Sup Ceker

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#goldenapron2020 #minggu7
Orang jawa panggil ceker ayam. Maksudnya kaki ayam. Mamaell kalau kaki ayam ni, tak perlu masak pelik pelik(kecuali untuk contest😊) masak sup je dah boleh buat berulang makan anak beranak. Peminat ceker ayam boleh la lihat resepi mamaell. Simple tapi cengginihhhhhh sedapnya👍👍👍👍 . Moh kita masak moh!👇👇👇

Sup Ceker

#goldenapron2020 #minggu7
Orang jawa panggil ceker ayam. Maksudnya kaki ayam. Mamaell kalau kaki ayam ni, tak perlu masak pelik pelik(kecuali untuk contest😊) masak sup je dah boleh buat berulang makan anak beranak. Peminat ceker ayam boleh la lihat resepi mamaell. Simple tapi cengginihhhhhh sedapnya👍👍👍👍 . Moh kita masak moh!👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgkaki ayam(buang kulit kuning dan buang kuku)
  2. 200 gmayam (potong kecil)
  3. 2biji bawang besar*
  4. 5 ulasbawang putih*
  5. 2 cmhalia*
  6. 1paket sup bunjut (sup bunjut tulang pun boleh guna)
  7. 1paket kecil rempah sup mak siti
  8. 1kpg kayu manis
  9. 2ketul bunga lawang
  10. 3ketul buah pelaga
  11. 3sk garam, ikut rasa individu
  12. 1sk ajinomoto
  13. Minyak untuk menumis
  14. Air untuk merebus dan untuk sup

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan kaki ayam. Potong kuku. Kalau nak kecil potong 2. Rebus ayam air menutupi kaki ayam. Saya rebus dalam 3 kali(maksudnya dah mendidih saya buang air ganti air baru, rebus balik sehingga lembut) dah terbiasa. Ada orang boleh je rebus terus dan masak. Ikut cara masing masing ye.

  2. 2

    Sementara tu saya sediakan bahan menumis. Kisar bawang, bawang putih dan halia. Sup tulang dan serbuk sup.

  3. 3

    Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan. (Kayu manis, lawang dan buah pelaga) kemudian masuk bahan kisar. Tumis hingga naik bau.

  4. 4

    Kemudian masukkan isi ayam. Tumis hingga masak. Masukkan sepeket rempah sup dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak..

  5. 5

    Tuang kaki ayam yang sudah direbus. Dan perisakan dengan garam. Didihkan. Tutup api dan siappp!!!😊

  6. 6

    Sedap dimakan begitu sahaja. Hidang dengan nasi dan sambal kicap. Fuhhh!!

  7. 7

    Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Resipi Sepertinya