris jejari jemari ku..mula² jari telunjuk kiri...lepas tuh jari hantu kanan plak 🤦🏻♀️Maka...memasaklah kita dengan jari berbungkus tisu...Harap² tiada lah titisan² darah yang menitik ke dalam sup...kang x pasal² incik suami jadi raja bersiong plak 🤣 Cik Puan Asz
Lebih Banyak Resipi
Komen