Lepat Telur

Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
Perak, Malaysia

Lepat telur ni sangat mudah untuk disediakan. Asasnya macam nak buat telur dadar je. Bezanya sayur kena dilebihkan, balut dalam daun pisang dan dipanggang. Keistimewaan lepat telur ni tak perlu pakai banyak minyak dan kita boleh dapat aroma daun pisang yang cukup sinonim dengan masakan Malaysia. Memang meletop kalau makan dengan nasi lemak. Hehe 😁. #telurantarabangsa

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
3 orang
  1. 2biji telur
  2. 1biji bawang
  3. 1tangkai cili besar merah
  4. 1/2 cawankubis
  5. 1/2 cawanlobak merah
  6. 1tangkai daun sup
  7. 1/2sdk lada sulah
  8. 1/2sdk garam
  9. 1 lembardaun pisang (ambil bahagian pucuk)
  10. 1sdb minyak

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Pastikan semua bahan telah dibersihkan. Bawang, lada besar merah, lobak merah, daun sup dan kubis dihiris halus.

  2. 2

    Gabungkan telur, bahan-bahan yang telah dihiris, garam dan lada sulah dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.

  3. 3

    Ambil lembaran daun pisang. Guna bahagian pucuk daun pisang kerana bahagian tersebut lebih nipis dan lembut. Potong daun pisang kepada saiz yang kecil dan sesuai untuk lepat.

  4. 4

    Sapukan sedikit minyak pada daun pisang. Letakkan terlebih dahulu bahan-bahan yang dihiris. Kemudian gulung daun pisang dan curahkankan beberapa sudu telur dalam gulungan daun pisang tadi. Lipat bahagian kiri dan kanan daun pisang.

  5. 5

    Panggang lepat telur atas kuali leper. Terbalikkan lepat telur sekali sekala bagi memastikannya kedua-dua belah bahagian telah masak. Seterusnya, bolehlah diangkat, dihidang dan dinikmati. Selamat mencuba 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
pada
Perak, Malaysia
😀😄😉☺ masak guna hati 😁🥰😎😋
Baca lagi

Resipi Sepertinya